Questions Time 12 April 2010

PERTANYAAN        :          LISAN

DARIPADA              :          YB TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH                    :          ISNIN, 12 APRIL 2010

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah pihak DBKL kerap kali enggan mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian secara ‘online’ di siber kafe di seluruh Kuala Lumpur dan khususnya di Wangsa Maju, sedangkan hal ini sudah disahkan oleh pegawai DBKL sendiri yang mengakui akan kewujudan aktiviti haram ini secara berleluasa di kebanyakan siber kafe di Wangsa Maju atau adalah ini merupakan polisi baru DBKL dan Kementerian iaitu melindungi aktiviti haram ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, perkhidmatan internet dan apa-apa aktiviti yang melibatkan perkhidmatan yang dilaksanakan menerusi internet adalah tidak tertakluk di bawah mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam hal ini, DBKL hanya dapat mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti –aktiviti yang melibatkan perniagaan lain yang dilesenkan dan turut sama dijalankan semasa aktiviti perkhidmatan internet tersebut berlangsung.

Justeru, dalam usaha untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perjudian ‘online’ DBKL telahpun menyediakan Draf Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk dikemukakan kepada Peguam Negara bagi membolehkan aktiviti berkaitan perkhidmatan internet dilesenkan.

Oleh itu, sehingga terdapatnya suatu undang-undang khusus mengenai perkhidmatan internet dan aktiviti berkaitan, maka DBKL tidak dapat mengambil apa-apa tindakan melainkan jika terdapat kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di premis berkiatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s