Siasatan SPRM ke atas Setiausaha Politik seorang Menteri masih lagi dijalankan

SOALAN:

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta PERDANA MENTERI menyatakan berkaitan pernahanan seorang Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan rasuah dan apakah tindakan yang telah diambil atau akan diambil.

JAWAPAN : DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di-Pertua,

Siasatan Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Setiausaha Politik seorang Menteri masih lagi dijalankan. Namun begitu, sebagaimana Y.B. sedia maklum Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009 memperuntukan:

“Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu, melainkan jika perdedahan itu dibuat dengan persetujuan Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Persuruhjaya dan yang lebih tinggi.

Peruntukan tersebut jelas melarang sebarang pendedahan terhadap aduan yang dibuat oleh mana-mana kepada mana-mana orang selain dari pegawai Suruhanjaya dan Pendakwa Raya.

Advertisements

One thought on “Siasatan SPRM ke atas Setiausaha Politik seorang Menteri masih lagi dijalankan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s