Ucapan Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 17 Jun 2009

* Taiwanese mother & son given Malaysian Citizenships and projects after projects by Ministry of Tourism, Ministry of Science, Technology and Innovation and Ministry of Health!

* Bernama TV is privately owned!

Datuk Yang di-Pertua,

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya untuk membahas suatu Akta untuk meminda Akta Hasil Dalam Negeri.

Saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap kegiatan-kegiatan haram yang mengancam kesejahteraan masyarakat kita seperti perjudian haram, iaitu Empat Ekor, bolasepak dan juga lain-lain makisat seperti pelacuran dan sebagainya. Saya percaya kegiatan perjudian haram, bolasepak dan lain-lain kegiatan haram tersebut melibatkan berjuta-juta ringgit setiap hari. Cuba bayangkanlah berapa banyaknya wang cukai yang terlepas daripada kawalan pihak kerajaan. Perjudian haram dan pelacuran adalah pekerjaan yang paling tua di mana pihak kerajaan tidak dapat mengawal. Kini, kita sudah menjangkau era IT dan pengendalian perjudian haram ini telah menjadi lebih mudah dengan adanya internet. Pada hemat saya, pihak kerajaan telah kehilangan berjuta-juta ringgit wang cukai daripada kegiatan-kegiatan haram tersebut.

Datuk Yang di-Pertua,

Punca kehilangan pendapatan cukai untuk kerajaan bukan terhad sahaja kepada  akibat daripada perjudian haram, pelacuran dan Ah Long. Gejala ini juga berpunca daripada kegiatan perniagaan haram melalui rasuah dan kickbacks/commission di mana projek atau kontrak kerajaan telah diberi kepada pihak yang tidak berkelayakan atau kepada pihak yang kelayakan tunggal mereka hanyalah perhubungan mereka dengan para pemimpin parti-parti pemerintah dan pegawai atasan kerajaan. Dalam keadaan ini, dana kerajaan telah dibayar dengan cepat tanpa kawalan atau pemantauan kepada syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan di luar dan dalam negara, kononnya pembayaran itu adalah kerana adalah perbelanjaan syarikat palsu tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja yang telah diberikan. Sebenarnya perbelanjaan tersebut sebenarnya adalah komisen haram dan/atau wang rasuah yang mengakibatkan kehilangan lagi wang cukai kepada pihak kerajaan.

Saya ingin menarik perhatian pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada perkara ini supaya kaedah dan jalan dapat dicari untuk mendapatkan kembali berjuta-juta ringgit yang hilang akibat aliran wang haram ini yang sebenarnya merupakan pendapatan dan keuntungan bercukai. Saya berharap pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan memberi perhatiannya kepada fakta-fakta benar yang saya akan bentangkan kini.

Datuk Yang di-Pertua,

Dalam perbahasan Parlimen semalam mengenai suatu Akta meminda Latihan Khidmat Negara 2009, saya telah berucap mengenai betapa mudahnya dua orang warga Taiwan telah diberikan kewarganegaraan Malaysia kerana perhubungan erat mereka dengan ahli politik tertentu. Dua warga Taiwan itu adalah Puan Chen Oyan Yun Shai (nombor I/C: 560330-71-5044) dan anaknya Encik Chin Fook Kwon (nombor I/C: 850803-14-6689). Puan Chen Oyan Yun Shai amat berkuasa kerana beliau boleh mendapat kontrek atau projek daripada kerajaan Malaysia di dalam dan di luar Malaysia dengan menggunakan syarikat-syarikat penama/nominee untuk mengelakkan daripada dikesan.

DatukYang di-Pertua,

Ini bukanlah keistimewaan tunggal yang dapat diperolehi oleh kedua-dua orang Taiwan tersebut. Dengan hubungan rapat dan kedudukan mereka sebagai rakyat Malaysia yang baru, kedua-dua orang ini telah menubuhkan banyak syarikat di Malaysia dengan menggunakan penama atau nominee dan/atau nama mereka sendiri sebagai pemegang saham dan pengarah. Pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelancongan (dan Kementerian Sains dan Teknologi dan Innovasi dan Kementerian Kesihatan tidak dikecualikan) telah dengan senangnya meluluskan pemberian projek dan kontrak kepada syarikiat-syarikat yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh  Puan Chen Oyan Yun Shai atau dia menggunakan anaknya, En Chin Fook Kwon.

Puan Chen Oyan Yun Shai juga ada nama gelarannya sebaai Puan Grace Oyan.

1. DARO WORLDWIDE SDN BHD (Co No: 725963-U)

Daro Worldwide Sdn Bhd yang beralamat di 96A Jalan Cerdas, Taman Connaught, Cheras, 56000 KL, telah ditubuhkan oleh Puan Chen Oyan Yun Shai dan anaknya  Chin Fook Kwon dengan menggunakan Rohani Bt Abd Raffar dan En Mustapa bin Juman sebagai pengarah syarikat.. Chin Fook Kwon adalah salah seorang pengarah syarikat ini.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia bawah Kemeterian Pelancongan telah melantik Daro Worldwide Sdn Bhd untuk menggendalikan, dengan izin, “Tourism Call Centre” atau Pusat Panggilan Untuk Bantuan Pelancong tanpa adalah proses tender terbuka. Setelah diberinya kontrak tersebut secara direct Daro Worldwide telah dibayar RM3.8 juta sebagai wang pendahuluan oleh Kementerian Pelancongan dan Daro Worldwide juga dibayar sebanyak RM47,500 sebulan untuk mengendalikan Pusat Panggilan  tersebut tidak termasuk pula kos telekomunikasi.

Puan Chen Oyan Yun Shai telah menggunakan syarikat berlainan yang dikenali sebagai Developtrend Sdn Bhd (Co No: 241689-W) untuk tujuan mengeluarkan inbois. Syarikat ini juga mempunyai alamat yang sama iaitu 96A Jalan Cerdas, Taman Connaught, Cheras, 56000 KL. Pengarahnya adalah  Abu Bakar Bin Kasrim, Azhar Bin Ahmad, Dr Sulaiman bin Tamanang dan Rohani Binti Abd Raffar.

Pengarah yang sama untuk kedua syarikat itu adalah Cik Rohani binti Abd Raffar.

Puan Chen Oyan Yun Shai ini mengguna Mega Rider Offshore Ltd yang beralamt  Room 1701,Tai Yau Building, 181,Johnston Road,Wanchai Hong Kong untuk mengeluarkan invoice kepada Daro Worldwide Sdn Bhd.  Selepas Daro Worldwide menerima Invoice ia akan membayar terus ke akaun bank Mega Rider Offshore Ltd di Hong Kong. Ini bermakna wang Negara kita telah di hantar keluar Negara. Ini adalah menjejaskan kepentingang Negara kita.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya percaya bahawa Syarikat-syariakt nominees yang digunakan untuk mengeluarkan inbois tidak mebayar cukai pendapat di Negara kita.

Puan Chen Oyan Shun Shai ini juga mengunakan satu syarikat bernama Lucky Field Holding Ltd di Hong Kong untuk biling.

Puan Chen Oyan Yun Shai bukan menggunakan kedua syarikat tersebut sahaja. Syarikat lain seperti Venturepharm Sdn Bhd digunakan Puan Chen Oyan Shun Shai untuk mendapat projek daripada Kementerian Sain, Teknologi dan Inovasi dan mengantar Technofund yang ia dapat ke-luar negeri.

2. Venturepharm Asia Sdn Bhd (Co No: 706977-D)

Alamat Venturepharm Sdn Bhd juga sama dengan alamat Daro Worldwide Sdn Bhd and Developtrend Sdn Bhd. Lembaga Pengarah Venturepharm Asia Sdn Bhd adalah : Mustapa bin Juman, Chen Oyan Yun Shai and Abdul Wahab bin Abdullah. Mustapa bin Juman adalah pengarah di dalam syarikat Developtrend Sdn Bhd yang terlibat dalam Pusat Panggilan.

Kemeterian Sains, Teknologi dan Inovasi telah meluluskan projek kepada  Venturepharm Sdn Bhd membuat penyelidikan dalam bidang, dengn izin, “biofeed” dan telah diberikan gran bawah Technofund Project bernilai RM5.6 million.  Venturepharm tidak mempunyai pengalaman atau kelayakan membuat sebarang kerja penyelidikan dalam bidang “biofeed” atau apa-apa pun. Venturepharm Sdn Bhd pula telah menandatangani satu kontrak yang mempunyai, dengan izin, perjanjian “ back to back”, dengan sebuah syarikat yang bernama  XLW Inc. Saya difahamkan bahawa syarikat XLW Inc ini tidak wujud.

Pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan syarikat XLW Inc ini yang dilantik oleh Venturepharm Asia Sdn Bhd untuk membuat ‘research’ adalah wujud dan berlayak untuk membuat research mengenai dengan biofeed.

Memang Venturepharm Asia menimbulkan nama sebagai Dr Chen Ming Wei, seorang professor dar negeri China dan seorang doctor dari America tetapi kedua-dua orang professor tidak berada di Malaysia untuk membjat research.

Saya juga difahamkan bahawa Venturepharm Asia ada menyewa satu premis di No 7, Jalan 7, Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, 4300 Selangor, sebagai pejabat untuk membuat research. Premis ini tidak lekap dengan equipment untuk membuat research tersebut. Premis ini digunakan sebagai prmis pameran untuk mendpat technofund dari Kementerian Sain, Teknologi dan Inovasi.  Saya harap Kementerian dan MACC memulakan sesiatan dalam perkara ini.

Datuk Yang di-Pertua,

Cara beroperasi Venturepharm Asia Sdn Bhd adalah sama dengan Daro Worldwide Sdn Bhd di mana Venturepharm akan menghantar seorang pekerjanya yang tidak berkelayakan untuk menyampaikan taklimat kepada pihak kementerian mengenai “perkembangan” kerja penyelidikan mereka dan apabila kerajaan membuat bayaran kepada Technofund, Venturepharm Asia Sdn Bhd akan memindah wang itu dengan serta merta kepada XLW Inc, sebuah Syarikat Persisiran Luar Pantai. Ini bermakna tidak ada bayaran cukai telah dibayar oleh XLW Inc kepada kerajaan Malaysia dan saya juga percaya jumlah cukai yang dibayar oleh Puan Chen Oyan Shun Shai dan anaknya Encik Chin Fook Kwon adalah amat sedikit sahaja memandangkan duit hitam yang mereka telah dapat.

Pihak yang menandatangai perjanjian untuk XLW Inc ialah En Ken Yang Keng Ching, seorang warga asing dan dia adalah sahabat intim Chen Oyan Yun Shai.

Agak menarik juga perkembangan ini kerana Encik Ken Yang Keng Ching yang mengetuai Kumpulan Longold dan juga menguruskan Daley PR. Kementerian Pelancongan telah melantik PR Daley untuk mengendalikan perkara-perkara hubungan awam seperti memaparkan iklan di televisyen papan tanda di tepi lebuh raya dan sebagainya di China. Daley PR bertapak di Guang Zhou dan Shanghai. PR Daley menggunakan smascom dan Lucky Field Holding Ltd sebagai syarikat yong mengeluarkan inbois.

Chen Oyan Shu Shai juga menggunakan sebuah syarikat penama untuk tujuan pengurusan dan pengendalian Malaysia House di Hong Kong.

Puan Chen ini adalah amay hebat dari segi connectionnya dengan kerajaan Malaysia.

Klinik bergerak – Mobile Clinic

Saya juga dimaklumkan bahawa syarikat penama Chen Oyan Shun Shai juga diberikan kontrak untuk menguruskan klinik bergerak.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya dapat lihat betapa geram dan iri hatinya para Wakil Rakyat seberang saya terhadap kontrak atau projek yang telah diberikan dengan mudahnya kepada dua orang “pelawat” Taiwan itu yang bernilai berjuta-juta ringgit. Saya sendiri pun akan membantah jika kontrak atau projek tersebut diberikan kepada kroni Barisan Nasional tetapi memandangkan keadaan kini, saya pula tidak membantah pemberian kontrak atau projek tersebut kerana penerima pemberian itu adalah rakyat Malaysia. Mengapa pula kerajaan kita memberikan kontrak atau projek kepada orang-orang Taiwan ini yang tidak menghargai ihsan baik kita dan hanya akan menyindir betapa bodohnya kerajaan Barisan Nasional Malaysia.

Saya benar-benar berharap pihak Menteri Pelancongan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Menteri Kesihatan akan menyiasat perkara-perkara tersebut dan memberhentikan perbuatan mengambil kesempatan oleh orang-orang Taiwan ini dengan bantuan pegawai-pegawai yang berkenaan dalam kementerian yang terlibat.

Saya igin memberikan satu tip kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bahawa Puan Chen Oyan Yun Shai ada satu akaun bank khas di Switzerland: HSBC Guyerzeller Bank AG, Zurich, Swift address: GUYECHZZ, No akaun: 135975.001.

Saya percaya bahawa satu sesiatan yang mendalam dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mendapat bukti yang kukuh bahawa si Chen Oyan Shun Shai ini telah “evade” cukai pendapatan di Malaysia.

Bernama TV

Datuk Yang di-Pertua,

I have just received a reply from my question to the Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan with regards to the Bernama TV Synergy Sdn Bhd.  This is my question and the answer given.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah dasar undang-undang untuk Bernama, agensi berita kebangsaan kita, untuk membenarkan Bernama TV menggunakan namanya (Bernama) setakat 31 Mei 2009 dan kenapa Bernama membenarkan sebuah syarikat persendirian berhutang sebegitu banyak wang.

Jawapan:

BERNAMA TV dikendalikan oleh syarikat usaha sama BERNAMA dengan syarikat swasta di mana BERNAMA diberikan saham percuma sebanyak 33%.  BERNAMA seterusnya membenarkan jenamanya digunakan.

Selepas beberapa peringatan diberikan kepada syarikat persendirian tersebut, tindakan mahkamah telah pun diambil untuk mendapatkan hutang tertunggak tersebut.

Datuk Yang di Pertua,

Saya amat terkejut dengan jawapan daripada YB Menteri. BERNAMA sebagai Agensi Berita Kebangsaan tidak mempunyai hak untuk melarang Bernama TV Synergy Sdn Bhd daripada menggunakan namanya BERNAMA sebagai nama sayarikat. Ini akan memberikan gambaran yang mengelirukan bahkan palsu kepada umum bahawa Bernama TV adalah dikawal dan dimiliki oleh BERNAMA apabila pada hakikatnya, kedua perbadanan itu langsung tidak berkaitan.

Tambahan pula, sya dimaklumkanbahawa BERNAMA membenarkan Bernama TV Synergy Sdn Bhd menggunakan kemudahan serta memberi bantuan kewangan kepadanya. Sehingga hari ini, Bernama TV Synergy Sdn Bhd telah berhutang lebih daripada Rmjuta kepada BERNAMA.

Datuk Yang di-Pertua,

Munurut jawapan daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, BERNAMA sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap Bernama TV Synergy Sdn Bhd untuk menuntut hutangnya. Oleh kerana BERNAMA sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap Bernama TV Synergy Sdn Bhd, BERNAMA mesti mengambil langkah melarang dan memberhentikan tindakan Bernama TV Synergy Sdn Bhd menggunakan nama BERNAMA serta mengelakkan salah faham orang ramai yang mungkin ingat syarikat itu adalah bawah kawalan BERNAMA apabila sebenarnya bukan begitu.

Saya tahu bahawa pengarah and pemegang saham syarikat Bernama TV Synergy Sdn Bhd adalah tokoh-tokoh UMNO yang berada di Pualai Pinang atau Kedah.

Oleh itu, YB Menteri Penrangan, Komunikasi dna kebudayaan  perlu membekalkan senarai penuh nama semua pengarah dan pemegang saham Syarikat Bernama TV Synergy Sdn Bhd.

Datuk Yang di-Pertua,

Dengan ucapan saya, saya tidak menyokong ruang undang ini untuk meminda Akta Hasil Dalam Negeri kerana banyak wang rakyat telah dibazirkan oleh Kementerian tertentu.

Sekian,

Terima Kasih.

Advertisements

10 comments

  1. I just cannot believe it that Taiwanese can get citizenship without living in this country and at the same time given million of Ringgit in projects/contracts by Ministry of Tourism.

    My grandfather was born and bred in Setapak and yet he is still holding a red I/C. He has applied so many time to change his red I/C to a blue one but was rejected. I feel disgusted when I read about Taiwanese got citizenship and they are awarded with projects.

    Definitely got hanky panky in all the dealings. I hope that the Lembaga Hasil Dalam Negeri and MACC will investigate into these scandals.

  2. apa perasaan pekerja2 di bawah syarikat berikut….kebanyakannya dah tentu org malaysia ..company tutup nak kerja kat mana di zaman gawat nie..dapat pampasan ..belum tentu lagi…siapa nak bela nasib mereka

  3. Kesian dengan pekerja diorang. Sure tak lama lg sangkut comp nie. I ada dengar pasal comp nie kedekut dengan staff diorang. Staff keje mcm nk giler, tp apa2 benefit pon tarak! Kesian..

  4. Kalau lah semua MP2 kita berbahas dengan fakta2 yang nyata saperti YB Wee, alangkah bagusnya.

    Bukan terpekik terlolong macam orang gila!

    Keep up the good work and let us hope that other MPs shall follow your lead.

  5. YB Wee,

    Teruskan bongkar korupsi BernamaTV.

    **blog http://kudaranggi.blogspot.com/ telah menyiarkan tentang kebejatan pentadbiran bernama TV satu ketika dahulu..

    mungkin YB Wee boleh ambil info dari sana memandangkan agak ramai pekerja BTV yang beri komen.

    -saya juga staff BTV. CEO BTV ni ketua Umno Bhg Jerai, FYI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s