My speech on the short-comings of the Judicial Appointments Commission 2008 (JAC) Bill

Perbahasan
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008
oleh YB Wee Choo Keong, Wakil Rakyat Wangsa Maju,
pada 16 Disember 2008

Tan Sri Yang Di Pertua

Saya bangun dengan amanah rakyat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan pendapat saya bahawa pembentangan Rang Undang-undang ini dalam Parlimen oleh Kerajaan sekarang secara tergesa-gesa tidak seharusnya diterima. Rang Undang-undang ini dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia adalah amat penting untuk masa hadapan dan pembangunan negara kita. Kerajaan hanya memberi Ahli-Ahli Yang Berhormat 4 hari sahaja untuk membuat kajian sebelum mengambil bahagian dalam perbahasan dua Rang Undang-undang yang amat penting ini. Saya rasa sikap pihak pentadbiran ini tidak boleh diterima dan tidak mengendahkan kepentingan rakyat yang kita semua mewakili. Saya sangat gembira apabila mendapati bahawa lebih daripada 50 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat BN telah berutus kepada Tuan Yang di Pertua Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan rasa kesal mengenai pembentangan dua Rang Undang-undang ini secara tergesa-gesa dan mereka telah minta supaya perbahasan kedua-dua Rang Undang-undang ini ditangguhkan kepada sidang Parlimen yang akan datang supaya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat mempunyai masa yang cukup untuk buat kajian mengenainya.

Tan Sri Yang di Pertua,

Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional sekalian, saya menggesa Yang Berhormat sekalian supaya jangan menurunkan taraf anda sebagai penyokong tanpa persoalan ataupun, dengan izin, “Rubberstamp”. Dalam perbahasan Rang Undang-undang yang begitu penting, Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional harus menolak “perintah tanpa persoalan” oleh cabinet dan menolak cadangan mereka atas sebab bahawa Parlimen tidak patut dijadikan, dengan izin, “Rubberstamp” oleh pihak Eksekutif. Jika kita, Ahli-Ahli Parlimen, yang juga merupakan wakil kepentingan dan amanah rakyat, tidak mempertahankan hak bersuara kita daripada penguasaan mutlak Kabinet maka kita telah gagal dalam amanah dan tugas kita kepada negara dan rakyat.

Tan Sri Yang Di Pertua,

Saya tahu bahawa the outgoing PM perlu steam roll through kedua-dua RUU ini untuk legacy beliau. Tetapi kedua-dua RUU adalah ill thought out and a minus point, dengan izin.

Tan Sri Yang di Pertua

1. RUU Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008, adalah satu undang-undang yang perlu dan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bertujuan menegakkan system keadilan di Negara ini. Malangnya RUU yang digubal seperti ini adalah sungguh mengecewakan. Very disappointing. Ia tidak dapat memenuhi hasrat rakyat dan yang lebih teruk lagi adalah ia adalah unconstitutional. Kelemahan-kelemahan dalam RUU ini saya akan bahagikan kepada dua aspek. Pertama berhubung dengan aspek gubalan dan yang kedua berhubung dengan aspek isi kandung.

Aspek Gubalan

2. Saya ambil aspek gubalan dahulu. Saya difahamkan RUU ini digubal oleh Penggubal Undang-Undang Parlimen sendiri, seorang pegawai Kerajaan Turus II (very high ranking officer) di Jabatan Peguam Negara. Apa yang amat mendukacitakan ialah terdapat kesilapan dari aspek gubalan yang serius dan ketara yang Penggubal Undang-Undang Parlimen gubal sendiri. Malangnya Peguam Negara tidak dapat mengesan kesilapan itu jika beliau telah baca RUU ini. It shows the standard of our Parliamentary Draftsman and the office of Attorney General. Oleh itu saya rasa sudah sampai masa Bahagian Gubalan dikeluarkan dari Jabatan Peguam Negara dan ditempatkan di bawah Parlimen.

Tuan Yang Di Pertua

Dari rekod Parlimen, YB Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi pernah sarankan perkara ini tetapi ia tidak dilaksanakan sehingga sekarang. Diantara sebab pegawai gubalan dan Penggubal Undang-Undang sendiri tidak kekal. Sentiasa bertukar dari satu bahagian ke bahagian lain. Saya tidak hairan kalau Penggubal Undang-Undang lepas ini dinaikkan pangkat jadi pesuruhjaya kehakiman atau hakim mahkamah tinggi kerana telah produce an excellent substandard piece of Bill. Kalau Bahagian gubalan diletak di bawah Parlimen pegawai tidak bertukar dan akan specialize dalam gubalan. Tidak akan berlaku kesilapan yang besar seperti dalam RUU ini. Kesilapan gubalan RUU ini adalah seperti berikut:

Versi Bahasa Inggeris

(a) Subfasal 1(3) lepas perkataan ‘Malaya’ tanda ‘coma’ adalah salah. Ia mesti digantikan dengan perkataan ‘and’ bukannya koma;

(b) Subfasal 6 (1) “Members of the Commission appointed under paragraph 5 (1) (e) and (f) shall hold office for a period of two years and IS eligible for reappointment …”. Perkataan ‘is’ hendaklah digantikan dengan ‘ARE’. Simple basic English. You don’t use ‘is’ for plural i.e. ‘Members’ of the Commission. Adalah amat mengecewakan Penggubal Undang-Undang lakukan kesilapan basic English seperti ini;

(c) Subfasal 9 (1) perkataan ‘therefor’ hendaklah dipotong. Saya difahamkan Penggubal Undang-Undang Parlimen sudah hadiri banyak kursus dan seminar di luar negara seperti di London dan Amerika Syarikat dan sudah semestinya belajar tentang ‘plain language drafting’. Perkataan ’therefor’ sudah tidak terpakai lagi dan adalah redundant. Dengan izin. It is used in old drafting not plain language drafting;

(d) Subfasal 9 (2) ‘at any time resign his office’ adalah tidak betul dari segi bahasa; Dengan izin, What type of English is this?

(e) Perenggan 10 (1) (a) tidak perlu nyatakan ‘he dies’ kerana you are stating the obvious. Degan izin, when one dies one cannot hold office. Sudah tentu jika ahli itu meninggal dunia akan berlaku kekosongan jawatan;

(f) Subfasal 10 (3) perkataan ‘reckoning’ adalah tidak betul. Mungkin perkataan ‘computation’ adalah tepat dan mudah difahami;

(g) Subfasal 11 (3) di bawah istillah ‘connected’—

(i) perenggan (f)(iv) perkataan ‘is employed in’ hendaklah digantikan dengan ‘is an employee’ supaya selaras dengan bahasa (f) (i), (ii) dan (iii);

(ii) perenggan (g) (ii) dengan masukkan perkataan ‘of’ selepas perkataan ‘charge’ dan potong ‘noktah koma’ selepas perkataan ‘affairs’; dan

(h) Subfasal 14 (2) perkataan ‘thereat’ adalah tidak sesuai digunakan dalam plain language drafting.

3. Adalah jelas bahawa gubalan RUU ini dibuat secara tidak professional dengan attitude “tidak apa”. I am shocked that the Penggubal Undang-Undang Parlimen, Datuk Nor Bee Bte Arifin, seorang pegawai Kerajaan Turus II (very high ranking officer) di Jabatan Peguam Negara boleh membuat kesilapan yang besar dan ketara seperti ini. Beliau mengangapkan Ahli-Ahli YB adalah buta huruf seperti beliau. Kalaulah RUU ini diluluskan tanpa pindaan malulah Negara kita. Dengan izin, She should be sacked for the serious mistakes!!

Oleh itu saya menyeru satu badan khas diadakan untuk menggubal undang-undang dan badan ini hendaklah bebas dari badan ‘eksekutif’ dan diletak di bawah ‘legislatif’ iaitu di bawah Parlimen. Adalah tidak sesuai badan penggubalan undang-undang diletak di Jabatan Peguam Negara yang merupakan sebuah badan eksekutif. Di Negara lain juga seperti di London, Amerika Syarikat dan India badan yang menggubal undang-undang adalah bebas dari eksekutif dan Pejabat Peguam Negara dan berada di bawah legislature. Jadi untuk mengelakkan taraf penggubalan undang-undang semakin merosot di Negara ini lebih baik ia dibebaskan dari Pejabat Peguam Negara dan diletak di bawah Parlimen.

Aspek Isi Kandung

4. Banyak telah diperkatakan tentang ‘constitutionality’ RUU ini. Saya juga berpendapat RUU ini adalah ‘unconstitutional’ dari sudut Perkara 122B dan 161E Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di Pertua

5. Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan proses pencalonan (nomination) dan pelantikan (appointment) seorang hakim peringkat Mahkamah Tinggi dan ke atas. Secara ringkas pelantikan dibuat oleh Yang di Pertuan Agung manakala pencalonan dibuat oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak atau Ketua Menteri. Prosidur tambahan pencalonan yang dicadangkan oleh JAC melalui satu Akta Parlimen adalah bercanggah dengan Perkara 122B.

Huraian RUU jelas menyatakan tujuan RUU iaitu—

“RUU ini akan melengkapi peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan ………”.

Ini adalah salah dari segi perlembagaan. Cara yang betul ialah prosidur tambahan bagi pencalonan hakim hendaklah di masukkan dalam Perkara 122B dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukan sebagai Akta Parlimen. ‘Tindakan membuat pindaan kepada Perlembagaan melalui Akta Parlimen ‘tantamounts to using the back door to make a law with total disregard of the constitution!’

Tan Sri Yang di Pertua

6. Seterusnya RUU ini juga bercanggah dengan Perkara 161E. Untuk membuat apa-apa pindaan pada Perlembagaan Persekutuan mengenai prosidur pencalunan bagi hakim mahkamah tinggi Sabah & Sarawak, Tuan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak mesti beri persetujuan terlebih dahulu. Dengan izin, To amend the Constitution you need to get the necessary approval from the Heads of Sabah & Sarawak. How can you then use the backdoor to pass an Act of Parliament which contradicts our Constitution ie nomination procedure without the approval of the Heads of Sabah & Sarawak?

Kita kena hormat dan menjaga kepentingan rakyat Sabah & Sarawak walaupun mungkin ada wakil rakyat Barisan Nasional Sabah & Sarawak tidak mahu menjaga kepentingan negeri masing-masing. Janganlah sampai penamaan calun-calun Hakim Sabah & Sarawak pun Semenanjung Malaysia hendak ambil alih. Tidak hairanlah apabila RUU ini diluluskan dan dikuatkuasakan semua hakim mahkamah tinggi Sabah & Sarawak yang di calonkan oleh JAC adalah dari Semenanjung Malaysia kerana keahlian Suruhanjaya dibanjiri oleh orang semenanjung Malaysia. It is very likely to happen. Soon Sabah & Sarawak will be at the mercy of JAC and will have to beg each time to have Sabahans or Sarawakians nominated as High court judges. That is the reason why we have Article 161E to safeguard the erosion of powers of Sabah & Sarawak. Article 161 is very very important to Sabah & Sarawak. Wakil rakyat Barisan Nasional dari Sabah & Sarawak mungkin tidak faham lagi implikasi RUU ini dan apa yang tersirat dalam RUU ini. Dalam hal ini saya memuji Sabah JPs (Justices of the Peace) who have declared the proposed Judicial Appointment Commission (JAC) Bill as “unconstitutional” as it conflicts with the Federal Constitution. Mereka telah mengkaji dan memahami Perlembagaan Persekutuan secara mendalam dan sedar akan implikasinya. Inilah suara lantang sebahagian rakyat Sabah. Saya menyeru wakil rakyat Sabah & Sarawak mengkaji dan memahami implikasi RUU ini dengan perkara 161E dan jangan menyesal kemudian.

Tan Sri Yang di Pertua

7. Seterusnya saya rujuk kepada beberapa fasal RUU ini. Mula-mula fasal 2. ‘Perdana Menteri mestilah mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman’ Persoalan saya ialah apakah Perdana Menteri sahaja yang mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman? Tambah pula Perdana Menteri yang mengantuk? Bagaimana dengan Timbalan Perdana Menteri? TPM tak perlu mendukung kebebasan kehakiman? Or is he above the law? Bagaimana dengan Jemaah Menteri, badan eksekutif atau Kerajaan atau badan perundangan? Perdana Menteri seorang tidak boleh menjamin kebebasan kehakiman. Perdana Menteri membentang RUU ini untuk mewujudkan legacy beliau sahaja!

Tan Sri Yang di Pertua

8. Apakah tujuan sebenar fasal 2? Adakah fasal 2 ini diperlukan kerana sebelum ini tidak ada kebebasan kehakiman? Saya juga tidak faham dengan perkataan ‘kebebasan berterusan or continued independence.’ Adakah ‘kebebasan berterusan’ bermaksud kebebasan kehakiman sama seperti yang terdapat semasa era Perdana Menteri Tun Dr Mahathir? Saya amat bimbang dengan fasal

Tan Sri Yang di Pertua

9. Dalam Fasal 2 (b) diperuntukkan ‘perlunya badan kehakiman mempunyai sokongan yang perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya.’ Soal saya adalah apa itu dimaksudkan dengan ‘sokongan’ atau dalam bahasa inggeris ‘support’? Pada pandangan saya kerajaan memang tidak ada beri support yang cukup kepada pegawai kehakiman berbanding dengan pegawai perundangan.

Tan Sri Yang di Pertua

Saya telah pada 21 Oktober 2008 dalam Dewan yang mulia ini menyoal tentang kedudukan Hakim Mahkamah Sesyen berbanding dengan pegawai perundangan? Sampai hari ini saya tidak diberi apa-apa jawapan. Adakah kerajaan benar-benar ingin beri support kepada hakim mahkamah sesyen atau ia merupakan satu lagi rhetoric kerajaan – sekarang dalam bentuk RUU?
Tan Sri Yang di Pertua

10. Soalan yang saya telah kemukakan ialah apakah sebabnya terdapat jurang perbezaan pengredan yang amat ketara diantara Pegawai Kehakiman seperti Hakim Mahkamah Sesyen L54 dan Pegawai Perundangan seperti Timbalan Pendakwaraya, Peguam Kanan Persekutuan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Gred Utama Jusa C dan keatas walaupun Hakim Sesyen telah berkhidmat tempoh lebih panjang dari Pegawai Perundangan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Terdapat Hakim Sesyen L54 yang telah berkhidmat lebih daripada 26 tahun manakala Pegawai Perundangan yang berkhidmat kurang daripada 18 tahun telah dinaikkan ke Jusa C dan keatas. Dari kajian saya dapati hanya terdapat 9 pegawai kehakiman gred Jusa C dan keatas manakala terdapat lebih kurang 78 pegawai perundangan gred Jusa C dan ke atas.

Tan Sri Yang di Pertua

Adakah Pejabat Peguam Negara, dengan sengaja ‘neglected, ignored dan suppressed’ pengredan Hakim Sesyen yang lebih tinggi supaya Hakim Sesyen menjadi ‘beholden, intimidated, inferior dan humba’ kepada Pegawai Perundangan yang hadir dan menjalankan kes bagi pihak Pejabat Peguam Negara/Pendakwa Raya di hadapan Hakim Sesyen? Apakah sebab Peguam Negara sebagai ketua pegawai perundangan dan kehakiman telah gagal dalam tugasnya untuk mempastikan penghormatan, kepercayaan awam dan kebebasan terhadap Hakim Sesyen? Hakikat perbezaan ini telah menyebabkan Pegawai Perundangan pergi ke mahkamah menaiki kereta Perdana yang dibekal oleh kerajaan manakala Hakim Mahkamah Sesyen pergi ke mahkamah menaiki kereta Kancil yang mereka hanya mampu beli. Cuba lihat keadaan yang berlaku di Mahkamah Jalan Duta. Ini kah taraf Hakim Mahkamah Sesyen di Negara ini dan ini kah support yang diberi kepada Judiciary?

Tan Sri Yang di Pertua

11. ‘Di Singapura, ‘District Court Judge’ yang sama taraf dengan Hakim Mahkamah Sesyen is not inferior in terms of salary grade to the senior deputy public prosecutors or state counsels who appear before them. In fact their salary is much higher that the deputy public prosecutor who appear before them. Such a situation is in Brunei as well where the equivalent of the Sessions Court Judge presides in the Intermediate Court.’.

12. Saya juga ada dengar khabar angin baru baru ini semasa saya ada di Mahkamah Jalan Duta bahawa Kerajaan telah setuju menaikkan taraf Hakim Mahkamah Sesyen kepada Separa Jusa C. Saya tak dapat sahkan perkara ini tetapi kalau ianya betul then I am shocked. Ini adalah kali pertama saya dengar ada separa Jusa C. Saya pun tak tahu apa maksud separa Jusa C. Persoalan saya ialah dengan izin, ‘Why discriminate the Hakim Mahkamah Sesyen and give them Separa C when all the Legal officers are given the Full Jusa C? Is it because AG and the Government want the Hakim Mahkamah Sesyen to be ‘inferior or subordinate’ to the DPP’s, Senior Federal Counsels, Legal Advisors and other AG’s cronies. Is this the support that we are talking about under Fasal 2 of this RUU? It is high time the Hakim Mahkamah Sesyen are treated equally and with proper respect.

13. Oleh itu saya rasa kita mesti mangasingkan badan kehakiman dan perundangan supaya tidak ada conflict of interest. Perkara ini saya telah pun bangkitkan pada 21.10.2008 tetapi malangnya sehingga hari ini saya tidak dapat apa-apa maklumbalas tentang perkara ini.

Tuan Yang di Pertua

14. Satu lagi perkara yang ingin saya kemukakan berhubung dengan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret ialah di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak hanya terdapat 2 orang Hakim Mahkamah Sesyen dan 2 orang Majistret berbangsa Cina. Tidak ada seorang Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret bangsa Cina di Mahkamah Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Terdapat seorang Hakim Mahkamah Sesyen bangsa cina di Ipoh dan seorang lagi di Pulau Pinang. Ini sangat memeranjatkan. Why is there so huge an imbalance? Why are there so few Chinese Hakim Mahkamah Sesyen and Majistrets? Saya tahu ada ramai pegawai perundangan bangsa cina yang mahu jadi Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret. Apakah sebab mereka tidak diberi peluang jadi Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi ketidak seimbangan ini?

Tan Sri Yang di Pertua

15. Berhubung dengan Fasal 2 (c) ‘perlunya kepentingan awam diwakili dengan sepatutnya berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan badan kehakiman’ adakah Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (SPRS) merupakan contoh yang baik tentang komitmen Perdana Menteri berhubung dengan kehendak perenggan ini. RUU SPRS (Malaysian Anti-Corruption Comission) telah “totally remove the courts discretion so how do you talk of the need for public interest to be properly represented in regard to matters relating to the judiciary.” Saya rujuk kepada temuramah Datuk Sheikh Daud di New Straits Times bertarikh 13.11.2008 where he said that the MACC has totally removed the courts discretion under Clause 53 (6) of MACC. Demikian juga di mana ditetapkan ‘minimum sentence’ seperti peruntukan ‘di hukum tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih 10 tahun’, you have removed the discretion of the court. Perkara ini semua hendaklah dihentikan kerana bercanggah dengan Fasal 2 (c).

16. Perenggan 5(1) (f) adalah tentang pelantikan ‘empat orang yang terkemuka atau four eminent persons’. Tidak ada criteria tentang 4 orang ini. Datuk V K Lingam juga adalah seorang yang ‘eminent in fact very eminent.’ Tambah pula dia pun ada pengalaman pelantikan hakim. Tan Sri Vincent Tan seorang tokoh korporat yang terkemuka juga dan ada pengalaman perlantikan hakim. Adakah orang eminent seperti ini dipertimbangkan untuk dilantik oleh Perdana Menteri di bawah Fasal 5 (1) (f) JAC ? Saya rasa kriteria eminent person hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam RUU ini, jikalau tidak, nanti tak lama lagi Parlimen perlu meluluskan satu Akta Code Etika untuk Ahli-Ahli Suruhanjaya Perlantilkan ini.

17. Rujuk kepada Fasal 29 di mana Pesuruhjaya Kehakiman boleh memohon untuk menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan jawatan hakim. Jawatan hakim bukanlah seperti jawatan kerani di mana orang berminat boleh mohon jawatan kerani itu. Jawatan hakim is a dignified appointment. Jangan disamakan dengan jawatan lain di mana orang berminat boleh mohon. Dengan izin, Only selected persons should be considered not based on job applications.

18. Memandangkan RUU ini unconstitutional saya berpendapat RUU ini hendaklah ditolak dan perlembagaan persekutuan dipinda sebelum RUU ini dikemukakan. Sekian Terima kasih, Tan Sri Yang di Pertua.

16hb Disember 2008

Advertisements

One thought on “My speech on the short-comings of the Judicial Appointments Commission 2008 (JAC) Bill

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s