CEO MAIWP mengelirukan para penduduk Kg Setia Jaya!

CEO MAIWP, Tuan Hj Anan b Hj Muhamad

MAJLIS SUMBANGAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN UMNO WANGSA MAJU.

Pada 17-12-09 yang lalu telah berlangsung satu majlis bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Setia Jaya iaitu keluarga Pak Yusuf dan keluarga serta mangsa-mangsa pokok tumbang akibat kejadian angin ribut di sekitar Kuala Lumpur.

Dimaklumkan majlis tersebut adalah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Umno Wangsa Maju. Sumbangan tersebut akan di lakukan sendiri oleh YB Datuk Major Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta para pegawai dari (MAIWP). Dimaklumkan juga majlis tersebut akan turut di hadiri oleh Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik kepada Perdana Menteri.

Tetapi malang nya kedua-dua VIP tersebut tidak hadir dan yang hadir hanyalah CEO kepada MAIWP. Iaitu Tuan Hj. Anan B. Muhamad.

Dalam ucapan beliau memberi alasan bahawa YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis kerana beliau perlu mengulung perbahasan untuk Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri dan meminta beliau bagi mewakili menteri bagi  meyampaikan sumbangan dan Datuk Shafie Abdullah ada satu perjumpaan dengan Perdana Menteri.

Kedua-dau alasan adalah tidak benar langsung. Untuk makluman umum, perbahasan Bajet semua jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diselesaikan dua minggu dahulu dan Perdana Menteri telah berlepas ke Copenhagen bagi menghadiri Conference Climate Change pada 15-12-2009. Ini adalah bukti yang jelas bahawa CEO MAIWP telah menipu para penduduk di Kg Setia Jaya dalam ucapannya.

Bagi CEO MAIWP yang menyampaikan berita palsu dalam satu perkara yang kecil ini adalah memalukan kepada kedudukannya dalam sebuah organisasi Islam. Namun sebagai seorang berugama Islam yang arif tentang ajaran Islam beliau seharusnya melaksanakan tuntutan agama Islam dan meletakan jawatannya kerana beliau tidak layak lagi menjadi peminpin dalam MAIWP.

Advertisements

8 thoughts on “CEO MAIWP mengelirukan para penduduk Kg Setia Jaya!

  1. Abg Philips

    Yb cukup-cukuplah tolong jangan memberi komen tentang pegangan agama orang islam.Yb sebagai orang yang bukan islam tidak layak menyentuh hal agama islam.

    Reply
  2. Raj

    There is nothing wrong to comments on the character of the MAIWP CEO who lied over a small little things like the non-appearance of the Minister.

    The CEO of MAIWP should be upright in what he said to the people and definitely not lied like the way he did. It was clear that he lied!

    Reply
  3. Mohd Noor Haji Jaafar

    YB Wee Choo Keong

    Adalah tidak salah bagi YB untuk memberitahu rakyat tentang perkara yang sebenar walaupun menyentuh halehwal Islam. Ini kerana rakyat perlu tahu alasan sebenar ketidakhadziran Menteri dan Setiausaha Politik Perdana Menteri. Adalah tidak wajar CEO MAIWP berbohong (mungkin bohong sunat ) untuk melindungi kedua-dua VIP tersebut.

    Ketidakhadziran kedua VIP tersebut tidak menjadi masalah yang menjadi tanda tanya apakah alasan sebenar ketidakhadziran tersebut. Adakah CEO tersebut hanya mereka alasan untuk menutup kepincangan majlis tersebut. Diharap pihak MAIWP dapat menjelaskan perkara yang sebenar.

    Reply
  4. lee wee tak

    Bohong itu bohong. TAk kira pihak itu berlainan agama, kaum, jantina, dan sebagainya.

    jangan ambil perkara ini sebagai alasan mengelakkan kritikan.

    patutkah kita ada undang-undang ynag berlainan semata-mata berlainan kaum dan agama? Hukum kanun haruslah konsisten sama ada perompak dan perogol itu Cina, Melayu, India, KadazanDusun, Bajau, Indonesia, dsb

    itulah masalah minda kita orang Malaysia, cari alasan untuk elakkan kritikan, penilaian dan sebagainya. tidak berani menghadapi kebenaran ataupun mengambil tindakan memperbaiki diri

    ke mana perginya sikap “berani kerana benar, takut kerana salah – kata perpatah itu tak ambil kira kaum, agama dan jantina?

    oleh itu tak hairanlah Malaysia sebuah negara yang ketinggalan dan akan terus ketinggalan dengan sikap seumpaman ini

    Reply
  5. azri.ab

    Ada satu pantun yang berbunyi,siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong,lama-lama mencuri,lu fikirlah sendiri.Pinjam kata-kata pelawak kita.

    Reply
  6. MELAYU ATAS PAGAR

    DEAR WCK,

    WELL …

    TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO WANGSA MAJU WAS THERE WITH UMNO REPRESENTATIVES TO FORWARD THE DONATION TO KETUA CAWANGAN PAS KG SETIA JAYA.

    WHY ISN’T THIS HIGHLIGHTED IN YOUR BLOG …

    GOT NOTHING TO DO AAA

    ATTACKING PERSONALITY

    YOU BEER DRINKER

    Reply
  7. Nordin Zackry

    Abg Philips & Mohd Noor Haji Jaafar – hang ni belajar agama Islam Mahzab Hadari ka ?. Read this & after that Solat Taubat banyak-banyak & don’t ever try to do Prophet Mohamad swt job !.
    It was narrated from Abu Hurayrah that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “The signs of the hypocrite are three: when he speaks, he lies; when he makes a promise, he breaks it; and when he is entrusted with something, he betrays that trust.”

    (Narrated by al-Bukhari, 33; Muslim, 59)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s