Questions Time, 13 November 2008

Badawi flip-flops on promise to form Judicial Appointments Commission

Soalan

YB TUAN WEE CHOO KEONG minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa kerajaan enggan menubuhkan Judicial Appointments Commission dan melaksanakan lain-lain reform terhadap badan Kehakiman yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri di Jamuan Makan Malam Majlis Peguam di Hotel JW Marriott pada bulan April 2008.

Jawapan

Kerajaan tidak pernah menyatakan keengganan untuk menubuhkan badan tersebut, malah kerajaan sedang menyiapkan Rang Undang-Undang bagi menubuhkan satu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sesi Parlimen ini.  Diharapkan bahawa pihak Pembangkang akan menyokong usaha murni ini, dan tidak cuba untuk menggagalkan inisiatif penambahbaikan demi kepentingan politik semata-mata.

Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membawa perubahan dan pembaharuan (‘reform’) kepada sistem kehakiman Negara.  Selain daripada penubuhan Suruhanjaya Pelantikan, tumpuan juga diberikan kepada isu-isu lain.

Perlu ditekankan disini bahawa usaha penambahbaikan adalah satu proses yang terus berjalan (‘on-going’) dan segala usaha sedang dilakukan.  Langkah-langkah yang kini sedang diteliti adalah seperti berikut:-

1.   Sistem ‘Case Management’ yang lebih telus dan berkesan untuk membolehkan pengesahan sebab-sebab kelewatan dalam penyelesaian kes-kes.

2.   Usaha juga sedang dilakukan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan sistem pengkomputeran bagi mempercepatkan proses catatan nota keterangan melalui Sistem Rekod Mahkamah dan Penyalinan (‘Court Recording & Transcription’).  Sistem ini juga akan mempercepatkan proses pendengaran kes-kes.

3.   Penyelesaian melalui mediasi adalah satu pendekatan yang akan dilaksanakan.  Persetujuan pihak-pihak berkenaan akan diperolehi dimana kes-kes ini akan diselesaikan melalui mediasi dan bukan melalui litigasi.  Ini akan mengurangkan kes-kes yang dibawa ke mahkamah.

4.   Badan Kehakiman juga telah menjalankan penstrukturan semula bagi mengatasi masalah kekurangan anggota kehakiman.

5.   Satu kajian menyeluruh sedang dijlankan untuk mempertingkatkan peranan biro bantuan guaman supaya lebih ramai orang layak untuk memdapat bantuan guaman.  Dengan adanya nasihat yang lebih lengkap banyak-kes-kes dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

6.   Proses penggabungan pemakaian peruntukan-peruntukan dalam “Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980” dan “Kaedah Mahkamah Rendah 1980” untuk dipakai oleh kedua-dua mahkamah telah dibentuk bagi mempercepatkan proses pendengaran kes.

Selain daripada langkah-langkah yang tersebut di atas, usaha-usaha yang senantiasa dijalankan adalah:-

(i)   Operasi pelupusan kes-kes sivil dan jenayah pra 2000 (kes-kes yang telah didaftarkan sebelum tahun 2000).  Operasi ini telah menunjukkan pencapaian pelupusan dan penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah yang amat memuaskan di seluruh Negara di mana semenjak dilaksanakan pada tahun 2003 sehinggalah Disember 2007, sebanyak 96% kes-kes sivil pra 2000 telah diselesaikan manakala bagi kes-kes jenayah pra 2000 pula, sebanyak 99% kes telah diselesaikan.

(ii)  Operasi pelupusan kes-kes jenayah pra 2004 (kes-kes jenayah yang telah didaftarkan sebelum tahun 2004).  Sebagai kesinambungan kepada operasi pelupusan kes-kes pra 2000, ketetapan telah dibuat di mana kes-kes jenayah yang telah didaftarkan sebelum tahun 2004 diberikan keutamaan untuk dilupuskan dan hasilnya dari tempoh Julai 2004 sehingga Disember 2007 sebanyak 44,342 ataupun 94% dari 47,315 kes-kes tersebut telah diselesaikan.

Advertisements

3 thoughts on “Questions Time, 13 November 2008

  1. kl tan

    That’s is precisely Bodohwi. Please don’t blame him. He can be asleep at any meting. So what do you expect from him?
    He made statements for fun only.

    Flip slop that is the correct description.

    Reply
  2. temenggong

    Wee, those were casual chats by the PM about JAC and all. You are not supposed to take it seriously and get worked up about it. Relak brader. :)

    Reply
  3. lee wee tak

    “iharapkan bahawa pihak Pembangkang akan menyokong usaha murni ini, dan tidak cuba untuk menggagalkan inisiatif penambahbaikan demi kepentingan politik semata-mata.”

    – yeah? well I read today that Bung Mokhtar refused to join the special group for Integrity albeit Nazri (surprise!) decided to attend.
    – Bung’s reason was opposition not sincere…wishy washy excuse

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s