Parliament Questions Time, 17 June 2009

Bernama TV gives BERNAMA 33% free shares and it is free to use the name “BERNAMA”!

BERNAMA now suing Bernama TV to recover debts says Minister of Information, Communication and Culture.

Bernama TV memberi BERNAMA 33% daripada sahamnya secara percuma dan bebas menggunakan nama “BERNAMA”!

BERNAMA kini mengambil tindakan undang-undang terhadap Bernama TV untuk menuntut hutangnya, menurut kenyataan Menteri Maklumat, Komunikasi dan Kebudayaan.

Soalan:

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah dasar undang-undang untuk Bernama, agensi berita kebangsaan kita, untuk membenarkan Bernama TV menggunakan namanya (Bernama) setakat 31 Mei 2009 dan kenapa Bernama membenarkan sebuah syarikat persendirian berhutang sebegitu banyak wang.

Jawapan:

BERNAMA TV dikendalikan oleh syarikat usaha sama BERNAMA dengan syarikat swasta di mana BERNAMA diberikan saham percuma sebanyak 33%.  BERNAMA seterusnya membenarkan jenamanya digunakan.

Selepas beberapa peringatan diberikan kepada syarikat persendirian tersebut, tindakan mahkamah telah pun diambil untuk mendapatkan hutang tertunggak tersebut.

Note:

1. The giving of 33% free shares to BERNAMA by Bernama TV is not an acceptable reason for its name to be used by a private company. No corporate companies (for example I.C.I, Palmolive, OCBC Bank, McDonald’s, Kentucky Fried Chicken and others) will ever allow another company to use its name in exchange for the so-called 33% free shares. I am shocked by such an unacceptable reason given by the Minister of Information, Communication and Culture for BERNAMA to allow its name to be used by a private company.

Secondly, by virtue of its 33% shares in Bernama TV, BERNAMA has no control of the running of the company especially the contents to be presented.

2. The second part of the answer states that BERNAMA has been reminding Bernama TV, a private company, to pay up its debts, and, BERNAMA has already taken Court actions to recover the outstanding debts from Bernama TV.

For a start, BERNAMA having allowed its name BERNAMA to be used by Bernama TV, BERNAMA saw it fit to allow Bernama TV to owe itself money for its operation. From the information I got, Bernama TV is owing BERNAMA more than RM20 million as of May 2009.

To allow Bernama TV to owe BERNAMA more than RM20 million is an obvious mismanagement of BERNAMA’s facilities and fund.

3. I shall pursue this matter in Parliament to demand the Minister concerned to stop allowing Bernama TV to use the name BERNAMA and also to recover all debts owed by Bernama TV.

– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –

Nota:

1. Pemberian 33% saham percuma kepada BERNAMA oleh Bernama TV bukanlah alasan yang cukup untuk membolehkan namanya digunakan oleh sebuah syarikat persendirian. Tiada syarikat lorporate lain (contohnya I.C.I, Palmolive, OCBC Bank, McDonald’s, Kentucky Fried Chicken dll) akan membenarkan syarikat lainmenggunakan namanya dengan syarat ganjaran 33% saham. Saya terkejut dengan alasan yang tidak munasabah ini oleh Menteri Maklumat, Komunikasi dan Kebudayaan enjelaskan bagaimana BERNAMA membenarkan namanya diguna oleh syarikat persendirian.

Tambahan pula, pegangan saham setakat 33% sahaja dalam Bernama TV, bermakna BERNAMA tidak dapat mengawal pengendalian syarikat tersebut khasnya kandungan rancangan-rancangannya.

2. Bahagian kedua jawapan menyatakan bahawa BERNAMA telah mengingatkan Bernama TV, sebuah syarikat persendirian untuk melunaskan hutangnya dan BERNAMA telah memulakan tindakan mahkamah menuntut hutangnya daripada Bernama TV.

Setelah BERNAMA membenarkan namanya BERNAMA digunakan oleh Bernama TV, BERNAMA pula membenarkan Bernama TV mberhutang dengannya. Daripada maklumat yang saya terima, Bernama TV berhutang lebih daripada RM20juta kepada BERNAMA mpada Mei 2009.

Kejadian membenarkan Bernama TV berhutang lebih daripada RM20 juta kepada BERNAMA adalah bukti jelas pengurusan salah kemudahan dan dana BERNAMA.

3. Saya akan mendalami perkara ini dalam Parlimen meminta Menteri berkenaan memberhentikan penggunaan nama BERNAMA oleh Bernama TV to use the name BERNAMA dan juga bayar balik segala hutangnya.

Advertisements

3 thoughts on “Parliament Questions Time, 17 June 2009

  1. Ahmad

    YB Datuk Rais yatim, I am very disappointed with your answer on Bernama TV. For 33% free shares, Bernama sold its sould to Bernama TV. what a stupid act! No corporate entity will allow any company to use their trade name. Only the stupid director of Bernama will do it.

    The Board of Directors of Bernama should all be sacked for failing to protect Bernama\’s name and assets.

    Reply
  2. Anonymous

    Salam Sejahtera,

    Yang Berhormat YB Wee

    Kami warga perkhidmatan audio visual/bernama tv ingin meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengurusan bernama yang membuat keputusan drastik terhadap kami yang terpaksa ditukarkan ke beberapa jabatan mengikut kepakaran masing2. Mulai 1/8,ada yang terpaksa pergi ke RTM dan beberapa jabatan tertentu di BERNAMA. Masalahnya penukaran tempat2 tersebut di buat dalam jangka masa 3 hari sahaja.

    Secara asas kami bersetuju ditukarkan untuk memberi tekanan kepada btv synergy,cuma keputusan ini yang secara drastik melibatkan masalah2 terutama kepada mereka yang ditukarkan ke RTM.YB Wee ada sesetengah petugas perkhidmatan audio visual yelah bertugas di Bernama lebih 12 tahun, terpaksa menanggung kos akibat terpaksa berpindah ke RTM.Kata mereka ini adalah sementara, tetapi setelah banyak kali kami dijanjikan banyak harapan akhirnya kami yang menjadi mangsa.

    Contoh yang paling terdekat adalah pengambilan bernama tv synergy terhadap bernama tv setahun yang lalu. Daripada awal kami sedar nasib kami masih terumbang ambing…. dan ternyata andaian kami benar. Mengikut prosedur bernama tv tidak boleh diswastakan, tetapi Pengurus BERNAMA dulu, Datuk Seri Azman Ujang tidak mempedulikan nasib kami.Bila jadi seperti ini, beliau hanya mendiamkan diri.Seperti beliau tidak terbabit dalam perjanjian dengan bernama tv synergy.dan di BERNAMA tiada siapa yg berani berkata apa2.sampai bila kami akan ditendang seperti bola?

    Tidakkah SPRM mahu menyiasat apa yang sebenarnya terjadi di antara Datuk Azman Ujang dengan 3 pihak mewakili bernama synergy?Cuba YB bayangkan sekiranya bernama yang memiliki semua studio, kamera,set, peralatan, kakitangan hanya memiliki 33 peratus, sedangkan pemegang saham yang lain mempunyai 67 peratus. Secara matematik yang mudah kalau terjadi apa2 pihak bernama tidak boleh berbuat apa2? dan ternyata telahan ini benar. Pihak bernama tidak boleh mengambil alih btv sewenang2nya. dan menurut GM bernama baru encik Hasnul Hassan, pihak btv synergy memang berkeras untuk tidak melepaskan bernama tv. Sehingga kini bernama synergy telah berhutang dengan dgn bernama hampir 15 juta.

    Yang memusykilkan kami petugas bernama, akibat keputusan yang bodoh di buat oleh seorang bekas GM BERNAMA, akibatnya kami yang menjadi mangsa keadaan. Sampai bila perkara ini akan berlaku?
    Adakah dengan menukarkan kami terutama beberapa rakan2 ke RTM tanpa memberi pilihan untuk kami ada keputusan yang betul? bayangkan selama ini ada yang telah berkhidmat 10 tahun di BERNAMA tiba2 terpaksa mengikut arahan RTM tanpa di ajak berunding? Cara bekerja dan budaya bekerja di RTM, adalah sangat berbeza, dan amat malang sekali petugas Bernama yang di tukar kan akan dianaktirikan? Setalah berjasa lebih 10 tahun tiba2 menendang mereka ke RTM adalah satu keputusan yang bijak. Ini kah cara BERNAMA melayan kami?

    Kami berharap pengurusan BERNAMA mengambil kira masalah2 mereka ini. membuat pemilihan mengikut sukarela dan sesiapa yang sukarela ke RTM akan diberi tambahan elaun untuk menampung kos rumah dan pengangkutan yg bertambah. Saya percaya dengan cara begini lebih adil dan dibuat secara sukarela.

    Apakah jaminan mereka yang ke RTM akan kembali ke bernama? sejak dari dahulu lagi bila bertukar pengurusan, janji2 yang diberi akan tinggal janji. Azman Ujang tidak mahu bertanggungjawab dengan kemusnahan yang telah dibuat. Encik Hasnul hanya kontrak 2 tahun disini…. apakah selepas tamat kontrak gm baru yang mendatang akan mengikut apa yang dikatakan oleh Encik Hasnul sebelum ini?
    Akhirnya kami seperti bola bila tidak suka akan ditendang mengikut kehendak GM2 baru?

    Alangkah malangnya Bernama yang gah di luar tetapi di dalam ibarat indah khabar dari rupa.Harap YB Wee dapat mengenengahkan perkara ini ke Parlimen..Sekian terima kasih.

    Reply
  3. wee choo keong

    July 29, 2009 at 3:47 am Anonymous

    Salam sejahtera,

    Saya mengucapkan terima kasih kepada sdr/sdri kerana memberi komen/maklumat kepada saya. Saya bersimpati dengan sdr/sdri dalam perkara ini. Saya akan menyiasat perkara ini. Selepas siasatan, saya akan bawah perkara ini ke Parlimen kerana tindak tanduk pegawai Bernama mengenai denganperkara ini tidak boleh diterima langsung.

    Jikalau sdr/sdri ada maklumat baru mengenai perkara ini sila e-mel kepada saya melalui: weechookeong@gmail.com

    Terima kasih dan selamat malam.

    Wee choo keong

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s