Kebakaran di Kg Setia Jaya – Mujur tiada kehilangan nyawa!

Saya berjumpa dengan keluarga mangsa di tempat kebakaran.

Saya bersama dengan Tuan Hj Jamil (kedua dari kiri), Pegawai Baitumal dan mangsa Tuan Hj Yusop.

Updates: 25-11-2009 @ 5:20 petang

[Pembantu saya, En Yakob, telah beberapa hari cuba menhubungi dengan Timbalan Pengarah Pejabat Perumahan DBKL, Tuan Hj Sukiman, mengenai dengan rumah ppr untuk mangsa kebakaran,  tetapi gagal. Pada petang ini, pembantu saya telah dimaklumkan oleh salah seorang pegawai beliau, En Shahrin, bahawa Pejabat  Perumahan akan menhantarkan minit mesyuarat mengenai dengan kes kebakara ini kepada Ketua Pengarah DBKL untuk tindakan selanjutnya.

Saya amat kesal dengan tindakan yang lambat oleh pihak DBKL melaksanakan pemberian rumah ppr untuk mangsa kebakaran tanpa perihatin dan sensitif terhadap seorang umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Haji pada hai Jumaat ini.  Saya harap pihak Datuk Bandar KL akan menunaikan slogan YAB PM, “Rakyat Didahulukan” dengan memberikan rumah ppr kepada mangsa kebakaran dengan segara.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat Islam dan Selamat bercuti kepada rakan-rakan daripada kaum lain.

Terima Kasih.

Wee Choo Keong]

Ada satu kebakaran di Kg Setia Jaya Wangsa Maju semalam lebih kurang jam 10. Mujur tiada melibatkan kehilangan nyawa walaupun kehilangan hartabenda cukup besar iaitu 3 buah kenderaan dan lain-lain telah musnah dalam kebakaran tersebut.

Saya berjumpa dengan mangsa, Tuan Hj Yusop dan keluarganya, dan beliau berada dalam keadaan baik.  Pada sekarang beliau telah dapat bantuan daripada DBKL, Jabatan Kebajikan, Baitumal, Bulan Sabit Merah serta Bekas-Bekas Parajurit. Saya meminta bantuan daripada Tuan Hj Jamil, Pengurus DBKL Cawangan Wangsa Maju, untuk memberikan sebuah flat PPR kepada Tuan Hj Yusop. Pengurus DBKL tersebut telah bersetuju untuk mencari satu flat PPR untuk Tuan Hj Yusop dengan segera.

Saya mengambil sempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak berkuasa tersebut khasnya Pengurus DBKL cawangan Wangsa Maju, Tuan Hj Jamil, dan kakitangannya, En Sarip, yang telah memberi bantuan dan sokongan dengan sepenuhnya.

Kami akan berusaha untuk mengutip derma bagi Tuan Hj Yusop dan keluarganya.  Saya juga akan memberi segala bantuan kepada Tuan Hj Yusop dari segi tuntutan insuran terhadap kenderaanya dan lain-lain.

Terima kasih.

Advertisements

20 thoughts on “Kebakaran di Kg Setia Jaya – Mujur tiada kehilangan nyawa!

  1. Lim

    Thank you for giving a helping hand to Tuan Hj Yusop and his family. Perhaps YB should push DBKL to provide the ppr flat as soon as possible. This is Tuan Hj immediate need.

    Reply
  2. WANMALAYSIA

    Hai, nak buat amal pun nak ‘gaduh’ ke…

    Kalau boleh buat atas nama Allah dan tiada ‘pesongan’ pasti berkat, kan…

    Bersyukurlah kerana tiada kemalangan jiwa…

    Kepada pihak bertelagah, insaflah di atas nikmat GLOBAL yang Allah kurniakan sekarang, jangan bersengkita kelah Dia akan merampas balik segala-galanya…

    Bersama wujudkan perpaduan agar negara terus beroleh kemakmuran…

    Reply
  3. WANMALAYSIA

    Hai, nak buat amal pun nak ‘gaduh’ ke…

    Kalau boleh buat atas nama Allah dan tiada ‘pesongan’ pasti berkat, kan…

    Bersyukurlah kerana tiada kemalangan jiwa…

    Kepada pihak bertelagah, insaflah di atas nikmat GLOBAL yang Allah kurniakan sekarang, jangan bersengketa kelak Dia akan merampas balik segala-galanya…

    Bersama wujudkan perpaduan agar negara terus beroleh kemakmuran berlandaskan kepada peruntukan perlembagaan persekutuan dan rukun negara yang telah, sedang dan akan menyatukan KITA SEMUA……

    Reply
  4. Faq

    ye lah tu…. saya baca paper YTL pun ada turun padang. YTL yang sampai dulu baru YB sampai…. anyway… terima kasih kerana membantu….

    Reply
  5. sy8

    Hi hang ingat orang umno tu tolong ikhlas ker…. nak bersih kubuq pun canang satu kampung. Piiiiiii lah cakap tak serupa bikin. Tengok kami PR terang-terang buat kerja demi nama rakan seislam, tak bising pun….

    Reply
  6. kiddokit

    @Faq

    Yang si YTL itu turun padang semata-mata untuk meraih undi, yang YB Wee kita ni pulak turun padang kerana ia adalah tugasnya. YB Wee bersimpati dengan nasib malang mangsa2.

    Reply
  7. budak kg setia jaya

    Untuk makluman anda, pada malam kekaran pembantu YB bersama dengan wakil PKR dan PAS Wangsa Maju berada tempat kebakaran untuk memberi segala bantuan kepada Tuan Hj Yusop dan keluarga sehingga pukul 4 pagi. Inilah perkhidmatan PR untuk rakysat.

    Reply
  8. lee wee tak

    yang pentingnya seseorang Wakil Rakyat Ahli Parlimen adalah dapat menggubal dasar-dasar yang memanfaatkan rakyat.

    betul, turun padang juga penting tetapi jangan menilaikan mutu seseorang ahli parlimen dari segi kehadirannya ke majlis-majlis sahaja. Yang pentingnya pembikinan dan perlaksanaan dasar-dasar yang memanfaatkan negara

    jika dasar yang betul dapat dikalsanakan maka pihak bomba, kebajikan masyarakt dsb dapat menghulurkan bantuan tanpa perlunya pemantulan seseorang ahli parlimen untuk segala perkara remeh temeh yang sememangnya tugas-tugas penerima gaji cukai rakyat

    Reply
  9. Syal

    dalam usaha kecemasan seperti itu kita tak patut ada pertikaian dalam politik…. tolong mesti ikhlas. Tidak timbul soal parti…. orang kita sekarang dah jauh dari kepercayaan…. semua ikut nafsu…. asyik nak menyalahkan orang… tolong salah tak tolong pun salah. yang penting bersyukurlah semua turun padang membantu… barulah harmoni negara.

    Reply
  10. Weng

    I am not surprise at all that DBKL was slow in providing housing to fire victim. Dragging its feet on such matter is typical of DBKL. “People First” is just a slogan so please do not read too much into it.

    I would have thought that DBKL would have moved fast into providing housing for fire victims. Datuk Bnadar should relook into DBKL way of helping the residents of KL.

    Reply
  11. KL Resident

    The PM should instruct his political secretary (Datuk Shafie) the real Datuk Bandar to instruct DBKl to provide the low cost flat to the fire victim. Of course, such thing is not important to BN.

    BN is more interested in interfering with DBKL works by instructing them not to do what they are supposed to do to help the people, to make the life of the people better. Like moving the Uptown pasar malam in Danau kota away from residential area.

    I am sick of BN and DBKL for not looking after the welfare of the people.

    Reply
  12. setapakkuan

    Kita tidak boleh menyalahkan orang politik tak kira pihak penyokong pembangkang “Pakatan Rakyat”(DAP,PKR dan PAS) dan penyokong kerajaan (BN – Umno,MCA dan MIC) dan untuk menghulurkan bantuan mangsa kebakaran, banjir rumah yang diselamatkan. Semua ditadirkan oleh tuhan untuk mengujikan mereka ( pembangkang dan penyokong) menghadapi pelbagai rempuhan beribu-ribu ringtangan sebelum lima tahun akan datang pilihanraya.

    Sebagai contoh :

    Penyokong kumpulan pembangkang kebetulan sedang berada di kawasan Barisan Nasional (BN) tempat kejadian kemalangan jalan raya tanah runtuh ataupun banjir kilat untuk menghulurkan,mencari,mengesan sama ada mangsa hidup atau kematian tanpa kehadiran penyokong kumpulan kerajaan sambil menunggung pihak berkuasa tempatan. Ini bererti soal nyawa manusia dan binatang amat penting.
    Sebaliknya. Jika penyokong kerajaan kebetulan menolong mangsa kemalangan,banjir kilat Jalan raya,tanah runtuh untuk menghulurkan bantuan di kawasan pembangkang (DAP,PKR dan PAS) tanpa kehadiran penyokong kumpulan pembangkang. Kedua-dua mesti harus saling faham-memahami dan bantu-membantu tanpa soal politik .Diliham oleh Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak “satu Malaysia” Rakyat didahulukan pencapaian diutama….pengundi setapak

    Reply
  13. setapak kuan

    Kita tidak boleh menyalahkan orang politik tak kira pihak penyokong pembangkang “Pakatan Rakyat”(DAP,PKR dan PAS) dan penyokong kerajaan (BN – Umno,MCA dan MIC) dan untuk menghulurkan bantuan mangsa kebakaran, banjir rumah yang diselamatkan. Semua ditadirkan oleh tuhan untuk mengujikan mereka ( pembangkang dan penyokong) menghadapi pelbagai rempuhan beribu-ribu ringtangan sebelum lima tahun akan datang pilihanraya.

    Sebagai contoh :

    Penyokong kumpulan pembangkang kebetulan sedang berada di kawasan Barisan Nasional (BN) tempat kejadian kemalangan jalan raya tanah runtuh ataupun banjir kilat untuk menghulurkan,mencari,mengesan sama ada mangsa hidup atau kematian tanpa kehadiran penyokong kumpulan kerajaan sambil menunggung pihak berkuasa tempatan. Ini bererti soal nyawa manusia dan binatang amat penting.
    Sebaliknya. Jika penyokong kerajaan kebetulan menolong mangsa kemalangan,banjir kilat Jalan raya,tanah runtuh untuk menghulurkan bantuan di kawasan pembangkang (DAP,PKR dan PAS) tanpa kehadiran penyokong kumpulan pembangkang. Kedua-dua mesti harus saling faham-memahami dan bantu-membantu tanpa soal politik .Diliham oleh Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak “satu Malaysia” Rakyat didahulukan pencapaian diutama….pengundi setapak

    Reply
  14. Datin Nora

    Saya nie saksi kejadian… Paling dekat.. Tak ada orang umno atau pas yang bantu… semuanya tolong tengok aje..
    sampai rumah abis terbakar.. sampai lah bomba datang.. barulah padam…emmmm boring lah.. tengok korang nie gaduh2.. pasal hal tolong-menolong, bantu-menbantu..
    biarlah ikhlas..barulah 1 malaysia..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s