Tanah digadzetkan untuk masjid dalam KL Draft Plan, telah ditukar kepada bangunan komersil!

TUAN WEE CHOO KEONG [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah tanah GM 3945/5537, di Bukit Kiara yang diserahkan kepada DBKL lalu diberi percuma kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pembinaan masjid dan telah diperuntukkan untuk Majlis Desa Sri Hastamas oleh DBKL di bawah KL Draf Pelan 2020, telah diluluskan oleh DBKL untuk dibangunkan sebagai bangunan komersial Glomac Galleria oleh Glomac Bhd.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, tanah GM 3945/5537 yang dimaksudkan itu, kini dikenali sebagai Lot 48671. Lot 48671 mempunyai keluasan 66,661 kaki persegi atau 1.53 ekar (setelah sebahagian lot seluas 12,320 kaki persegi diambil balik untuk pembinaan Leburaya SPRINT) dan terletak di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas.

Di dalam pelan susunatur asal, sebuah masjid telah dirancang untuk dibina bagi kegunaan penduduk Desa Sri Hartamas. Bagi tujuan itu, pada tahun 1992, pemaju projek Desa Sri Hartamas telah menyerahkan tapak tanah berkenaan kepada Kerajaan yang kemudiannya memberimilik tanah itu kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

MAIWP kemudian telah memutuskan supaya tanah miliknya itu dibangunkan dengan projek komersil. Menurut maklumat yang dibekalkan oleh MAIWP kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, MAIWP telah melantik Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd. untuk membangunkan Lot 48671 dan telah menandatangani Perjanjian Usahasama dan Surat Wakil Kuasa (Power of Attorney) dengan syarikat terbabit pada 25 Ogos 2004. Leader Domain Sdn, Bhd. kemudian melantik Syarikat Glomac Resources Sdn. Bhd. bagi melaksanakan pembinaan yang telah dirancang.

Tuan Yang di-Pertua,

MAIWP kemudian telah memohon kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKTWPKL) untuk membatalkan syarat nyata lama dan mengenakan syarat nyata baru, iaitu daripada ‘Masjid” kepada “Perniagaan (Bangunan)’. JKKTWPKL telah meluluskan permohonan ini pada 19 Januari 2007 dan bayaran premium sebanyak RM 1,894,550.00 telah dikenakan untuk tujuan itu. MAIWP telah menjelaskan bayaran premium tersebut pada 21 Januari 2008.

Lanjutan daripada itu, MAIWP telah mengemukakan Permohonan Kebenaran Perancangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk cadangan membina 2 (dua) blok kedai-pejabat setinggi 4 (empat) tingkat berserta 1 (satu) tingkat mezanin dengan 2 (dua) tingkat tempat letak kereta bawah tanah.

Jawatankuasa Pusat Setempat (JPKS) DBKL, yang bermesyuarat pada 1 Julai 2008, telah mempertimbangkan permahonan ini dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:

  1. permohonan MAIWP untuk menukar syarat nyata tanah lot 48671 daripada kegunaan masjid kepada perniagaan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan pada 19 Januari 2007;
  2. tapak masjid tersebut terletak di kawasan Desa Sri Hartamas yang menghadapi masalah kesesakan lalu lintas. Kawasan ini turut mengalami kekurangan tempat letak kereta awam. Justeru, sekiranya tapak ini kekal dibangunkan dengan sebuah masjid, maka ia dijangka akan memburukkan lagi keadaan lalulintas di kawasan terbabit;
  3. pergerakan keluar-masuk ke tapak ini hanya boleh diakses melalui Jalan 19/70A yang lebarnya hanya 50 kaki sahaja. Oleh yang demikian, saiz jalan ini dijangka tidak dapat menampung arus trafik yang akan terhasil daripada aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan di masjid;
  4. tapak ini juga terletak bersebelahan dengan bangunan-bagunan perniagaan sedia ada dan turut berhampiran dengan persimpangan Leburaya SPRINT; dan
  5. DBKL turut mengambil maklum pandangan MAIWP bahawa Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak berhampiran dengan tapak ini diyakini mampu menampung keperluan ibadah penduduk Islam setempat.

Sehubugan itu, pada 28 November 2007, DBKL telah melaksanakan kaedah 5 dibawah Kaedah-Kaedah Rancangan (Pembangunan) (Pindaan) 1994 iaitu mempelawa bantahan melalui pengiklanan akhbar selama 3 hari. Tempoh bantahan pula adalah selama sebulan iaitu sehingga 30 disember 2007. Tiada sebarang bantahan diterima daripada mana-mana pihak mengenai perkara tersebut sepanjang tempoh pelawaan bantahan dilaksanakan.

Namun demikian, dengan mengambil kira tujuan asal tapak berkenaan untuk didirikan sebuah masjid, DBKL telah mengarahkan supaya pemaju berkenaan mempertingkatkan reka bentuk dengan ciri-ciri bangunan keagamaan Islam dan menyediakan sebuah surau yang boleh memuatkan seramai 400 orang anggota jemaah.

Mengenai zon guna tanah dalam Deraf Pelam Bandaraya Kuala Lumpur 2010 pula, DBKL akan mengambil tindakan untuk membetulkan zon guna tanah lot berkenaan kepada ‘perdagangan’ memandangkan tapak tersebut telah ditukar untuk kegunaan perdagangan sebelum Deraf Pelan Bandaraya 2020 dipamerkan untuk pandangan awam.

Tuan Yang di-Pertua,

Dengan mengambil kira asas-asas pertimbangan di atas, DBKL pada 17 November 2008, telah meluluskan cadangan pembangunan ini.

Notes:

I have done a company search on Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd, which was said to have been appointed by MAIWP for this so-called joint venture, and there is no record of it. This matter smell a rat!

Advertisements

5 thoughts on “Tanah digadzetkan untuk masjid dalam KL Draft Plan, telah ditukar kepada bangunan komersil!

  1. DBKL officer

    I heard from a DBKL officer that Mr Political Toll has interfered in the issuance of the development order for another piece of Masjid land at the junction of hte corner to Danau kota (opposite JPJ).

    This land was given to the government to build masjid. THis land was subsequently given to Majlis Ugama Islamd Wilayah Persekutuan. This land was subsequently transform into shop lots.

    The MACC should investigate into how this land is transacted by MAIWP. I am also told that they are a few more pieces of land for Masjid in Sri Hartamas has transformed into something else.

    This Mr Political Toll is super powerful inside DBKL. Now a bit susah because he ahs been exposed.

    Reply
  2. Lee

    I also heard about few more pieces of land for building of masjid have been changed to commercial purpose and have been sold by Majlis Agama Islam WP.

    MACC please ask Mr Political Toll about it.

    Reply
  3. Anonymous

    I am told that there are four pieces of land in KL belonging to Majlis Agama Islam Willyayah Persekutuan for building of masjid. These land have changed hand. One of the four is this land in Sri Hartamas. Glomac Bhd is now developing this land into commercial building.

    Reply
  4. lee wee tak

    one thing I notice about KL is that too many commercial building and not enough parking. is this because it is more lucrative for DBKL to approve building layer upon layer of assessment liable building rather than giving space for the public to park their cars, walk on a park and all that comfort of a developed city

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s