Questions Time 13 April 2010

PERTANYAAN        :           BUKAN JAWAB LISAN

DARIPADA              :           TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ]

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil bagi memastikan keselamatan tempat-tempat ibadat.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang telah mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya Kerajaan memandang serius insiden-insiden khianat terhadap rumah-rumah ibadat dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab di negara ini. Sehubungan itu, pihak berkuasa mengambil tindakan yang perlu bagi mengawal keadaan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Di dalam menjamin keharmonian kaum, keamanan dan keselamatan negara ini sentiasa terpelihara, Kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan pemantauan dan risikan ke atas aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mana-mana individu ataupun kumpulan, pertubuhan-pertubuhan haram, kumpulan-kumpulan pendesak dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengeluarkan kenyataan atau mengambil tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. PDRM juga sentiasa memantau sebarang isu, insiden dan perkembangan-perkembangan yang berkaitan dengan keselamatan untuk memastikan keselamatan negara dapat diurus dengan baik.

Tuan Yang Di-Pertua,

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi menentukan kejadian terhadap rumah-rumah ibadat tidak berpanjangan ialah:-

i.          Semua laporan polis yang dibuat disiasat dengan terperinci;

ii.          Suspek-suspek yang terlibat dan mempunyai cukup keterangan akan didakwa di mahkamah.

iii.         Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis diarah membuat pemantauan yang rapi ke atas surau dan gereja dengan cara mengerapkan rondaan; dan

iv.         Menempatkan anggota-anggota di kawasan-kawasn yang dijangka strategic untuk dikhianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisements

One thought on “Questions Time 13 April 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s