Budget Debate 2008 Full Speech, 30 October 2008

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri di sini untuk membahaskan bajet yang historical ini, bukan bajet untuk semasa. Angka-angka dalam bajet sudah outdated. Justeru itu Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak perlu membuang masa dengan bajet yang dibentangkan oleh outgoing Prime Minister.  Kemungkinan besar tidak lama lagi bajet baru akan dibentangkan di dalam Dewan ini. Kemungkinan daripada kami di sinilah.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali, saya ingin merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara tahun 2007, saya ingin bertanya sama ada Kerajaan Barisan Nasional ini telah melaksanakan semua rekomendasi daripada Ketua Audit Negara di dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2007 ini.

Saya ingin merujuk kepada muka surat 202. Ini berkenaan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan item 10.4.3.4. Saya harap pegawai di belakang mencatatkan perkara ini:-

“Semakan audit selanjutnya mendapati jabatan telah membayar sejumlah RM3.16 juta kepada pembekal pada bulan Jun 2007 bagi 1,291 ekor lembu sahaja. Pada pandangan audit, keputusan ini menerima 1,282 ekor lembu tersebut adalah tidak wajar kerana spesifikasi teknikal yang ditetapkan dalam perjanjian tidak dipatuhi sepenuhnya. Selain itu, jabatan sepatutnya mernbuat bayaran terhadap sembilan ekor sahaja yang mematuhi spesifikasi”

Saya harap pegawai itu memberitahu menteri untuk jawab ya. Juga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, pada muka surat 308 item 13.5.2, berkenaan dengan (b):

“Memastikan kontraktor menjelaskan denda akibat daripada kegagalannya menyiapkan projek pada 1 Julai 2007. Mengikut pengiraan audit furnish, jumlah denda yang perlu dijelaskan pada tempoh 1 Julai 2007 hingga ke tarikh akhir pengauditani iaitu pada 31 Januari 2008 adaiah RM49.47 juta. Sama ada wang denda ini telah dikutip, ka!au tidak, kenapa tidak.”

Juga Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi, muka surat 348, item 15.5.2(a) …

“Kementerian tenaga Air dan komunikasi Suruhanjaya Tenaga dan agensi-agensi pusat lain yang berkaitan perlu menandatangani isu perjanjian pembelian tenaga supaya rundingan semula, syarat-syarat perjanjian dengan syarikat penjana tenaga bebas, IPP ini dengan dilaksanakan dan diseragamkan bag! kepentingan semua pihak dan termasuk pengguna”

Saya juga ingin merujuk kepada muka surat 372, ini adalah DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuanlah ini.

“Kehilangan peralatan bernllai RM3.4 juta hanya dikesan semasa lawatan audit pada bulan April 2007. Ini menandakan ketiadaan pemantauan daripada DBKL terhadap Syarikat Retail Security Services Sdn. Bhd yang memberi perkhidmatan kawalan keselamatan di tapak pembinaan. DBKL perlu mengambil tindakan tegas untuk memastikan syarikat tersebut menjelaskan tuntutan kerugian berjumlah RM3.7 juta ini”

Saya harap Kementerian Wilayah Persekutuan boleh memberi penjelasan juga. Ini Kementerian Pelajaran muka surat 404 item 17.5 (elektrik).

“Bagi tempoh tahun 2005-2007, terdapat kehilangan peralatan PPSMI yang berjuiniah RM9.56 juta di 812 sekolah. Denda tidak dikenakan terhadap kelewatan kerja penyelenggaraan dan pemulihan oleh pembekal utama..”

Saya harap juga Kementerian Pelajaran boleh memberitahu kami mengenai perkara ini dan ada banyak lagi perkara-perkara lainnya. Saya harap kementerian tersebut, kementerian yang lain juga meluangkan masa baca buku Ketua Audit Negara ini dan memberitahu di dewan Parlimen sama ada semua rekomendasi dalam laporan Ketua Audit Negara tahun 2007 ini telah dilaksanakan. Kalau tidak, kenapa tidak?

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru atau dua, tiga bulan ini kita sering membaca di dalam surat khabar di mana tokoh politik yang sebelah sana sering mengungkit keturunan orang lain. Saya rasa ini tidak balk dan jangan ungkit keturunan sebab kita sudah sampal tahap, sampai masa, sekarang sudah 2008.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Siapa ungkit? Orang UMNO lah yang ungkit di Pulau Pinang, mengungkit mendakwa bahawa orang Tionghoa ini adalah penumpang. Kami bukan penumpang, kalau kira penumpang, kita tidak akan berada sama-sama di sini. Kita adalah warganegara Malaysia bersama-sama dengan sahabat dan Batu Pahat dan yang lain di sini.

Kalaulah mereka nak ungkit keturunan kita, nanti kita ungkit keturunan mereka juga.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tak baik, sebab itu kita tak mahu. So janganlah ungkit keturunan, ini sangat tidak baik. Semasa orang yang ungkit keturunan orang lain, mereka ditangkap, ditahan di bawah ISA seperti pemberita, buat liputan mengenai…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Semasa orang yang ungkit keturunan orang lain, tak kena tahan di bawah ISA tetapi pemberita yang buat liputan kena tangkap di bawah ISA. Penjelasan danipada Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa untuk menjaga keselamatan pemberita Miss Tan itu. Ini tak masuk akallah.

Baru-baru ini juga Raja Petra pun ditangkap di bawah ISA. Yang Berhormat Seputeh pun ditangkap di bawah ISA. Negara kita ada bermacam-macam undang-undang, boleh mendakwa sesiapa yang buat kesalahan tetapi kerana apa kerajaan Barisan Nasional ini tidak berani menuduh mereka di dalam mahkamah? Juga saya memetik satu…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetikkan Freedom Under Executive Power di Malaysia

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: A Study of Executive Supremacy, buku ini ditulis oleh siapa? Dato’ Rais Yatim, seorang Menteri Luar Negeri sekarang. Beliau mengatakan di sini, is the ISA still necessary? The answer to this question is surely in the negative. There are six main reasons why the ISA must now be revoked.

(i) Firstly, there has been no real subversion within or without the country since1969 emergency, although normal crimes have occupied the police in their rightful role  to maintain law and order. Even when an act of subversion occurs the government’s power to proclaim a state of emergency is always at hand by virtue of Article 150.

(ii) Secondly, there is enough legislation at the disposal of the executive to take care of every conceivable eventuality, including another state of emergency. It was mentioned earlier that other than ISA, there are number of law with similar powers of arrest and detention and there are many;

(iii) Thirdly, it must be appreciated that while it is true that the ISA was a piece of wartime legislation in that communist terrorism had to be faced, that objective is now non-existent.

(iv) Fourthly, the continued implementation of the ISA has become the excuse for the authorities to administer the country on an emergency basis, announcing at various time that the county is still under severe security threat. Public outcry and adhorence of the ISA has been more than sufficient in the past as channelled to the Bar Council Malaysia Trade Union and concern citizen.

(v) Fifthly, It is now unknown for the ISA to be politically used to silence the opposition.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sixthly, Malaysia has to give due respect and recognition to the demand of human rights as entrenched under the various international covenants.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: …Kita mesti hapuskan. Tidak guna lagi. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita juga baca dalam surat khabar mengenai dengan seorang Captain (R) Mokhtiar Singh yang berumur 76 tahun. Beliau memasuki askar pada umurnya 16 tahun. Beliau melawan komunis dan mempertahankan kepentingan negara kita dan kesetamatan negara kita Bila beliau bersara pada tahun 1978, beliau tidak diberi pension. OIeh sebab apa? Oleh kerana beliau tidak hadir dalam satu course, platoon veteran and young officer tactic course. Ini bukan satu kesalahan yang amat serius, kita mesti timbang akan contribution beliau. Akan tetapi kenapa Kementerian Pertahanan ini mengambil tindakan yang amat keras, tidak ambil kira sumbangan dan apa-apa contribution yang telah dibuat oleh beliau.

Saya harap Kementerian Pertahanan mengambil kira perkara ini dan memberikan pension kepada Captain (R) Mokhtiar Singh ini.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita ada baca banyak kenyataan daripada Perdana Menteri, the out going Prime Minister. Macam reformasi, saya ingin memetik apa yang dinyatakan oleh beliau pada 8 Oktober 2008 dalam The Sun. Reformasi beliau ini, “The judiciary need to enhance his statue and credibility in the eyes of the public. Before I end my term, our table of Parliamentary Bill to establish a Judicial appointment cominission..”, dia kata. Akan tetapi minggu yang lepas, beliau sendiri membuat satu rekomendasi kepada Majlis Raja-Raja, di mana Tan Sri Zaki dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Tanpa consultation dengan Majlis Peguam dan badan lin-lain.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: …Perdana Menteri ini tidak ikhlas dengan pengisytiharan beliau. Kemungkinan beliau membaca ucapan yang ditulis oleh budak-budak Tingkatan Empat yang masih berada dalam marbok kuasa.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: They also need a strong and effective anti corruption body that can combat the cancer of corruption without fear or favour. Before the end of the year, I will table a Parliamentary bill to establish the Malaysian anti corruption cominission and with greater power of investigation and enforcement. Ini pun sama juga. Pada tahun 20O4, bila Perdana Menteri menang dengan majoriti yang besar dan beliau telah juga berjanji yang sama untuk menghapuskan semua corruption di kalangan kerajaan.

Selepas itu, satu tuduhan yang diambil saja terhadap Kasitah Gadam. Beliau mengatakan ada 18 ikan yu lagi dia akan tuduh. Sampai hari ini yang tangkap, yang kena tudun di mahkamah oleh ACA adalah ikan billis sahaja, buat malu sahaja cakap begini. Dan juga dia berkata “I intend to complete the establishment of the Special Complain Cominission to enhance the integrity of the effectiveness of enforcement agency..”. Tak payah lah, kalau dalam lirna tahun beliau ada seorang lame duck Prime Minister dan sekarang ada baki lima bulan sahaja, susah jadi satu dead duck. Mana boleh buat apa-apa perubahan, tak mungkin, yang beliau buat reformasi, satu koridor demi satu koridor…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang diPertua, pada sesi parlimen yang lepas saya bertanya kepada de facto law Minister yang sudah letak jawatan. Mengenai dengan pampasan yang diberikan kepada 5 hakim yang kena pecat. Memang saya sokong dengan hakim tersebut, tetapi kita perlu tahu berapa pampasan yang diberi. Ini bukannya satu sulit. No taxation without representation. Kalau ada wang rakyat digunakan membayar pampasan, kita mempunyai hak untuk tahu berapa.

Saya harap menteri de facto law minister yang baru ini boleh beri jawapan. Jangan datang ke Dewan ini mengatakan “Oh! itu adalah sulit” Oleh kerana keluarga mereka tidak beritahu, kalau wang pampasan itu diberi oleh UMNO ataupun parti Barisan Nasional ataupun…

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap soal badan penghakiman dan badan perundangan. Pada 15 September 2008, enam Pesuruhjaya Kehakiman baru telah dilantik, tiga dari mereka ialah dan kalangan Pegawai Perundangan dan seorang pesara bekas pegawai perundangan. Dua orang lagi terdiri dan peguam cara dan peguam bela dan swasta. Tiada seorang pun yang dilantik dari kalangan Pegawai Kehakiman. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan untuk dilantik sebagai JC iaitu Judicial Cominissioner pegawai dan perkhidmatan kehakiman dan perundangan hendaklah terdini dan gred utama JUSA C dan ke atas.

Dari kajian saya dapati bahawa hanya terdapat 9 Pegawal Kehakiman manakala terdapat lebih kurang 76 pegawai perundangan dan gred JUSA C ke atas. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah adakah ia benar? Polisi Peguam Negara yang mengetuai perkhidmatan kehakiman dan perundangan untuk membanjiri badan kehakiman iaitu dan Mahkamah Tinggi dan ke atas dengan pegawai perundangan supaya pada masa hadapan beliau akan memberi keputusan memiihak Peguam Negara, ini sangat penting.

Adakah ini polisi kerajaan supaya pegawai kehakiman seperti hakim Puan Komathy itu di Session Court Judge yang masih lagi gred L54 tidak dilantik sebagai JC, walaupun berpengalaman dalam bidang kehakiman lebih 26 tahun. Manakala pegawai perundangan yang tiada pengalaman di bidang kehakiman dilantik sebagai JC kerana mereka pegawai Gred Utama JUSA C dan ke atas. Oleh kerana terdapat hanya sembilan jawatan JUSA C dan ke atas dalam perkhidmatan kehakiman bermakna pegawai kehakiman akan bersara begitu sahaja.

Ini akan lead to brain drain. Saya harap kerajaan ambil berat perkara ini.

Adakah Peguam Negara sebagai Ketua Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan telah gagal memastikan tidak terdapat perbezaan bilangan pegawai Gred Utama JUSA C dan ke atas pegawai kehakiman dalam Badan Kehakiman dan pegawai perundangan. Saya rasa kita mesti mengasingkan dua badan ini supaya tidak ada conflict of interest.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bertanya mengenai dengan Hakim Mahkamah Rayuan ini yang terlibat dalam amalan rasuah. Kenapa tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau Low Hop Bing, Court of AppeaL

Saya ingin menyentuh mengenai dengan soal perjudian. Magnum, Empat Ekor, Toto, Big Sweep sekarang ini kita telah ada empat draw satu minggu. Baru-baru ini minggu lepas Kementerian Kewangan memberi kelulusan pula empat kali draw.

Ini bukankah menggalakkan perjudian dalam negara kita? Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan – Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri the dead duck sekarang adalah menggalakkan perjudian sedemikian di bawah pengajaran Islam Hadhari yang disyorkan oleh beliau.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang diPertua baru-baru ini kita telah mendedahkan mengenai dengan Mentari Services Sdn. Bhd. mengenai dengan Eurocopter. Ini amat baik dengan itu nama Kapten Zahar bin Hashim.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa di Wangsa Maju, Jalan Genting Kiang ada juga satu Mentari Contracting Sdn. Bhd. untuk projek pelebaran jalan, di mana saya telah periksa  bahawa kesemua Pengarah nya adalah juga sama dengan Mentari Services Sdn Bhd. Ini menunjukan bahawa beliau tidak dapat projek Eurocopter ini.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Tuan Yang di-Pertua saya hendak bertanya berkenaan dengan company yang disebutkan tadi, semakan saya yang terhad menunjukkan bahawa company ini ditubuhkan incorporated pada tahun 2001. Makna baru lapan tahun turnover ni baru RM40 juta setahun turnover bukannya keuntungan. Jadi macam mana company yang turnover begitu sedikit dan baru kata lapan tahun dalam berniaga ini boleh dibenarkan atau diberi kontrak yang sebegitu besar.

Tuan Yang di-Pertua, projek pelebaran jalan ini di Jalan Genting-Kiang di Wangsa Maju ini dia ada menyatakan pengambilan tanah RM25 juta dan projek binaan jalan ini RM15 juta. Dan saya tahu itu tidak ada tanah yang diambil oleh kerajaan, oleh kerana jalan-jalan tersebut semua adalah road reserved, dengan izin. Jadi kalau kita mengambil kira 8,000 meter persegi luas tanah yang diambil oleh kerajaan harganya lebih kurang RM3,000 semeter persegi dan kaki persegi adalah 280. Harga ini lebih mahal daripada KLCC, Bangsar dan sebagainya.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Satu tawaran kompaun oleh DBKL mengenai dengan tanah di Jalan Tuanku Abdul Rahman; Nombor Siri 7184; Rujukan 31; Dalam DBKL/JPNKB3O68/54T; Tetuan Loke Kwan Yap Sdn. Bhd. Di sini dia dituduh membina tambahan kepada bangunan sedia ada daripada restoran satu tingkat kepada arked beli belah dua tingkat serta membina tiga blok arked komersial dua tingkat tanpa perintah pembangunan dan didenda RM50,000. Denda telah dibayar, tetapi sampai har ini tiada apa-apa tindakan telah diambil mengenai dengan tambahan ini. Ini notis yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2006. Saya harap Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil tindakan terhadap perkara ini.

Yang kedua, mengenai AirAsia Tuan Yang di-Pertua. Di mana sudah dibentangkan di sini oleh Menteri Pengangkutan bahawa AirAsia telah berhutang MAHB RM110 juta. Ini untuk apa? Sebab hutang apa? Hutang airport tax. Airport tax ini telah dibayar oleh pelanggan. Kenapa ia boleh hutang? Saya rasa semua pegawai MAHB mesti diberhentikan oleh kerana tidak menjaga kepentingan negara. Dan baru-baru ini Tony Fernandez AirAsia CEO mengatakan, Oh! Beliau telah settled.” Apa settle? Yang saya tahu hutang ini masih belum dibayar mungkin settle dengan mulutnya sahaja.

Saya ingin tahu kenapakah Kementerian Pengangkutan tidak berani mengambil tindakan? Dan yang kedua mengenai Air Asia ini pada tahun 2008 beliau ada deferred taxation RM588 juta. Dan ini dianggapkan oleh Airasia sebagai profit dalam profit and losses account nya. Bagaimana Kementerian Kewangan boleh memberi peluang kepada AirAsia membuat kreatif accounting untuk menipu rakyat ataupun investing public. Ini adalah sangat berbahaya dan sangat membimbangkan.

Oleh kerana sekiranya Syarikat AirAsia ini bankrap habislah wang rakyat, siapa yang telah menempah tiket enam bulan sebelum ni, setahun sebelum ini. Saya harap Kementerian Pengangkutan mestilah memberi satu jaminan bahawa tiada bailout untuk AirAsia sebab syarikat ini telah mendapat keuntungan yang banyak. Akan tetapi saya tahu mesti ada tindakan yang akan dibuat bailout ini sebab AirAsia ini tidak lama lagi akan menghadapi masalah yang besar.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan pentadbir tanah di Wilayah Persekutuan, kita nampak ada banyak tanah-tanah di Wilayah Persekutuan di mana PTG atau Pentadbir Tanah dan Galian menyewakan kepada orang awam tetapi orang awam ini orang tertentu sahaja dan sebaliknya orang yang mendapat sewaan ini tidak rnenggunakan tapak yang disewa.

Mereka menyewakan pula kepada orang lain dengan sewaan yang lebih tinggi, mungkin sepuluh kali ganda. Saya harap juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil tindakan terhadap perkara ini dan menyiasat perkara ini. Saya ada bukti tetapi tiada masa sekarang.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: saya juga ingin menjelaskan Tuan Yang di-Pertua berkenaan penjualan MV Agusta. Proton telah menjual 57.5% saham MV Agusta dengan harga RM5 sahaja dan harga belian saham tersebut adalah Euro 70 juta, RM350 juta.

Baru-baru ini, BMW telah membeli sebahagian saham MV Agusta dengan harga RM460 juta dan Harley Davidson membeli baki saham dengan harga RM350 juta. Ini bermakna bahawa jumlah harga jualan untuk BMW dan Halley Davidson RM805 juta. Ini juga bermakna bahawa Proton telah mengalami kerugian sebanyak RM455 juta dan saya telah meminta penjelasan dari Menteri Kewangan pada masa Perdana Menteri yang menjadi Menteri Kewangan, kenapa kerajaan pada tahun itu mengizinkan Proton menjual saham MV Agusta dengan harga RM5.

Sebagai jawapan beliau mengatakan Proton juga telah mendapatkan khidmat penasihat ke atas nilai pelupusan saham yang wajar. Namun memandangkan MV Agusta mempunyai dana pengawal saham yang negatif, negative shareholder fund, aliran wang tunal yang tidak mencukupi, cash flow deficit dan juga menanggung kerugian berterusan berjumlah 118 juta Euro bagi tempoh enam bulan sehingga 31 Disember 2005.

Nilai jualan selain daripada nilai nominal adalah sangat sukar diperoleh. Jawapan ini tidak benar Tuan Yang di-Pertua. ini adalah satu white lies. Semasa Proton membeli saham MV Agusta tersebut, semua debtors, penghutang berjumlah lebih kurang RM1 bilion telah dibekukan dan Proton telah diberikan masa dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk membuat bayaran.

Cash flow sheet yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah MV Agusta adalah received projected pada 213 juta Euro dan bayaran adalah 212.5 juta Euro. Daripada angka ini pada masa yang material MV Agusta mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar perbelanjaan. Pada Disember 2005, Proton perlu membayar hutang yang telah dibekukan berjumlah 2.5 juta Euro iaitu lebih kurang RM25 million sahaja.

Bukan RM1 bilion yang dijawab oleh Menteri Kewangan di dalam Parlirnen pada 15 Oktober 2008. Saya berani bercakap di sini bahawa Proton ini tidak menawarkan 50.75% sahamnya di MV Agusta di pasaran terbuka tetapi Proton menjual saham tersebut kepada Syarikat GEVI.

Proton sebagai sebuah GLC telah mengalamii kerugian sebanyak RM455 juta. Kerajaan Barisan Nasional mengizinkan Proton menjual saham tersebut dalam keadaan tiada business acumen langsung dengan izin dan amat bodoh.

Saya cadangkan bahawa kerajaan perlu menubuhkan satu Royal Commission untuk menyiasat transaksi ini.

Tuan Yang di-Pertua, dan juga berkenaan syarikat Pempena Sdn. Bhd, saya harap Kementerian Pelancongan memberikan jaminan agar dapat memberi jawapan mengenai dengan skandal kewangan di dalam Syarikat Pempena Sdn. Bhd. tersebut.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Baru-baru ini di Majlis Raja-Raja di Kuala Trengganu, semua sultan-sultan tinggal dalam 13 banglo dan saya difahamkan bahawa banglo ini dibina dengan harga RM28 juta. Oleh siapa? Patrick Badawi … sorry, Patrick Lim.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: saya difahamkan harga pembinaan yang aktualnya ialah RM13 juta. Saya harap Menteri Kewangan member satu penjelasan juga.

Advertisements

5 thoughts on “Budget Debate 2008 Full Speech, 30 October 2008

  1. lee wee tak

    “Oleh siapa? Patrick Badawi … sorry, Patrick Lim.”
    — ouch!

    Good hard hitting points. However, I am depressed. Singapore leadership is busy talking about measures to combat the economic downturn whereas here, most of the issue revolves around wastage and mismanagement.

    The budget has to be revised. Crude oil and oil palm prices have plummeted significantly as compared to the assumptions in the 2009 budget.

    There should be cost savings measures; not spending more money military hardware (although the purchase of choppers been delayed, not canceled)

    Malaysia needs to undergo major structural changes. With our bureaucracy and race-first consideration, there is no hope for quantum leap whereas our competitors for FDI like Vietnam, Singapore (in terms of Islamic finance) are making strides.

    Malaysia has the ideal geographical advantages. We are still politically stable compared to the Middle East and war-torn parts of Africa. Our once-famed network of roads have been affected by crime-waves (my ex-employer had containers of products hijacked on the road), and here we are hotly debating about appointing a non-Malay to lead temporarily a state economic agency.

    The 30% bumi equity can be a hold back. Imagine if a foreign company want sto invest RM100million for a major plant so who is going to come up with the 30%?

    If you take it from them it will cost them RM30million and a 30% owner stake upfront plus future dividends repatriation.

    That’s very high cost of investment. If you let them invest RM100million on the condition that they employ Malaysians then more economic benefit can be spread to the working labourers, as well as spin off for local small businesses supplying various support functions like supplying stationery, rubbish collection, subcontract works, repair and maintenance of factory, rather than taking RM30million in equity stake to be taken up by a few wealthy shareholders.

    Are we not facing a choice to either enrich a few equity holders or employment opportunities for hundreds of locals trying to make a living from monthly salary?

    I rather have many MNCs employing locals rather than the shares to be held by a few people having dividends.

    Reply
  2. New Dawn Malaysia Baru

    Thursday, October 30, 2008
    Is outcome of Munawar’s appeal indicative of what we can expect from Zaki Azmi…new Boss of the Malaysian Judiciary
    Chief Justice Zaki Azmi beginning to throw his true colours…

    Will he be able to be INDEPENDENT of UMNO and his past friends, and be able to be concerned only with justice…

    Will he be a progressive judge only concerned with JUSTICE – not fearful of developing the law so that justice be done…or will he just remain a tool of UMNO and his ‘old friends’.

    Also noted that Zaki Azmi was a businessman with involvement in a string of companies – and if so, he must recuse himself from any case involving those companies and/or related companies or even companies whereby his once fellow member of the Board of Directors or management is involved.

    Website – http://mybaru.blogspot.com/

    Reply
  3. hashim

    YB, I like the “5 years is a lame duck and 5 months a dead duck” how to do any reform within the last 5 months. Good one!

    I like the speech. Thank you for speaking up for us.

    Reply
  4. Malaysia 64

    Cukup-cukuplah dgn BN/UMNO ini mereka dah tamat tempoh. Dulu mana nak dapat gambaran macam YB WEE bagi dalam paper sekarang ada internet dan macam-macam. Bagi penyokong BN/UMNO tu, itu pun kalau ada buat-buat lah cari kerja baru!

    Reply
  5. alice

    YB Wee please don’t forget to press hard to get AirAsia to pay back the RM110 million to MAHB. This is our money and not Tony Fernades or Airasia.

    Tony Fernades has the cheek to make a press statement that Airasia had settled the RM110 million with MAHB. I do know from the internal source of MAHB that it was not settled as claimed by Tony Fernades.

    you all MPs must not allow Airasia to play around with the RM110 million airport taxes debts. This RM110 million debt plus the deferred taxes of RM540 million must be settled now. the country cannot afford settlement later with no date.

    The RM110 million date since 2002. The deferred taxation of RM540 million is also quite sometimes. Airasia must be made to pay now otherwise MAHB should withhold airport facilities to Airasia.

    If MAHB CEO dares not act the government should take disciplinary actions against the CEO for failing to to take action against Airasia for not paying the RM110 million.

    Tony please put the monies where your month is. After all you have been saying that Airasia year in and year out making profits. So pay up your debts to all government agency including Petronas because you are not a GLC like MAS.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s