My Parliament speech against massacre by Israel in Gaza, 12 December 2009

Ucapan YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju,
pada 12 Januari 2009 berkenaan serangan
tentera Israel di Semenanjung Gaza

Tuan Yang Di Pertua,

Saya bediri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul ini.

TINDAKAN biadap terbaru Zionis terhadap rakyat Palestin mesti dikutuk sekeras-kerasnya oleh dunia. Serangan terbaru ini adalah rentetan dari pelbagai bentuk pencerobohan dan pelanggaran hak asasi rakyat Palestin sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dalam peristiwa Nakbah (malapetaka) dan menceroboh Baitul Maqdis (Jerusalem) dan menguasai Masjid al Aqsa sejak tahun 1967.  Rakyat di semenanjung Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih 800 orang dan lebih beribu ribu mengalami kecederaan. Sebilangan besar dari mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin dijangka akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, kematian dan kematian dikalangan penduduk Gaza.

Dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri mesti ditolak. Ini adalah satu pembohongan yang nyata.  Pada Hakikatnya Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas keatas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa. Serangan ini juga dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.

Saya menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Pada hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan,ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.

Saya bersama rakyat Malaysia ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam keatas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma’al Hijrah 1430H dan dunia menyambut tahum baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu saya menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menyuarakan bantahan keatas kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis era.

Bahkan Argentina yang mana merupakan negara yang  sebilangan besar rakyatnya beragama kristian, juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentara Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.  Dan Argentina juga telah halau keluar Duta Israel dari negaranya terhadap sikap Israel yang biadap Ini.

Kerajaan Malaysia perlu menurut Argentina dan menghalau keluar duta Amerika Syarikat untuk  Malaysia adalah berdiri bersama-sama dengan Palestin.

Tuan Yang Di Pertua,

Saya ingin merakamkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa saya difahamkan bahawa Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menghantar wakil ke Parlimen  hari ini.  Ini menunjukkan bahawa berdua-dua negera ini tidak memberi penghormatan kepada Negara kita.  Ahli-Ahli Yang Berhormat janganlah kita member perluang kepada berdua-dua Negara ini untuk menghina negea kita “with impunity” dengan izin.  Dari fakta ini, saya ingin mencadangkan bahawa YB Menteri Luar Negeri perlu memanggil balik duta-duta kita di berdua-dua negara untuk meprotes terhadap sikap mereka yang tidak bertanggung jawab.

Saaya menyokong Kerajaan Malaysia untuk mengemukakan usul kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menubuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat, mendakwa dan menghukum penjenayah perang Israel yang terlibat dengan kekejaman dan keganasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa khasnya kanak-kanak, warga tua dan wanita.

Tuan Yang Di Pertua

Saya mencadankan supaya Kerajaan Malaysia seharusnya mengutuk kerajaan Amerika yang telah menyokong tindakan Israel ke atas serangan yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat di Gaza yang mana telah membunuh lebih dari 800 penduduk awam Palestin yang tidak berdosa terutamanya kanak-kanak dan wanita.

Saya juga mencadangankan Kerajaan Malaysia seharunya perlu melancarkan satu kempen untuk memboikot barangan-barangan dari Amerika Syarikat dan Israel seperti McDonald, Starbuck, Coca Cola, kereta Chevorolet,  Ford dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

6 thoughts on “My Parliament speech against massacre by Israel in Gaza, 12 December 2009

  1. Wee Choo Keong

    Thank you bro Hafiz.

    We cannot allow Israel killing young children, women and old folks under the name of self defence. We also cannot allow the American to condone such killing with the same reason.

    We have just finished Parliament tonight and am quite tired.

    Thank you.

    Regards
    wee choo keong

    Reply
  2. hashim

    We must boycott all goods/services from USA, Israel and other countries, which supported Israel. Malaysians must condemn Israel killing of young children and women.

    Reply
  3. Mohd Noor Haji Jaafar

    Kerajaan perlu memanggil Duta Amerika Syarikat dan Pesuruhjaya Tinggi British memaklumkan bahawa rakyat Malaysia berasa terhina sikap tidak menghantar wakil dalam persidangan parlimen. Sebagai memprotes kerajaan perlu memanggil balik Duta Malaysia dari negara tersebut. Malaysia patut mengikut jejak negara kristian Argentina yang mengusir Duta Israel dengan mengusir Duta Amerika Syarikat. Selain memboikot barang barang dari kedua negara (Amerika Syarikat dan Israel) kerajaan perlu membatal terus perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat. Kerajaan hanya mengumumkan menangguhkan perjanjian tersebut saya kira ini tidak mencukupi.

    Reply
  4. Maizatul Ahmad

    Thank you YB for speaking up on issues that are very much close to some people in Malaysia.

    I wonder if by not speaking, Kit Siang, Karpal and his seniors does not personally support the resolutions tabled? Was it only Ramasamy’s personal support from DAP? Wonder wonder.. was there a gag order from LKS?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s