Parliament Questions Time, 24 June 2009

Minister of Tourism admits Daro Worldwide Sdn Bhd was directly appointed by the ministry to set up and operate Tourism Call Centre …

Soalan

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pelancongan menjelaskan mengapakah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia telah melantik Daro Worldwide Sdn Bhd (syarikat kawalan asing tidak langsung) yang tiada pengalaman mengendalikan “call center” tanpa melalui proses tender terbuka bahkan telah membayar pendahuluan RM3.8 juta kepadanya serta bayaran bulanan sebanyak RM47,500 yang terdahulu dan kos telekomunikasinya?

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua

Pihak Kementerian menerusi agensinya Tourism Malaysia telah melantik Syarikat Dato World Wide Sdn Bhd bagi mengendalikan “Call Center” secara lantikan terus setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Daro World Wide Sdn Bhd merupakan syarikat milik Bumiputra yang memiliki pegangan saham sebanyak 60 peratus.

Pihak Kementerian menerusi agensinya, Tourism Malaysia tidak pernah membuat sebarang pembayaran pendahuluan yang bernilai RM3.8 juta.  Sebaliknya, RM3.8 juta merupakan jumlah kos keseluruhan projek ini dan pembayaran dibuat secara berperingkat kepada pihak Syarikat Dato setelah berpuashati dengan semua kerja yang mengikut syarat seperti pemasangan software, perkara-perkara teknikal, pengambilan pekerja dan kelengkapan yang berkaitan dengan pemasangan telah dilaksanakan.

Sehingga kini, pembayaran secara berperingkat yang telah dibuat adalah seperti berikut:

1) Pembayaran pertama pada 19 November 2007 sebanyak RM1,925,000.00

2) Pembayaran kedua pada 21 Februari 2008 sebanyak RM237,500.00

3) Pembayaran ketiga sebanyak RM105,836.14

Manakala bayaran sebanyak RM47,500.00 adalah merupakan bayaran bulanan untuk membiayai gaji 13 orang pekerja Syarikat Daro dan bayaran telekomunikasi.

Notes:

1. The Minister stated that Daro Worldwide Sdn Bhd (Daro) was directly appointed by Ministry of Tourism to set up and operate the Tourism Call Centre. This was definitely improper. I believe that it is good governance to appoint company to carry out a project by way of open tender in order to avoid semblance of corruption or corrupt practices.

2. It would appear from record that Daro has 60% bumiputra equity. The shareholding of Daro are as follows:

Datuk Mustapa bin Juman ……………………… 300,000 shares
— Ex-CEO of Felcra Bhd and he is also the shareholder and director of Venturepharm Asia Sdn Bhd, which has been awarded with TechnoFund worth RM5.36 million to do research on biofeed by Ministry of Science, Technology and Innovation. Madam Grace Chen Oyan Yun Shai, who is of Taiwanese origin and a director and shareholder in Venturepharm Asia Sdn Bhd. It must be noted that as a result of my complaint to the Minister of Science against Venturepharm Sdn Bhd for not having the proper qualifications to do the research and I believe that the Ministry is carrying out an investigation. Further payments from TechnoFund has been frozen at the moment.

Rohani Binti Abd Raffar ……………………… 300,000 shares

Chin Fook Kwon ……………………… 400,000 shares
— Son of Madam Grace Chen Oyan Yun Shai

3. Daro was incorporated on 07 March 2006. Daro has no previous experience whatsoever in the business of operating Tourism Call Centre.

4. Why must the Ministry after having paid a total sum of RM2,368,336-00 still have to pay RM47,500-00 for the salaries of 13 staff and the costs of telecommunication? This is most strange to say the least.

5. The payment of RM2,368,336-00 for the setting up of the Tourism Call Centre was far too high. The MACC should commence investigation into the operation of this company and how payments received from the Ministry were utilised.

6. It is believed that Madam Grace Chen Oyan Yun Shai is very much involved in Daro.

– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –

Nota:

1. Menteri mengakui bahawa Daro Worldwide Sdn Bhd (Daro) telah dilantik terus oleh Menteri Pelancongan untuk mendirikan dan mengendalikan Pusat Panggilan Pelancong ‘Tourism Call Centre’. Ini memang nampak tidak betul. Saya percaya perbuatan pentadbiran telus dalam pelantikan syarikat adalah menerusi tender terbuka untuk mengelakkan tanggapan adanya rasuah ataupun memang ada berlakunya rasuah.

2. Nampaknya Daro mempunyai 60% saham pegangan bumiputra tetapi sebenarnya pegangan adalah seperti berikut:

Datuk Mustapa bin Juman ……………………… 300,000 saham
– Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Bhd dan beliau juga pemegang saham dan pengarah Venturepharm Asia Sdn Bhd, yang telah diberikan sumbangan daripada TechnoFund berjumlah RM5.36 juta untuk penyelidikan biofeed oleh Kementerian Sains, Teknologu dan Innovasi. Puan Grace Chen Oyan Yun Shai, yang berasal daripada Taiwan adalah pengarah dan pemegang saham dalam Venturepharm Asia Sdn Bhd. Patut diambil tahu ialah berikutan aduan saya kepada Kementerian Sains Venturepharm Sdn Bhd tidak mempunyai kelayakan membuat penyelidikan, pihak kementerian sedang menjalankan siasatan lanjut. Bayaran seterusnya daripada Technofund telah dibekukan buat masa ini

Rohani Binti Abd Raffar ……………………… 300,000 saham

Chin Fook Kwon ……………………… 400,000 saham
– Anak Puan Grace Chen Oyan Yun Shai

3. Daro diperbadankan pada 07 March 2006. Daro tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mengendalikan Pusat Panggilan Pelancong.

4. Mengapakan pihak Kementerian setelah membayar RM2,368,336-00 masih perlu bayar gaji 13 orang pekerja serta belanja telekomunikasi berjumlah RM47,500-00? Sungguh aneh, bukan?

5. Bayaran RM2,368,336-00 untuk memulakan Pusat Panggilan Pelancong adalah terlalu tinggi. MACC patut memulakan siasatan dalam pengendalian syarikat ini dan bagaimanakah wang yang diterima oleh Kementerian telah digunakan.

6. Adalah dipercayai bahawa Puan Grace Chen Oyan Yun Shaiamat terlibat dalam urusan Daro.

Advertisements

10 thoughts on “Parliament Questions Time, 24 June 2009

  1. Chong

    Wow! This Taiwanese is very influential and powerful. The Minister of Tourism seems to know nothing about Daro Worldwide Sdn Bhd. YB Wee appears to know more than the Minister.

    The Minister may not know about Daro Worldwide but I am sure she knew who is Ms Grace Chen Oyan Yun Shai, who is quite a personality in Ministry of Tourism. The Minister should tell all of us, how well does she know Ms Grace Chen.

    Powerful Taiwanese!

    Reply
  2. Seng

    This whole appointment smells a rat! The Minister of Tourism should tell us whether she knows Grace Chen Oyan Yun Shai and why there was no open tender before the appointment.

    It just smell like hell!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply
  3. Mohd Noor Haji Jaafar

    Sepatutnya Kementerian Kewangan Malaysia memanggil tender terbuka untuk projrk mengendalikan Call Center bagi kementerian Pelancongan Malaysia. Projek bernilai RM 3.8 juta diserahkan kepada sebuah syarikat Daro Worldwide tanpa tender terbuka adalah tidak adil. Mana tahu jika di panggil tender terbuka mungkin nilai projek boleh dikurangkan.

    Hebat sungguh Puan Grace Chen Oyan Yun Shai dan anaknya Chin Fook Kwon telah memiliki 400,000 saham Daro Worldwide. Beliau warganegara Taiwan telah mendapat kerakyatan Malaysia dengan begitu singkat sekali tanpa menunggu 10 tahun seperti kebiasaan.

    Puan Grace adalah Direktor dan pemegang saham Syarikat Venturepharm Asia Sdn Bhd yang mendapat kontrek bernilai RM5.6juta untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi. Setelah mendapat bantahan dari YB Wee Kementerian Sains telah menyiasat samada Syarikat tersebut mempunyai kepakaran dalam membuat reserch biofeed. Buat masa ini projek tersebut dibekukan sehingga penyiasatan selesai.

    Apa yang ditakuti ialah apa yang berlaku kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi akan berlaku kepada Kementerian Pelancongan Malaysia. Walaupun ia Syarikat Bumiputra seperti di dakwa oleh kerajaan tapi kita tidak tahu samada syarikat tersebut boleh mengendalikan Call Center tersebut. Kita harap jangan jadi ” Bila rumah siap pahat berbunyi”

    Reply
  4. Remy

    Saya takut ini adalah “Ali baba”!

    By the look of things, Daro may just be a nominee company of Chen Oyan Yun Shai. She is just fantastic. In a short spanof time she got Malaysian citizenship whilst another person borned and bred here for more than 50 years are still waiting for citizenship.

    I think this is a scam.I hope MACC will loo into this.

    Reply
  5. donplaypuks

    YB

    Well done. Plesae keep exposing this type of ali baba set up. Check and see if teh Bumi party actually put up 1 cent of equity.

    I bet it is the Taiwanese party that is doing all the work.

    They should have gone for open tender. There are M’sian listed call centre companies who have been in business for more than 5 years who would have tendered for it. The MT would have enjoyed lower costs and economies of scale.

    Instead they have gone for the directly negotiated contract. pLease harass the MACC to investigate! We are sick of these handouts to parties with no previous track record.

    Reply
  6. STM

    YB,

    Thanks for exposing this Taiwanese Grace who has been milking Tourism Malaysia and Ministry of Tourism budgets for a long time.

    Perhaps you want to check up more on her activities:

    1) Guangzhou Daley PR & Communications Co., Ltd
    http://www.daleypr.net

    This is Grace’s China based company that has been having the lion’s share of Tourism Malaysia’s PR account for China since Dato Syed Kadir’s time and she has managed to hold the account till now surviving Dato Leo Toyad, Dato Tg. Adnan, Aatuk Azalina and now Dato Ng Yen Yen.

    I understand the billings are huge and the work substandard but she continues to survive.

    2) Her relationship with Dato Noni of Smascom Design Sdn Bhd whose company is the advertising agency awarded the Chinese advertising portion of Tourism Malaysia.

    Dato Noni is the sister in law of former prime minsiter Dato Badawi and so she obviously has leverage in getting the account.

    I understand that Grace has a joint signatory account for all advertising media work by Smascom over these years and the billings are substantial.

    3) A list of the advertising billboards in China booked by Grace via Smascom will definitely reveal the huge overpricing of these obscure and less than desired advertising efforts procured by Grace for Malaysia in China.

    As mentioned by some insiders, Grace is a cat with 9 lives in Tourism Malaysia’s expenditures!

    STM

    Reply
  7. World expo 2010

    Venturepharm has been awarded another Tourism Ministry project to built Malaysia Pavilion at World Expo 2010. The Project was at RM20Million and most likely to be increased by another RM10 Million to be RM30 Million.

    THis is ridiculous as they are not in this industry to be awarded the project..

    Reply
  8. Anonymous

    I hope YB Wee please look on the “call centre”. Is it worth the sum of money that the government have provide? As what as Tourism Malaysia paid rm47500 for the staff salary. But the staff is having bad times working on longer hours (10hrs) with no shift allowance/bonus/overtime/public holiday allowance etc etc.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s