Platinum Victory fogs Platinum Hill Condo vicinity after complaints of dengue threat

Platinum Victory menyembur ubat nyamuk di sekitar Platinum Hill Condo selepas aduan ancaman demam denggi

Today, Platinum Victory Sdn Bhd carried out some fogging activities near and around Platinum Hill Condo at Taman Melati as a result of concerns highlighted in this blog regarding the fear of a potential dengue outbreak.

As it happened and due to the urgency of the matter, I called the managing director of Platinum Victory, Mr. Gan Yu Chai, to convey the concern of the residents and he immediately took the necessary action to fog the area. Below are the photos of the preventive measure undertaken by Platinum Victory Sdn Bhd.

Pada hari ini Platinum Victory Sdn Bhd telah menyembur ubat nyamuk deman denggi di sekitar Platiinum Hill Condo di Taman Melati kerana adanya aduan bahawa terdapat ancaman tercetusnya wabak demam denggi.

Berikutan ancaman ini dan memandangkan betapa pentingnya perkara ini, saya membuat panggilan kepada pengarah urusan, Encik Gan Yu Chai, untuk menyampaikan kebimbangan para penghuni dan beliau mengambil tindakan segera untuk menyembur ubat di kawasan itu. Di bawah disertakan gambar yang diambil semasa tindakan diambil oleh pihak Platinum Victory Sdn Bhd.

dsc01227s dsc01229s

dsc01231s dsc01232s

On behalf of the residents, I would like to convey our thanks to Platinum Victory Sdn Bhd for taking swift action to fog the vicinity.

As I was made to understand it, there may be more fogging activities to be carried out this evening.

Bagi pihak para penghuni, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pihak Platinum Victory Sdn Bhd mengambil tindakan dengan segera.

Saya difahamkan lebih banyak kerja penyemburan akan dijalankan petang ini.

*Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong.

Advertisements

5 thoughts on “Platinum Victory fogs Platinum Hill Condo vicinity after complaints of dengue threat

  1. lee wee tak

    Dear Mr Gan and YB,

    well done! a truly caring and efficient episode

    if only DBKL and other consumers of tax payers’ money can match a fraction of you two

    Reply
  2. PV3 Resident

    Thank YB Wee & Developer

    Hopefully the developer and resident at Platinum Hill Condo can work together more often.

    Reply
  3. Patriots

    Salam, Semua!

    YB, saya ingin turut serta dalam apa jua aktiviti yang dijalankan di Wangsa Maju. Oleh itu, bolehkah YB mengeluarkan jadual aktiviti kemasyarakatan YB agar seluruh Wangsa Maju akan dapat memeriahkan aktiviti tersebut.

    Terima kasih, YB.

    Reply
  4. AZRE GHAZALI

    Dengan izin ……

    YB.Wee,
    En. Gan Yu Chai …. dan
    Penduduk Taman Melati Utama

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Per : Cadangan Majlis Suai Kenal di Taman Melati Utama

    Untuk makluman semua, khasnya penduduk Taman Melati Utama, bahawa satu usaha sedang dijalankan di antara pihak pemaju PVSB dan JMC PV5 untuk mengadakan satu majlis pertemuan suai kenal.

    Majlis ini yang akan dihadiri (diharapkan) oleh pihak YB Wee, DBKL (Commissioner Of Building) wakil DBKL – Penguatkuasa Trafik, JPJ, wakil Polis Wangsa Maju (Balai Polis Taman Melati), wakil pihak RELA Taman Melati, wakil Polis Trafik, wakil pemandu teksi dan Joint Management Committee (Ahli Jawatankuasa JMB) PV1, PV3,PV5 jugaPV6.

    Objektif utama majlis suai kenal ini adalah untuk memperkenalkan pihak-pihak yang terlibat terhadap kepentingan kesejahteraan dan keselamatan seluruh penduduk Taman Melati Utama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung.

    Dalam pertemuan yang sedang dirancang ini, adalah diharapkan satu >> Pelan Tindakan Bersama << dapat diputuskan bagi kepentingan semua penduduk di Taman Melati Utama khasnya penduduk PV1, PV3, PV5, PV6 dan juga pemilik PV1.

    Bagi mereka yang membaca blog YB Wee ini (penduduk dan pemilik juga penyewa PV Kondo), dinasihatkan untuk mengemukakan sebarang cadangan dan teguran beretika kepada JMC masing-masing secara bertulis dalam masa yang terdekat. Dalam perangcangan ini, segala bentuk komen dan teguran akan dikumpulkan dan insyAllah akan dikemukakan dalam majlis tersebut.

    Sila ambil perhatian bahawa, dalam majlis ini, segala bentuk komen dan teguran akan dicatitkan secara rasmi di mana ia akan diberi perhatian di bawah “Pelan Tindakan Bersama”. Kita berharap satu kumpulan “Ahli Jawatankuasa Tindakan Bersama” akan dibentuk sebagai satu kumpulan yang akan merangka tindakan-tindakan penyelesaian terhadap semua permasalahan yang sedang dihadapi bersama.

    Oleh yang demikian, semua JMB harus menggunakan peluang ini untuk mengemukan sebarang komen dan cadangan sebelum majlis ini berlangsung.

    Yg dihormati YB Wee, pihak saya percaya bahawa En. Gan Yu Chai (Pengarah Urusan PVSB) sedang cuba mendapatkan tarikh yang sesuai dengan pihak YB. Setiap Pengerusi JMB akan dihubungi secara rasmi oleh pihak beliau dalam tempoh terdekat begitu juga dengan pihak agensi kerajaan dan pihak berkuasa sepertimana yang telah dinyatakan.

    Sebagai Pengerusi PV5, mewakili ahli jawatankuasa dan pemilik juga penduduk PV5, saya berharap semua pihak memberi kerjsama bagi menjayakan majlis ini.

    Pihak kami dengan ini mendahului ucapan ribuan terima kasih terhadap YB. Wee dan En.Gan Yu Chai dan berharap majlis yang dirancang ini akan dapat membantu sebarang kerumitan yang sedang dialami oleh penduduk Taman Melati Utama.

    Sekian harap maklum. Terima kasih.

    Yang berusaha,

    Azre Ghazali
    Pengerusi JMB PV5

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s