Majlis Kesyukuran Di Kampung Puah Seberang

Sahabat-sahabat dari tujuh Kg Tradisi

Bersama sahabat-sahabat

Saya telah di jemput ke majlis kesyukuran yang di adakan di Kampung Puah Seberang anjuran Majlis Perkampungan Tradisi Melayu wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MUAFAKAT) pada 1 hb Februari, 2010 jam 9:00 malam.

Majlis tersebut diadakan untuk menyatakan rasa terima kasih penduduk–penduduk di atas semua usaha-usaha yang telah di jalankan untuk mempertahankan tuhjuh  kampung tradisi (iaitu Kampung Puah Seberang, Kampung puah, Kampung Chubadak, Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali dan Kampung Sungai Mulia) daripada tindakan di bawah dasar Sifar Setinggan DBKL seperti  yang  terkandung dalam Draf Plan Kuala Lumpur 2020. Untuk makluman bahawa dengan nasihat yang diberikan pada oleh Sdr Pak Daud saya telah mengunkitkan kebimbangan penduk-penduk tujuh kampung tersebut di Parlimen pada 7hb Disember 2009.  Selain daripada itu majlis tersebut adalah untuk merapatkan lagi hubungan penduduk-penduduk di kampung-kampung tersebut dan khasnya untuk bertukar-tukar pandangan dan memahami masalah-masalah mereka.  Majlis tersebut di hadiri oleh wakil-wakil dari tujuh buah kampung terlibat yang di pengerusikan oleh Tuan Hj Ishak B. Surin, Pengurusi MUFAKAT, serta pemimpin-pemimpin masyarakat dari kampong berkenaan. Turut sama beberapa orang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa yang sedang merancang beberapa program kemasyarakatan di kampung-kampung berkenaan, Tuan Hj Abdul Latif, pemimpin masyarakat dari Taman Melati. Saya ingin merakamkan dan merasa bangga kerana dapat berjumpa dan bercakap dengan Tuan Hj Ishak B. Surin, yang saya amat menghormati sebagai seorang pemimpin masyarakat yang disengani.

Sesunguhnya saya teruja ketika saat saya sampai ke Kampung Puah Seberang dan melihatkan sambutan daripada sahabat-sahabat saya dari Kampung-kampung tersebut yang memberikan kepada saya satu perasaan bahawa mereka amat ikhlas semasa mereka menyambut kehadiran saya. Perasaan saya pad malam kelmarin mengambalikan ingatan saya seolah olah kembali ke kampung saya di Kelantan.

Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pak Daud, Ketua Kampung Puah Sebarang, dan sahabat-sahabat dari tujuh kampong tersebut kerana mereka memberi perluang kepada saya untuk menghadiri Majlis Kesyukuran tersebut.  Sekali lagi,  terima kasih banyak-banyak Pak Daud.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s