Jawapan bertulis baru diterima

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta YAB Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Indonesia berikutan ancaman Kumpulan Nasionalis Indonesia Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) ingin mencerobohi Malaysia dari laut dan udara, dan apakah tindakan yang telah diambil untuk menyekat kemasukan pendatang haram Indonesia.

Jawapan

Ancaman daripada kumpulan BENDERA ini hanya bersifat retorik semata-mata yang bertujuan melahirkan kebencian ke atas Malaysia dan ianya bukan merupakan satu ancaman yang nyata. Walau bagaimanapun pihak Polis Indonesia (POLRI) dan pihak keselamatan Malaysia telah mengambil langkah-langkah bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Wakil kedutaan Malaysia di Indonesia juga telah menasihati rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan mengelak dari melakukan tindakan-tindakan provokasi. Wakil-wakil Kerajaan Malaysia dan juga Indonesia telah mengadakan beberapa pertemuan dan forum bagi meredakan provokasi tersebut.

Kawalan-kawalan di sempadan dan juga pintu masuk negara sentiasa dilakukan secara berterusan bagi mencegah kemasukan pendatang-pendatang asing tanpa izin dan juga elemen-elemen lain yang mengancam keselamatan negara. Dalam hal ini, operasi-operasi PDRM dan ATM kawasan sempadan negara dan pesisir pantai telah diaturgerak bagi menghalang kemasukan pendatang/pencerobohan daripada Indonesia. Operasi-operasi Merpati, Nyah I, Awas dan sebagainya serupakan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menghalang kemasukan pendatang asing secara haram. Disamping laluan-laluan tikus juga dikenalpasti dan tindakan menempatkan anggota pasukan keselamatan telah pun dilaksanakan.

Kesemua usaha-usaha ini tidak akan mencapai kejayaan sepenuhnya jika terdapat elemen-elemen dalam negara yang membantu dan melindungi pendatang-pendatang asing bagi pelbagai tujuan. Maka, disamping komponen penguatkuasaan dan kawalan yang dilaksanakan bagi mencegah kemasukkan pendatang/penceroboh, rakyat sendiri perlu memainkan peranan untuk tidak melindungi pendatang-pendatang dan lebih penting lagi menyalurkan maklumat kepada pihak yang berkuasa tentang kehadiran pendatang di kawasan mereka.

Advertisements

One thought on “Jawapan bertulis baru diterima

  1. hopeless guy

    Mr Wee I think Sabah has highest risk to be attack by Bendera because Sabah had most Indon compare with other state and Sabah’s land is connected with Indonesia so the Bendera will be easily to come to malaysia.Those indon just need to walk or drive penetrate into malaysia without passing the kastam,and Penetrate by land is easiest way to come to malaysia compare with by sea or air.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s