Parliament Questions Time, 17 June 2010

Selain menambah bilangan anggota polis, antara tindakan yang diambil oleh PDRM bagi mengurangkan kadar jenayah adalah seperti …

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan selain daripada merekrut lebih ramai anggota polis, apakah tindakan lain yang diambil oleh Kementerian bagi membendung peningkatan kadar jenayah di negara ini, terutamanya di Wangsa Maju dan bilakah Kementerian bercadang menambah bilangan anggota di Balai Polis Wangsa Maju.

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, selain menambah bilangan anggota polis, antara tindakan yang diambil oleh PDRM bagi mengurangkan kadar jenayah adalah seperti berikut:

(1)  Melaksanakan tindakan secara integrated di mana semua warga polis di semua jabatan, cawangan dan unit digerakkan dalam usaha memerangi jenayah;

(2)  Mengenalpasti kawasan-kawasan hotspot yang kerap berlaku jenayah dan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tumpuan operasi;

(3)  Menghantar lebih ramai anggota polis baig membuat kawalan dan rondaan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai;

(4)  Memperluas dna meningkatkan keberkesanan penggunaan system kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan tertentu terutamanya kawasan hotspot bagi membantu mengesan dan menghalang jenayah.

(5)  Meningkatkan kerjasama di antara polis dan orang ramai melalui program RAKAN COPS bagi membanteras jenayah dengan lebih berkesan; dan

(6)  Mengadakan kerjasama antara pihak polis dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan-pertubuhan masyarakat serta pihak swasta untuk sama-sama berusaha membanteras jenayah.

Tuan Yang Dipertua,

Berkenaan dengan penambahan anggota di Balai Polis Wangsa Maju, pada masa sekarang terdapat seramai 71 anggota termasuk pegawai di balai tersebut. PDRM sedang dalam proses menambah keanggotaan di setiap balai polis di seluruh negara termasuklah di Balai Polis Wangsa Maju dalam usaha memerangi jenayah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s