Questions Time 1 April 2010

PEMBERITAHU PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT,MALAYSIA

DARIPADA                     :           TUAN WEE CHOO KEONG

(WANGSA MAJU)

PERTANYAAN               :           LISAN

01.04.2010

Tuan Wee Choo Keong(Wangsa Maju) minta MENTERI  KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan

Diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti tentang laporan oleh sekumpulan minority pemilik saham UNICO HOLDING BHD terhadap Lembaga Pengarah Syarikat (UBH) yang gagal mematuhi peraturan Suruhanjaya berhubung dengan sebidang tanah di Sabah dan tindakan mereka mendapatkan pinjaman secara sah di sisi undang-nndang sebanyak

RM21 juta daripada UBH untuk membeli saham Syarikat Good Honest International Ltd (di negeri China ) yang mana sahamnya tidak diterbitkan.

JAWAPAN:

Tuan Yang di –Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat ,Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meneliti kedua-dua isu-isu di atas dan mendapati ianya tidak mendedahkan sebarang percanggahan dari segi undang-undang sekuriti.Meskipun isu-isu yang dibangkitkan oleh pengadu tidak mendedahkan salah laku di bawah Akta Syarikat 1965, oleh itu Kementerian Kewangan telah merujuk perkara tersebutkepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

  1. Isu-isu yang diterima dan sedang disiasat oleh SSM adalah seperti berikut:

(a)        Pelupusan saham UBH syarikat UNICO DESA PLANTATIONS BERHAD (UPD) di antara tempoh 2001 hingga 2002 sehingga mengurangkan nilai (dilute) pegangan saham UHB di dalam UDP daripada 42.15% kepada 28.99%.Siasatan yang dijalankan oleh SSM mendapati bahawa tiada bukti bagi menyokong dakwaan bahawa pengarah-pengarah syarikat UBH menerima sebarang keuntungan daripada pelupusan saham terbabit dan berpandagan bahawa pelupusan tersebut cumalah suatu keputusan komersil atau perniagaan. Bagaimanapun SSM sedang menyiasat aduan dari sudut sama ada wujud kegagalan pihak-pihak terbabit membuat pendedahan kepada pihak berwajib atau syarikat mengenai perubahan pegangan substansial Syarikat 1965.

(b)        Cadangan penurunan modal (capital reduction) UHB melalui pembayaran semula kepada pemegang saham 256 juta saham biasa berharga RM0.25 setiap satu di dalam UDP pada kiraan 2,560 saham.  SSM telah menjalankan pemeriksaan termasuk mendapatkan  maklum balas daripada setiausaha syarikat  UHB dan mendapati bahawa cadagan penurunan modal tersebut belum disempurkan dan perlu mendapat kelulusan mahkamah menurut kehendak seksyen 64 Akta Syarikat 1965

(c)        Bantuan Kewangankepada seorang pengarah bagi tujuan pelaburan di China.Bantuan Kewangan ini kononnya diberikan oleh syarikat Shanghai Orchid Garden Property Development Co.Ltd. yang merupakan anak syarikat luar negara UHB. SSM sedang menjalankan penelitian lanjut terhadap perkara ini memandangkan ia melibatkan isu perundangan terbabit tidak lagi disenaraikan sebagai pengarah di syarikat tersebut.

Advertisements

One thought on “Questions Time 1 April 2010

  1. Anonymous

    Good thing with these exposure.We, the small time business community may learn a thing or two in the process . Please update with the follow up.

    Jamal

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s