Parliament Questions Time, 24 June 2010

SPRM: Sindiket mencuri pasir secara haram setakat ini seramai 42 orang telah pun ditangkap dan 22 pertuduhan telah dibuat di Mahkamah

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan

Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan yang dibuat oleh YB Kapar berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Jawapan

Tuan Yang DiPertua,

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas isu yang dibangkitkan oleh YB Wangsa Maju itu masih lagi dijalankan. Pihak SPRM perlu menjalankan siasatan secara teliti, terperinci dan menyeluruh dalam sesuatu penyiasatan kes rasuah bagi mendapatkan bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi. Kertas Siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai. SPRM berharap YB Wangsa Maju akan bersabar dan menunggu hasil siasatan yang dijalankan.

SPRM sebelum itu juga telah mengambil tindakan terhadap sindiket mencuri pasir secara haram melibatkan beberapa buah negeri termasuklah di Negeri Selangor. Setakat ini seramai 42 orang telah pun ditangkap dan 22 pertuduhan telah dibuat di Mahkamah.

Sekian. Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s