Grading of Session Court Judges …
Soalan:
(PR-1221-L17760)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah 30 orang Hakim Mahkamah Seksyen hanya di naik pangkat kepada Gred Khas C manakala Timbalan Pendakwa Raya yang tempoh perkhidmatan lebih singkat telah dinaikkan ke Gred Utama C dengan gaji dan elaun yang lebih tinggi dan adakah hakim ini di diskriminasi supaya mereka akan akur kepada Kerajaan.
Jawapan: ( OlehYB Dato’ Mohd. Johari bin Baharum)
Penyadang jawatan Gred Utama dalam sector awam melaksanakan tugas hakikinya dan pada masa yang sama melaksanakan tugas-tugas hakiki berdasarkan kepakaran.
Dari segi kemajuan kerjaya, tiada discriminasi yang wujud kerana penyadang-peyandang kedua-dua jawatan ini (Hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya) berada dalam skim perkhidmatan yang sama iaitu Perkhidmatan Pegawai Undang- Undang dan terletak di bawah ketua perkhidmatan yang sama iaitu Peguam Negara. Ini bermakna Hakim Mahkamah Sesyen berpeluang juga dinaikkan, pangkat ke mana-mana jawatan utama di Jabatan Peguam Negara berdasarkan merit seperti Timbalan Pendakwa Raya.
Mereka dilantik setelah berjanji untuk melaksanakan apa sahaja yang disuruh oleh BN terutama bagi UMNO.
there is no answer in the answer
tiada jawapan dalam jawapan, omong kosong eja….