Watan-Online bukan ANASIR asing

Is this another outfit for "Regime Change'?

“Watan-online bukan anasir asing”

Watan-online telah menjawab posting saya bertajuk “Is Watan-Online another foreign outfit for “Regime Change” pada 23-3-2013.  Jawapan/Penjelasan Watan-Online di SINI.

Untuk makluman sdr/sdri sidang pengarang Watan-Online yang saya hormati, bahawa Peraturan Dewan Rakyat 36 (6) hanya boleh digunakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sahaja dalam persidangan Dewan.

Walaubagaimana pun saya amat memahami maksud sdra/sdri, kenapa Peraturan 36 (6) tersebut dibangkitkan dalam penjelasan tersebut. Peraturan Dewan Rakyat 36 (6) ini adalah untuk kegunaan Ahli-Ahli YB meminta Ahli yang membuat satu kenyataan dalam Dewan dengan “sangkaan jahat” dan meminta Ahli yang menuduh untuk menarik balik tuduhannya.

Untuk makluman sdr/sdri bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa tuduhan terhadap Watan-Online dalam posting saya, saya cuma meminta penjelasan atau ingin tahu samada Watan-Online ada menerima dana asing, seperti pihak-pihak new portal tertentu yang terbukti telah mendapat dana asing. Saya tiada niat untuk menuduh Watan-Online selain daripada mengenalpasti samada dana asing ada disalurkan kepadanya?

Saya amat khuatir dengan website atau news portal yang sentiasa menggelarkan diri sendiri sebagai news portal yang bebas dan pada masa yang material ia tidak mengisytiharkan bahawa ia memang ada menerima dana asing. News portal tertentu telah membuat pengakuan selepas bukti-bukti  penerimaan dana asing telah didedahkan secara umum.

Untuk makluman, sila baca ucapan saya di Parlimen yang bertajuk “Regime Change” di SINI.

Isu ini penting dimana negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain pun tidak mengalakkan kemasukkan dana asing untuk manipulasikan politik dalaman mereka, malah menghalang kemasukkan dana asing ke negara-negara mereka sendiri. Demikianlah semua warga Malaysia perlu prihatin dalam isu dana asing yang disalurkan kepada pihak-pihak tertentu semata-mata untuk matlamat atau agenda “Regime Change”.

Saya memang menerima dengan hati yang terbuka penjelasan sdr/sdri sidang pengarang dan Alhamdulillah, bersyukur kita dimana kita dapat mengenal pasti bahawa Watan-Online tidak pernah menerima apa-apa dana asing selama ini. Saya berharap ia akan menjadikan sebuah news/video portal yang sentiasa bebas dari agenda-agenda anasir-anasir asing untuk tujuan “Regime Change” di tanahair kita yang tercinta ini.

Jika saya ada menyinggung perasaan sdra/sdri sidang pengarang dan/atau pembaca-pembaca Watan-Online, izinkan saya mengunakan kesempatan ini untuk memohon maaf secara silatulrahim.

Sekian, terima kasih.

Wee Choo Keong

3 thoughts on “Watan-Online bukan ANASIR asing

  1. Tahniah YB

    YB tak buat salah pada Watan Online tapi yg penting Watan Online mesti jelaskan pendirian pd umum bahwa tak terlibat dengan dana asing..hanya News Portal yg ada agenda tersebunyi saja yg sunggup terima dana asing

    Jangan jadi pengkhianat di bumi sendiri!!!

  2. Dalam keadaan politik kecoh negara sekarang rakyat perlu memastikan bahawa news portal bukan anasir asing. Kita tidak mahu lihat matlamat news portal melaksanakan agenda asing kerana mereka menerima dana from kuasa asing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s