Parliament Questions Time, 7 June 2010

Apakah kawalan-kawalan yang diletakkan oleh Kementerian bagi memastikan pelanggan-pelanggan ASTRO tidak dibebankan dengan yuran langganan bulanan yang melampau…?

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan No. 48

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah kawalan-kawalan yang diletakkan oleh Kementerian bagi memastikan pelanggan-pelanggan ASTRO, yang merupakan sebuah monopoli, tidak dibebankan dengan yuran langganan bulanan yang melampau, memberi rebat kepada pelanggannya semasa tiada resepsi waktu hujan dan juga sama ada ASTRO memerlukan kelulusan Kementerian ketika ia menaikkan yuran langganan bulanan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (ASTRO) sebagai pemegang lesen yang memberikan perkhidmatan penyiaran berbayar, perlu mematuhi prinsip-prinsip penetapan kadar harga langganan yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dari sudut kenaikan harga langganan, setiap kenaikan harga dianalisa oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan ia adalah tindakan yang wajar dan munasabah, berasaskan kos yang ditanggung oleh pemberi perkhidmatan dan tidak hanya bermotifkan keuntungan semata-mata.

Sehingga Mac 2010, terdapat tujuh (7) pemberi perkhidmatan TV berbayar yang telah diberi lesen untuk menyediakan siaran TV berbayar, selain daripada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (ASTRO). Namun begitu, pada masa ini, ASTRO adalah penyiar siaran langganan terbesar di Malaysia. Walau bagaimanapun, pengawalan untuk memastikan pengguna dilindungi dijalankan secara berterusan.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat berkaitan rebat, Kementerian amat mengalu-alukan cadangan bernas dalam memastikan hak pengguna terjamin dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, perkara tersebut akan dikaji dan dipertimbangkan di pihak Kementerian untuk kepentingan semua pihak.

Advertisements

One thought on “Parliament Questions Time, 7 June 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s