Skip to content
Menu
Wee Choo Keong
  • Home
  • Discussion
  • Parliament
  • About Me
  • Complaints for DBKL
  • Festive Wishes
Wee Choo Keong

Parliament Questions Time, 15 June 2010

Posted on June 15, 2010

Definasi 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi oleh YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan

Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri untuk menjelaskan definisi polisi 1Malaysia sedangkan masyarakat terus ditafsirkan sebagai Bumiputra dan Bukan Bumiputra serta bagaimana Model Baru Ekonomi dapat menstrukturkan semula Malaysia kearah menjadi masyarakat yang adil dan saksama supaya perbezaan kaum tidak lagi menjadi sebab untuk membezakan sesama rakyat Malaysia?

Jawapan oleh YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mohon izin untuk menjawab soalan YB Wangsa Maju yang menyentuh tentang definasi 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi.

Saya telah kerap kali menyebut bahawa pendekatan konsep 1Malaysia sentiasa mengambil kira roh dan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga prinsip-prinsip Rukun Negara. Yang ditekankan oleh 1Malaysia ialah semangat perpaduan, dan ini berbeza sama sekali dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identity kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identity nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati identity etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Jesteru itu tiada masalah atau konflik dengan klasifikasi Bumiputera dan Bukan Bumiputera kerana klasifikasi tersebut merupakan sebahagian dari perlembagaan Persekutuan yang tetap disanjung tinggi. Yang penting ialah perpaduan di bawah konsep 1Malaysia yang didokong oleh teras-teras utama iaitu Penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan yakni Perlembagaan dan Rukun negara, dan juga Keadilan Sosial yang memastikan nasib semua kaum terbela dan terjamin.

Seperti yang diumumkan, tiga prinsip yang jelas terhasil daripada Model Baru Ekonomi (MBE). Pertama, berpendapatan tinggi, kedua, kemapanan dan ketiga, keterangkuman (inclusive). Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategic di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

Di bawah MBE, keperluan menstruktur semula masyarakat Malaysia terus wujud dengan keadaan semasa di mana terdapat jurang perbezaan besar dari segi pendapatan di antara golongan 40% terendah, jurang perbezaan pendapatan dapat dikurangkan. Langkah ini adalah melalui peningkatan kualiti golongan ini bagi menyumbang secara aktif dan produktif kepada ekonomi dengan: (1) membina keupayaan mereka melalui program-program latihan dan kemahiran, (2) peluang meningkatkan taraf dan kualiti pendidikan, (3) peluang mendapat pembiayaan (access to funding) bagi usahawan-usahawan kecil dan sederhana, dan (4) peluang mendapatkan kepakaran (khidmat nasihat) dan teknologi bagi melaksanakan perniagaan. Dengan pembinaan keupayaan dan peningkatan kemahiran melalui program-program ini, golongan 40% terendah diharapkan dapat bersaing dalam sektor ekonomi dengan lebih berkesan, dan ketika itu, semua rakyat tanpa mengira suku kaum dapat menyertai sektor ekonomi semata-mata atas dasar kompetitif. Ada pun, langkah afirmatif ini akan dilaksanakan dengan telus dan berdasarkan kepada keperluan, supaya tidak berlakunya ketirisan. Akhirnya, dengan kejayaan langkah-langkah tersebut di atas, jurang perbezaan pendapatan dapat dirapatkan dan semua rakyat dapat menikmati kemakmuran dengan adil dan saksama dalam suasan persaingan yang sihat.

Sekian, terima kasih.

Soalan Tambahan

Terima Kasih YB Tan Sri Yang Di Pertua dan YAB Perdana Menteri atas jawapan yang diberikan. Semestinya Negara berbangga mengetahui bahawa dalam kesibukan menyempurnakan amanah yang terbeban, YAB dapat meluangkan masa untuk menjawab dalam sidang pagi ini. Saya menaruh harapan agar para menteri dapat mencontohi YAB untuk juga meluangkan masa hadir bagi menjawab soalan dan tidak menyerahkan tanggungjawab bulat-bulat kepada Timbalan Menteri. Parlimen sebagai badan tertinggi Negara seharusnya diberi penghormatan yang sepatutnya sepertimana yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri pada pagi ini.

Seperti mana yang kita ketahui, Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh alayarham YAB Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, ayahanda YAB. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata dengan matlamat utamanya ialah perpaduan negara dan bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.

Sungguhpun Dasar Ekonomi Baru telah berlalu dan kini dengan Model Ekonomi Baru (MEB), pencapaiannya ternyata gagal mencapai matlamat Bumiputera 30 % dalam bidang ekonomi kerana masalah implementasi DEB.

Namun, Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, adakah kerajaan bercadang untuk menghapuskan fahaman perbezaan kaum secara total lantas memacu rakyat serta negara dalam satu fahaman 1 Bangsa serta membina ekonomi dimana rakyat dapat menikmati kemakmuran dengan adil dan saksama dalam suasana persaingan yang sihat dalam 1 Negara, 1 Malaysia.

Related

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Old Blog Stats
5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total page views: 42,494

Recent Posts

  • Temu Ramah dengan Sin Chew Daily pada 16.11.2022/Interview with Sin Chew Daily
  • Terima Kasih DBKL ambil tindakan segera!/Thank you DBKL!
  • Kenapa Warisan berdiri solo?
  • Video Terbaharu/New Videos Available!
  • The Telephone Calls That Brought Ex-MP Wee Out Of Political Retirement

Recent Comments

  1. Yunglong on Manifesto Warisan P116 – Wangsa Maju – PRU 15
  2. Mohamed Rafie Noor Mohamed on Waiving of Visa For Group Tourists
  3. Shahidan on Now Everyone Can Provide Banking Services Without Digital Banking Licence!
  4. John on Syed Zaid Albar Left SC In Disgrace – Good Riddance To BAD RUBBISH!
  5. Raman on Syed Zaid Albar Left SC In Disgrace – Good Riddance To BAD RUBBISH!

Archives

  • November 2022
  • October 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • November 2021
  • February 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • December 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • January 2017
  • October 2016
  • July 2016
  • February 2016
  • December 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • April 2009
  • March 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008
  • November 2008
  • October 2008
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • May 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008

Categories

  • Uncategorized
  • wangsa maju
  • wee choo keong

Site Admin

Log in
©2023 Wee Choo Keong | WordPress Theme by Superbthemes.com