Questions Time 7 April 2010

DARIPADA              :           TUAN WEE CHOO KEONG ( WANGSA MAJU )

PERTANYAAN        :           MULUT

TARIKH                    :           07.04.2010

SOALAN NO                        :           52

Tuan Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tarikh penguatkuasaan cukai barang dan perkhidmatan ( GST ) dan penarikan subsidi, samada Kerajaan akan menghapuskan cukai import ke atas barangan dan “approved permit”  ( Aps ), yang bertujuan mempertahankan kemampuan syarikat tempatan berdaya saing dan kedua-duanya ini akan menjejaskan kuasa beli rakyat.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh sebenar untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan ( GST ). Tindakan yang diambil oleh Kerajaan hanya membentangkan Rang Undang-Undang GST untuk bacaan kali pertama manakala tarikh bacaan kali kedua dan ketiga belum ditetapkan lagi.

Kerajaan juga buat masa sekarang sedang menjalankan kajian untuk merasionalisasikan pemberian subsidi dan sememangnya sering mengkaji keperluan penghapusan duti import barangan dari semasa ke semasa. Berhubung dengan approved permits ( APs ), kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI ) sedang menjalankan kajian keperluan Lesen Import dan Eksport ( AP ) bagi produk-produk di bawah semua Kementerian dan Agensi bagi memastikan produk-produk tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.

2.         Pelaksanaan GST tidak akan menjejaskan kuasa beli rakyat. Berdasarkan kajian, secara puratanya rakyat hanya perlu membayar cukai sebanyak RM51.64 sebulan berbanding jumlah cukai jualan dan perkhidmatan yang telah dibayar pada masa sekarang iaitu sebanyak RM58.78 sebulan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s