Parliamentary Questions Time, 18 November, 2009

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] minta Menteri Kementerian Sains, Teknologu dan Innovasi menyatakan tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil terhadap Venturepharm Asia Sdn Bhd atau lembaga pengarahnya yang mengelirukan kementerian untuk berurus dengan XLW Inc daripada Amerika Syarikat yang tidak wujud, dan telah membayar RM2,264,800 daripada jumlah peruntukan RM5.36 juta gran Tecnofund untuk penyelidikan biofeed.

YB Tuan Wee Choo Keong [WANGSA MAJU] asks Minister of Science, Technology and Innovation to state what actions have been taken or will be taken against Venturepharm Asia Sdn Bhd or its directors for misleading the Ministry into believing that it was tied up with a company known as XLW Inc from USA, which is non-existence, to grant the Technofund (for research into bio-feed) totaling RM5.36 million and out of which RM RM2,264,800-00 has been paid to-date?

Jawapan:

Tuan yang Dipertua,

Semenjak perkara ini dibangkitkan, SPRM telah menjalankan siasatan dengan mengambil fail yang berkaitan dari Kementerian untuk tujuan penyiasatan ke atas Syarikat Venturepharm Asia Sdn Bhd. Kementerian juga telah mengambil tindakan dengan membekukan segala pembayaran dan mengantung projek tersebut sepanjang proses penyiasatan berlangsung.

Hasil siasatan oleh SPRM mendapati tiada perbuatan rasuah dapat dikesan berhubung dengan pemberian geran projek bertajuk Localisation of ucosal bio-active for feed (MBF) in Malaysia kepada syarikat tersebut.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Penasihat Undang-undang Kementerian juga sedang menjalankan siasatan ke atas ini dan ianya akan mengambil masa yang panjang kerana melibatkan bidang kuasa beberapa pihak di luar negera.

Kementerian juga kini dalam menambahbaik proses dan prosedur geran yang dikenalikan oleh MOSTI sepertimana yang disarankan oleh SPRM.

Advertisements

2 thoughts on “Parliamentary Questions Time, 18 November, 2009

  1. penduduk seksyen 4

    salam sejahtera..YB adakah YB tahu berkenaan dgn terbinanya satu pusat aktiviti belia wangsa maju di tanah kepunyaan mungkin pemaju ataupun DBKL…disini saya ingin membuat rayuan kpd pihak YB untuk mengambil tindakan dimana dengan terbinanya pusat ini mungkin indeks jenayah akan meningkat disebabkan kebanyakan belia melepak sehingga ke larut pagi…dan aktiviti perniagaan terdapat beberapa gerai-gerai makan sedangkan di seksyen 4 sudah sedia ada medan selera…adakah mungkin disebabkan adanya ahli politik (UMNO) yg saja memberi sokongan dgn pusat aktiviti tersebut..tolong YB ini kawasan YB kita tak nak belia ini terdedah ataupun terdorong dgn parti-parti politik khasnya UMNO…

    Reply
  2. Wee Choo Keong

    Terima kasih kepada penduduk seksyen 4. Sila talipon pejabat saya No: 41433322 supaya kita boleh membincang perkara ini dengan teliti supaya satu aduan rasmi boleh dipanjangkan kepada pihak berkuasa.

    Terima kasih.

    Wee Choo Keong

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s