Summary of my Royal Address speech, 26 February 2009

Summary ucapan saya pada 26-02-2009 di Parlimen

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana meberikan saya peluang untuk mengambil bahagian membahaskan Usul Menjujung Kasih Kepada Titah Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agung pada 16 Februari 2009.

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingin memetik satu perengan daripada Titah Seri Paduka Baginda yakni, “Beta merakamkan penghargaan kepada mamnda Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi diatas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, intergriti, pembanterasan rasuah, mengukuhlkan insitusi kehakiman serta mendekatkan Islam Hadhari.”

Tuan Yang di-Pertua,

Saya tidak berapa setuju dengan sumbangan-sumbangan tersebut khasnya akauntabiliti Perdana Menteri. Saya percaya bahawa kerjaan di bawah kepimpinan perdana menteri sekarang ini tiada akauntabiliti. Adalah satu kerajaan yang flip-flop.

Tuan Yang di-Pertua

Saya amat tertarik dengan apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat dari Kimanis mengenai dengan Air Asia. Saya tahu Air Asia adalah satu syarikat penerbangan yang disayangi oleh Perdana Menteri. Kita sudah tahu dan sudah jelas di dalam Parlimen pada sessi Parlimen yang lepas, Menteri Pengangkutan telah mengakui bahawa Air Asia telah hutang kepada MAB sebanyak RM110 juta sejak tahun 2002. Hutang ini adalah hutang Airport Tax yang telah dikutip oleh Air Asia dari pelanggannya. Saya hendak jelaskan di sini bahawa Airport Tax ini bukan wang Ari Asia. Airport Tax ini adalah wang pelanggan, wang rakyat yang telah dikutip oleh Air Asia. Air Asia adalah sebagai satu ejen untuk mengutip wang Airport Tax. Bagaimanakah Air Asia boleh hutang airport tax ini? Airport Tax ini bukanlah hasil yang perlu dibayar oleh pendapatan Air Asia sendiri. Kenapakah kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri flip flop ini kata ada akauntabiliti tetapi tak mengambil tindakan terhadap Air Asia.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya tahu Air Asia adalah kroni Timbakan Menteri Kewangan dan juga Tingakt Empat. Semua pun tahu Tingkat Empat itu siapa. Menantulah [ketawa] Anak menantulah. Kenapakah Air Asia gunakan kemudahan-kemudahan di LCCT tanpa bayar apa-apa airport tax yang berjumlah RM140 juta sekarang. Baru-baru ini saya ada dapat satu informasi bahawa Air Asia meminta kerajaan supaya waive hutang airport tax supaya Air Asia tidak perlu membuat bayaran sebanyak RM140 juta. Airport Tax adalah wang rakyat dan bukan wang Air Asia.

Tuan Yagn di-Pertua,

Menteri Kewangan mesti tahu wang itu (airport tax) adalah wang rakyat untuk dibayar kepada kerajaan melalui MAB. Saya rasa bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat di kalangan BN pun tahu, apa makna Tingkat Empat itu dan apa makna menantu?

Tuan Yang di-Pertua,

Isu yang kedua mengenai dengan Air Asia adalah jualan air tiket “in advance” , tiga bulan, enam bulan, setahun, dua tahun. Ini adalah seperti satu aktiviti “deposit taking” yang dihalang oleh Bank Negara. Kalaulah Air Asia gulung tikar tidak lama lagi, siapa yang hendak menanggung tiket-tiket yang telah dibeli oleh rakyat? Gerenti aka ada satu bailout yang akan menggunakan wang rakyat. Rakyat pula bailout Air Asia.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan mesti mengambil perhatian dalam perkara ini supaya kita tidak perlu menggunakan wang rakyat untuk bailout syarikat-syarikat swasta ini yang bukan MAS. Syarikat ini adalah Air Asia, sebuah syarikat yang dikawal oleh kroni Datuk Tony Fernandez. Saya tahu daripada official Datuk Tony Fernandez. Unofficial ada yang nama timbul itu, Noni Mahmud. Siapa itu Noni Mahmud? Seperti Endon Mahmudlah. Ada hubungkait dengan Endon Mahmud. Sister-in-law kepada Perdana Menteri, yang saya dengarlah. Tidak tahu betul atau tidak.

Sebab itu kerjaan tidak berani menggambil tindakan.

Tuan Yang di-Pertua,

Mengenai dengan LCCT Labu. Timbalan Perdana Menteri mengatakan telah dibatalkan. Nanti Menteri Pengangkutan mengata “belum ada keputusan muktamad”. Ini menunjukkan satu kerjaan flip flop.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya juga ingin sentuh kes Kementerian Kesihatan. Dalam bulan Disember 2008, dalam masa tiga minggu Kementerian ada lima kempen iaitu Dengi, AIDS-HIV, Food Poisoning , Practice Healthy Lifestyle dan Tak Nak Merokok. Semua pengiklanan adalah substandard.

Syarikat yang dapat kontrak pengiklanan dan harganya adalah:

Kempen Dengi RM12 juta Innovate Media

Kempen Anti Merokok RM5 juta Spencer Azizul

Kempen Aids-HIV RM8 juta New Perspective Media

Kempen Kehidupan Sihat RM5 juta Headwind

Saya harap MACC menyiasat perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin merujuk kepada kawasan Wangsa Maju iaitu Jalan Gombak dan Jalan Genting Kelang dimana kerajaan membuat pelebaran jalan sekarang. Sudah tiga tahun dan pelebran jalan ini belum siap dan keadaan jalan adalah amat teruk. Saya harap Menteri Wilayah Persekutuan boleh memberi penjelasan kenapakah pelebaran Jalan Gombak ini sudah tiga tahun belum siap lagi? Jalan Gombak adalah amat merbahaya dimana ada banyak kemalangan telah berlaku.

Pelebaran Jalan Genting Kelang juga ada masalah yang sama. Sudah setahun dan projek pelabaran jalan untuk Jalan Genting Kelang pun tidak siapa lagi. Saya harap Menteri Wilayah akan jelaskan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Isu terakhir adalah di kawasan Wilayah Persekutuan ada banyak parking lot digunakan oleh kedai kopi ataupun restoran dan orang awam tiada ada tempat untuk parking kereta. Saya berharap DBKL mengambil tindakan dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

4 thoughts on “Summary of my Royal Address speech, 26 February 2009

  1. lee

    Not bad lah! I want to follow Tony Fernadez footstep and owe as much income tax as possible. I am sure that Badawi can have another crony like me.

    NOW EVERYONE CAN OWE TAXES!!!!!

    Reply
  2. Tony The Conman

    What a con man! Cannot pay the air[port tax which have been paid by the rakyat but can buy more planes and place more advertisement in the papers.

    Badawi government is a government of cronies. We must demand that Tony/Air Asia pays up the airport tax, whcih have been paid by us. Air Asia has no right to withhold our monies.

    YB Wee please press on and put all the pressures on Badawi to take actions and MAB to withdraw all facilities until airport tax is paid immediately with interest of course.

    Bloody con man!

    Now Everyone Can Con The Government!

    Reply
  3. lee wee tak

    ouch! a real stinger!!!!! clap clap!!!!!!

    but YB….we also need to talk abut crime rate…just last week, another poor man got murdered and robbed in WM.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s