Berapakah jumlah keseluruhan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang disimpan oleh Air Asia?
Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat
Soalan No. 60
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Kementeriannya maklum tindakan AirAsia (AA) menyimpan cukai Lapangan Terbang (Airport Tax) yang telah dikutip dari penumpang sedangkan penumpang itu gagal menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Berapakah jumlah keseluruhan cukai tersebut yang disimpan oleh AA serta apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan AA menyerahkan cukai yang dipungut itu kepada MAHB tanpa berlengah lagi.
Jawapan
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pengangkutan sedia maklum bahawa AirAsia menyimpan cukai lapangan terbang (Passenger Service Charge – PSC) yang telah dikutip daripada penumpang, sedangkan penumpang itu gagal menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Mengenai jumlah keseluruhan cukai lapangan terbang yang disimpan, Kementerian akan memberi maklumat tersebut secara bertulis memandangkan Kementerian masih menunggu maklumat tersebut daripada pihak AirAsia.
Berhubung penyerahan kutipan cukai lapangan terbang tersebut kepada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) / Kerajaan, Kementerian sedang merangka polisi dan prosedur yang baru supaya selaras dengan seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), untuk memastikan syarikat penerbangan Malaysia termasuk AirAsia memulangkan kutipan tersebut kepada MAHB/Kerajaan.
AirAsia has announced its profit for the year stands at RM250 million. Fantastic. Was it creative accounting? Please tell us whether the ariport forfeited is also part of this profit. Since AirAsia has announced its profit to the tune of RM250 million then when it is stilll given tax allowance by the government.
The government should withdraw the tax allowance given the huge profit that it is making.
[…] 8 Jun 2010, YB Wee Choo Keong dalam postingnya memberikan soalan yang dikemukakannya di Parlimen seperti berikut, Tuan Wee Choo Keong (Wangsa […]