Resignation of Governor of Bank Negara from Khazanah; Petronas; AirAsia; widening of Jalan Genting Kelang; restructuring of ACA; and more …
Mahadi Che Ngah named in Parliament. He is the urban director of City Hall (Ketua Jabatan Perancang, DBKL).
Tuan Haji Mahadi bin Che Ngah
Ucapan Oleh Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju
di dalam Perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2008.
Datuk Yang DI- Pertua
Saya bangun untuk menambil bahagina membahasAnggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2008. Ini adalah perbahasan atas pengurusan wang oleh Kerajaan dan dasar Kerajaan.
Masalah pentadbiran kerajaan BN adalah pembaziran, lemah segi penguatkuasaan undang dan/atau prosedur yagn sedia ada.
GOVERNOR BANK NEGARA LETAK JAWATAN DARI KHAZANAH
Datuk Yang Di-Pertua,
Baru-baru ini Gobenor Bank Negara pun tak tahan dengan keadaan sebegini di banyak GLCs and skandal kewangan yang lain yang terlibat orang tertenu di dalam Dewan ini dan sebab inilah beliau telah meletak jawatan dengan segera. Sekarang tiada apa kawalan langsung di Khazanah dan saya percaya lebih banyak skandal kewangan dalam GLCs telah berlakui atau akan berlaku tak lama lagi.
PETRONAS
Datuk Yang Di-Pertua,
Saya igin mengucapkap taniah kepada Petronas kerana dapat keuntungan RM100 bilion.
Baru-baru ini saya dapati bahawa 300 ticket pernerbangan 1st Class telah diisu untuk 300 Pegawai tinggi Petronas untuk pergi ke Johanesburg Afrika Selantanuntuk mengadakan satu semiar. Tarikh seminar untuk 7 hari daripada ialah 24 July. Tiap-tiap tiket pernerbangan dari MAS, Thai International, Singapore Airline, atau Emirates adalah lebih kurang RM22,000 persatu tiket. Jumlah kos 300 ticket pernerbangan 1st Class untuk pegawai tinggi Petronas adalah lebiih kurang RM6.5 juta.
Saya menyata bahawa kemungkinan kos untuk hotel mewah, makan dan pocket monies akan berjumlah lebih daripada RM10 juta. Saya sokong dengan penuh jikalau pegawai Petronas menganjurkan seminar di Afrika Selatan untuk mempromosikan Petronas dan untuk mendapatilebih banyak projeks.
Saya dapati bahawa minggu lepas Petronas telah membatal pengajuran seminar tersebut di Arika Selatan dan kalau say tak salah Petronas perlu membayar 30 % dari kos tiket pernerbangan berjumlah RM2 juta. Bukankah kerugian RM2 juta ini sebenarnya kerugian rakyat dan bukan kerugian pegawai Petronas.
Ini adalah amat jelas bahawa pembatalan seminar di Selatan Afrika dalam masa yang singkat menunjukkan holiday mewah untuk pegawai tinggi Petronas dengan mengunakan wang rakyat.
Ahli-ahli YB, kita semua tahu jikalau tiada tsunami politik pada 8hb Mac, seminar di Afrika Selatan akan diteruskan oleh Petronas.
Saya ingin menanya PM bagaimana atau apa tindakan Kerajaan akan ambil untuk memastikan pegawai tinggi GLC untuk mengajurkan seminar untuk kepengtinan GLC tertentu dan bukan semata-matanya untuk holidays pegawai tertinggi masing-masing.
AIRASIA
Datuk Yang Di-Pertua
Saya telah membangkitkan isu mengenai dengan AirAsia berhutang berjumlah lebih kurang RM30 juta untuk pembelian minyak. Kenapakah Petronas tidak berani untuk menuntut hutang tersebut daripada AirAsia. Samada Petronas telah diarah oleh Kementerian Kewangan atau the 4th floor boys dengan izin supaya jangan ambil tindakan. Saya harap PM boleh memberi penjelasan atas isu ini.
Seminggu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan telah confirm bahawa hutang AirAsia kepada MAHB ialah RM110 juta. Minggu lepas Datuk Tony Fernandes telah menulis komen dalam blog saya: (www.weechookeong.wordpress.com), bahawa AirAsia tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pengangkutan. Saya amat hairan dengan pertikaian ini.
Saya ingin menanya Menteri Kewangan apakah hutang RM110 juta ini? Samada ini adalah Airport Tax?
Saya tak faham kalau mahasiswa hutang RM5 ribu atau RM10 ribu, Kerajan akan meheret mahasiswa kepada Makhamah. Kalau sebuah syarikat hutang Service Tax ia juga akan diheret kepada Mahkamah. Saya berharap Menteri Kewangan merangkap PM menjelaskan kenapakah MAHB tidak berani untuk mengambil tindakan untuk menuntut hutang sejumlah RM110 juta daripada AirAsia.
Saya juga ingin menaya kenapa Menteri Kewangan perlu mencampurtangan dalam satu hutang antara syarikat swsasta, AirAsia, dengan asebuah GLC, MAHB. Samada Menteri Kewangan atau orang tertentu ada kepentingan dalam AirAsia.
PELEBARAN JALAN GENTING KELANG
Datuk Yang Di-Pertua
Saya telah menerima jawapan dari Menteri Wilayah Persekutuan bahawa kos pelebaran jalan di Jalan Genting Kelang ialah RM40 juta di mana kos pengambilan tanah telah mencecah RM25 juta. Oleh itu, sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk melebarkan jarak jalan yang begitu pendek (tidak lebihi 3 kilometer) dengan kos yang begitu tinggi sekali – RM15 juta. Berani saya cakap dengan terus terang bahawa kos untuk melebarkan jalan ini tidak akan melibihi RM5 juta pun!
Kedua, saya telah memeriksa pembinaan jalan yang terbabit dan mendapati tidak ada sebarang tanah persendirian yang diambil (compulsory acquisition) dan jikalau diambil ia tiadak akan berjumlah sebanyak RM25 juta. Ini adalah satu jawapan yang tidak benar. Saya meminta YAB PM mengemukakan di Parlimen satu laporan yang lengkap mengenai tanah yang diambil (secara compulsory acquisition) untuk tujuan pelebaran jalan itu iaitu dengan izin breakdown kos untuk setiap bidang tanah yang diambil oleh tujuan melebarkan jalan ini.
Saya juga meminta Perdana Menteri memberi arahan kepada Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat projek ini kerana saya percaya ianya terbabit dalam perbuatan rasuah dan penyelewengan.
PENSTRUKTURAN BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR)
Datuk Yang Di-Pertua,
Pada April lalu, Perdana Menteri, telah mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Saya harap usaha kerajaan ini jangan hanya cakap kosong sahaja seperti Independent Police Complaints Commission (IPCMC) dan Judicial Appointment Committee (JAC). Bukankah ini seperti kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam. Untuk memastikan BPR betul-betul bersih dan bertindak sebagai badan bebas, tanggungjawab BPR mestilah tidak boleh terkongkong oleh mana-mana pihak terutama sekali pihak kerajaan.
Para pegawai BPR mestilah menjalankan tugas tanpa rasa takut dan berat sebelah serta tidak tertekan oleh mana-mana pihak. Saya percaya jika pegawai BPR diberikan kebebasan sepenuhnya, gejala rasuah di negara kita tentu akan dapat dihapuskan terutamanya setelah tertangkapnya ikan-ikan jerung yang besar dan bukan lagi ikan-ikan bilis. Mungkin 2003 YAB PM selepas dilantik sebagai PM, beliau berjanji Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap 18 ikan jurung tetapi sehingga hari yang ditangjkap adalah ikan bilis sahaja. Samada 18 ikan jerung ini masih berenang di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Jikalau YB PM serius dengan menghapuskan rasuah, YB PM perlu mengarahkan BPR untuk menyiasat dengan terperinci terhadap En Mahadi bin Che Ngah, Pengarah Jabatan Perancang Bandar DBKL, kerana Jabatan beliau telah meluluskan banyak (Development Order (DO) di Wilayah dengan tidak mengambilkira dasar kerajaan, undang-undang kecil dan prosedur-prosedur pembanguan. Contoh Projek hill slope di Damansara diluluskan tanpa mengambilkira dasar kerajaan dan prosedur-prosedur pembagnunan dan selepas penduduk protes DBKL mengeluarkan “Stop Work Order”. Kes kedua, banyak DO untuk syarikat Platinum Victory Sdn Bhd diluluskan dengan senang tanpa mengambilkira dasar kerajaan terhadap tempat letak kereta dan syarat-syarat yang lain. Saya percaya ada banyak projek-projek pembangunan komersial dan perumahan juga diluluskan dalam keadaan yang sama.
Saya berharap BPR akan meminta En Mahadi bin Che Ngah membuat deklarasi harta bendanya dan saya percaya pihak BPR akan dapat bukti.
PROJEK MESRA RAKYA HANYA BEBANKAN RAKYAT
Datuk Yang Di-Petua,
Jauh api dari panggang. Itulah yang dapati disimpulkan dengan Projek mesra rakyat yang bertujuan menyediakan kemudahan asas dan memberikan faedah secara langsung kepada rakyat seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, pendidikan, perumahan awam kos rendah, membasmi kemiskinan dan keselamatan awam kononnya akan diberi keutamaan kini masih gagal dicapai kerajaan.
Golongan berpendapatan rendah masih berada di tahap kemiskinan apatah lagi kebanyakan projek mesra rakyat yang dirancang oleh kerajaan tidak dapat dinikmati oleh golongan miskin ini.
Akibat kenaikan harga minyak petrol yang mendadak, saya percaya golongan miskin akan terus miskin dan semakin ramai rakyat akan terus berada di dalam tahap kemiskinan tanpa dapat menikmati sebarang faedah daripada pembangunan projek kerajaan.
PELAN INDUK PENGANGKUTAN GAGAL CAPAI MATLAMAT
Datuk Yang Di-Pertua
Setelah kenaikan harga minyak petrol yang terlampau tinggi, kini sudah sampai masanya untuk kerajaan mengambil serius dalam meningkatan sistem pengangkutan awam.
Demi kemudahan warga bandar, kerajaan harus memberikan liputan sistem rel transit bandar ke kawasan-kawasan yang lebih luas dan lebih banyak terminal pengangkutan awam bersepadu perlu dibina.
Di samping itu, kecekapan perkhidmatan komuter, bas dan teksi juga perlu ditingkatkan bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam, khususnya di kawasan Lembah Klang.
Pelan Induk Pengangkutan yang dirancang oleh kerajaan perlulah mengambil kepentingan rakyat di samping dapat mengurangkan beban rakyat terutama sekali dari segi penggunaan minyak petrol. Pelan ini akan gagal mencapai matlamat jika rakyat terus terpaksa mengalami kesulitan menggunakan kenderaan awam seperti yang mereka alami sampai hari ini.
Saya berharap Kerajaan melaksanakan pelan induk Pengangkutan dengan segera.
AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT ATAU DATA PROTECTION ACT
Datuk Yang Di-Pertua
Untuk mengwujudkan sebuah masyarakat yang bermaklumat, sebuah masyarakat yang bebas dan bertanggungjawab dan sebuah kerajaan yang baik dengan pemerintahan yang telus serta berani memikul tanggungjawab, maka kita
sebenarnya memerlukan satu undang-undang yang menjamin kebebasan maklumat dan juga maklumat/data yang disimpan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta seperti bank-bank dan lain-lain.
Pada 24 Mei 1993 semasa saya sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang, saya telah menyeru Kerajan untuk melusluskan satu akta bernama Freedom of Information Act. Dimana akta ini boleh mengawal supaya data-data yang disimpankan oleh polis, syarikat-syarikat perbankan dan lain adalah seratus-peratus betul.
Datuk Yang Di-Pertua,
Kita tidak boleh menafikan bahawa data-data yang disimpan oleh insitusi yang menyiman data seperti CETOS, institusi perbankan dan lain dimana orang awam dalam rekodnya adalah seorang bankrap sedangkan orang tersebut bukanya seorang bankrap. Keadaan ini menjejaskan kepentingang ornag tertentu.
Di Amerika Syarikat mereka ada Freedom of Information Act dan di UK ia ada Data Protection Act. Di UK orang awam boleh menulis surat kepada mana agensi kerajaan, syarikat perbankan dan lain untuk mendapatkan apa-apa maklumnat mengenai dengan meraka ataupun informasi mengenai mereka dan agensi kerajaan atau syarikat-syarikat mesti memberikan maklumat mengenai beliau dan beliau ada hak untuk membetulkan maklumat yang sedia ada. Negara kita sudah sampai masa untuk memluluskan satu Freedom of Information Act atau Data Protection Act.
Datuk Yang di-Pertua,
Saya menyeru Kerajan supaya mebentang satu ruang undang bernama Freedom of Information Act atau Data Protection Act.
wow a good one YB addressing a lot of issues. wonder when will we know the answers!
btw, u was pretty dressed up on the debate night! did u come from parliament?
To hafiz, jawabnya lepas 16sept atau PRU13????
Langkawi Tuna Corporation yang dilaburkan oleh KHAZANAH melibatkan berjuta-juta wang yang dilaburkan bagaikan wang dituangkan dilongkang………terdapat banyak pembaziran WANG RAKYAT berlaku……another failure government venture project which supposed to be profitable and potential.
SEMAKIN LAYU DAN LESU, GAMAKNYA…
KINI AWAN MENDUNG PARLIMEN WANGSA MAJU (*^&%^$%$^%$&^$^%^%^*^*^&%^&$%$^&$&^$&$&%$^%$&%$*&^*^&_*^&*_&) SUDAH MULA MENGORAK LANGKAH BERARAK PERGI…
PARA PEMERHATI POLITIK DAN PEMERHATI BEBAS BERPENDAPAT:-
1) MUNGKIN IANYA SEBAGAI SATU ‘SIGNAL’ KEPADA KEBANGKITAN SUARA SEBENAR RAKYAT WANGSA MAJU YANG MULA MENGORAK LANGKAH UNTUK MEREALISASIKAN ‘KEMPEN SEPENGGAL JE YB?’. AGAKNYA RAKYAT DAH MULA SEDAR…
2) MUNGKIN JUGA TOPIK YANG BUKAN BERLANDASKAN KUTUKAN INI MEMPUNYAI TARIKAN YANG AMAT LESU ATAUPUN RAKYAT DAH MULA MENILAI YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA?
3) MUNGKIN JUGA RAKYAT WANGSA MAJU DAH JEMU DAN MAHUKAN PEMBAHARUAN DALAM PRU13 AKAN DATANG.
MAT SIRAT – TEPUK DADA TANYA SELERA…
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
hafiz
Yes, you are right. I went straight to Dewan Bahasa from Parliament. Thank you for your observation and also for engaging in my blog. I hope to hear more from you. Thank you.
Good for wargakota, Thank you YB Wee. Please push the government to take action against that little napoleon of Jabatan Perancang. Many projects have been approved by his department when it should not have been. The obvious example is the hill slope project in Jalan Damansara (at the back of Victoria Station). Jabatan Perancang issued the DO and after the residents protested, the same department issued a “Stop Work Order”.
If the DO was properly issued, there was no need to issue Stop Work Order. This shows that something is amiss. The ACA/BPR should investigate into the activities of that little napoleon.
I fully agree with what you have said in Parliament, YB Wee.
Mat Sirat,
Memang kau ni tak sehaluan, jangan jangan kau ni diupah orang. YB Wee memang kurang upaya. Jangan harap dia boleh bagi duit haram seperti MP-MP sebelumnya. MP-MP sebelum dia dapat bagi duit rakyat kepada sesiapa yang pandai bodek. Kau pernah bodek Zolhasnan ke?
Mat sirat
Memanglah budak suruhan zulhasnan!
7 ANISWARIS DAN 8 ANONYMOUS,
SAYA JUGA INSAN BIASA SEPERTI ANDA BERDUA.
UNTUK MAKLUMAN, SAYA BUKAN DIUPAH ORANG, SAYA TAK PERNAH BODEK ZOLHASNAN DAN SAYA BUKANLAH BUDAK SURUHAN ZOLHASNAN.
KALAU DAPAT PUN, ANDA BERDUALAH ORANG PERTAMA YANG SAYA CARI.
SAYA BUAT KERJA ATAS INISIATIF DIRI SENDIRI.
SEPERTI BIASA, SAYA MEMANG KENAL BENAR ZOLHASNAN, MASALAHNYE SEKARANG ZOLHASNAN YANG TAK KENAL SAYA.
ADA KABEL TAK NAK CONTACT DIA, ANDA BERDUA MEMANG BAGI IDEA BARU YANG TAK PERNAH SAYA FIKIR SEBELUM INI.
TERIMA KASIH YE.
SEBENARNYA, RASA BENGANG ATAS KENYATAAN PERKAUMAN LEE WEE TAK MENUNTUT FORUM BEBAS MEMBINCANGKAN PELBAGAI ISU BAGI MEMPERTAJAMKAN MINDA RAKYAT TERUTAMANYA ORANG MELAYU.
(TAJUK BLOG PADA 14/7/2008 – ‘No confidence’ motion rejected, PR MPs walk out of Parliament in protest’).
HINGGA KE SAAT INI LEE WEE TAK TAK MUNCUL-MUNCUL LAGI MUNGKIN GUNAKAN NAMA ORANG LAIN.
BALING BATU SEMBUNYI TANGAN…
PERJUANGAN SAYA SEMEMANGNYA TIDAK MEMERLUKAN DUIT, APATAH LAGI TUDUHAN LIAR TENTANG DUIT-DUIT HARAM MP-MP SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH ANISWARIS.
BANGUN DAN SEDARLAH DARI LAMUNAN, MARILAH BANGKIT:-
1) MEMPERSOALKAN KEMBALI KENYATAAN BERSIFAT PERKAUMAN SEPERTI DI BAWAH:-
“30 lee wee tak
on July 15, 2008 at 5:14 pm
saudara mat,
terutama sekali terimakasih atas budi bahasa dan perasaan saling menghormat anda.
saya rasa kita jangan kait perhimpunan beramai pasti ada keganasan dan keadaan porak peranda.
Juga hairan kerana tempoh hari itu 800 bas ambil penyokong Pak Lah ke Putrajaya tidak disekat tetapi budak India nak bagi bunga ke PM disekat.
Dulu Gandhi minta orang ramai bantah beramai-ramai secara aman damai. Bila pencinta binatang di negara barat berhimpun pun tiada masalah. (kecuali peminat bolasepak yang mabuk)
jika di Malaysia, rakyat diberi peluang meluahkan perasaan secara matang dan bertanggungjawab, lama kelamaan ini akan menjadi suatu kebiasaan, umpamanya di Hyde Park, England. Ini jua menbentuk ketajaman fikiran orang ramai khususnya orang Melayu.
Bila saya baca Utusan Malaysia dan Berita Harian, kritikan dan analisisnya kurang tajam berbanding akhbar Bahasa Cina. Mujurlah kini ada akhbar Bahasa Malaysia lain seperti Sinar, rasanya lebih objektif dan memberi pandangan dar sudut lain.
Tengoklah malam ini perbahasan DSAI dengan Menteri Penerangan dan cuba lihat sama ada perbahasan ini bermutu atau tidak.”
MAT SIRAT – RASA TIDAK PUASHATI ATAS KENYATAAN PERKAUMAN. SUNGGUHPUN MAJORITI ORANG MELAYU DI PARLIMEN INI ADALAH MELEBIHI 50%, BELIAU MASIH BERANI MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT. DARIPADA MELULUSKAN KENYATAAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEPERTI INI, PIHAK PENTADBIRAN BLOG INI BOLEH MEMBUAT BANYAK LAGI KERJA BERFAEDAH MEMBAWA YB WEE KE JALAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KEBAIKAN RAKYAT DI PARLIMEN WANGSA MAJU TANPA MENGENAL LATARBELAKANG POLITIK DAN BUDAYA, BUKANNYA MEMBENARKAN KENYATAAN PERKAUMAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ITU DISIARKAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MUNGKIN TANPA PENGETAHUAN YB WEE SENDIRI.
YE TAK, YB WEE?
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://www.siratansuratan.blogspot.com/
Just because someone has a different opinion does not mean that “$$$$” is involved – grow up, people!!!!
The public is no longer stupid – YB Wee knows this fact, thus, the creation of this blog. We are discussing/expressing our opinions whether pro or against govt.
Every thing has 2 sides of the story, as matured people, we express our opinions responsibly.
YB Wee,
As the blog owner, do you want your blog to have anti gov comments only?
I’m confused? Enlighten us, please.
TQ.
YB, You are doing a great job. Pls keep it up.
Ur previous web site has English translation of Parliament proceedings but not this present site. Translations means more work but without it lots of people like myself will not be able to follow the issues you take up in parliament. Thank you.
YB,
your web site heading ” Wee Choo Keong to serve” is in English, Chinese n BM but the translation in Tamil is missing. I believe this could be an over sight, hopefully Yb can include the Tamil words as lots of Malaysian Indians give you tremendous respect and support. Morever it gives the impression that PKR does not give due respect to the language of the third largest community in Malaysia. Thank you
10 Sweet Child
All views (pro & anti-BN) are welcome here. We all must at all cost avoid racist and derogatory comments. Thank you and the others for the comments. I do appreciate all of your engagements here which have help me to learn more about life and politics.
11 & 12 Rama
I do take note of your view that articles in my blog should also contain English translation. I would prefer to have all the four languages BM, English, Tamil and Mandarin. But it will be very time consuming. I hope that you will bear with me. As time progresses, I hope to employ more people to do the translation job. At the moment, I do get volunteer to help with service centre and another one with Parliamentary works.
“Wee Choo Keong To Serve” . It was an oversight side not to have it translated into Tamil. Rama can you please help me. Or anyone out there can help me with the said translation.
Thank you all so much for engaging and enlightening me.
All the best to all my friends and political opponents.
Keep it up Yb Wee. Please carry on standing up for us. Please don’t be pressured by those BN supporters that you must spend more times looking after clogged drains and rubbish bins! All these are Datuk Bandar KL’s problems. It is definitely not the problems of the MPs. Datuk Bandar and his gang are getting paid for looking after the clogged drains, sampah sarap and etc. So MPs should play their role as law makers and not reducing themselves into social workers!
I want my MP to speak up in Parliament and not sleeping in like the Sleeping Head!
MP Wee shoot that little napoleon, he is just a big bully. Please proceed to lodge a report with the BPR. The Jabatan Perancang Bandar of DBKL. This department stinks with so many big projects in KL.
whack the two idiots/residents.