Ganguan bekalan air di kawasan Seksyen 2 Wangsa Maju

Ganguan bekalan air di Kawasan Seksyen 2 di Wangsa Maju

Ganguan bekalan air di Kawasan Seksyen 2 di Wangsa Maju

Updates jam 11:00 malam 16-1-2013: Untuk maklum saudara dan saudari yang say hormati sekalian, saya baru menerima SMS dari Tuan Yahya, Syabas Gombak, yang berbunyi seperti: “Salam Tuan, kerja2 menggantikn paip pecah tidak dlakukn kerana kesukaran dan kesesakan traffic dMRR2 mlm ini. Pihak SYABAS mengambil alternatif lain mendapatkan supply dgn divert air dr kolam2 berhampiran dan menyalurkan ke kaw2 yg menerima gangguan. Setakat ini tiada lgi aduan tiada air dterima dr kaw2 yg mengalami gangguan bekalan sebelum ini. Harap maklum.” Izinkan saya mengunakan kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yahya yang sering berkerjasama dalam masalah yang dihadapi oleh rkayat jelata. Terima kasih Syabas.

 

Updates jam 4:15 petang 16-1-2013:  Kami baru mendapat maklumat terkini daripada pihak Syabas, setakat ini bekalan air di Sek. 2 masih seperti biasa, sementara itu kami dimaklumkan oleh Syabas terdapat aduan di kawasan Wangsa Melawati, mula terjejas dan pihak Syabas telah membuat satu penghantaran tanker air di kawasan tersebut iaitu di no 12, Lrg 2/24E, lebih kurang jam 1.00 petang tadi.

Kami juga dimaklumkan kerja-kerja mengorek akan disambung semula pada malam ini jam 10:30 dengan mengunakan mesin yang lebih besar bagi membolehkan kerja-kerja mengorek lebih dalam dapat dilakukankan. Kami juga dimaklumkan kerja-kerja mengorek tidak dapat dilakukan lebih awal disebabkan kesesakan jalan di MRR2.

Jika penduduk-penduduk di Wangsa Maju mengalami ganguan bekalan air, sila gerhubung dengan En Yacob 0122186929 atau 41433322, kami akan membantu untuk memaklumkan kepada Syabas supaya tanker air dapat dihantar ke kawasan yang terlibat. Kami memohon maaf kepada semua penduduk-penduduk yang terlibat diatas segala kesulitan. Kami akan melapurkan perkembangan terbaru apabila mendapat maklumat lanjut daripada pihak Syabas.

Updates jam 11:30 pagi 16-1-2013:  Kami sedang memohon Syabas bahagian Gombak untuk menghantar tanker air ke kawasan yang terlibat. Satu updates akan dinaikkan di sini. Kami difahamkan bahawa kerja untuk membaiki paip pecah akan diteruskan malam ini pada jam 10:30 pagi. Syabas tidak dapat melaksanakan kerja pada siang hari kerana masalah kesesakkan jalan di MRR2.

Setakat sekarang kami masih tak dapat berhubung dengan Syabas Gombak. Kami telah menalipon pejabat Syabas Gombak tetapi tidak dapat bercakap dengan pegawai. Kami akan berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai air tanker. Ini adalah perkara yang penting sekali untuk kini. Kami memohon maaf kerana tidak dapat memberi maklumat terkini untuk air tanker. Kami akan coba hingga kami dapat maklumat  yang penting ini.  Sekian, terima kasih. 

Updates jam 3:35 pagi 16-3-2013: Berita terkini yang baru diberikan oleh En Rahmat dari Syabas kepada saya adalah Syabas terpaksa “abandoned site”/berhenti kerja kerana paip pecah terlalu dalam (lebih kurang 30 meter) dibawah Lebuh Raya MRR2 berhampiran Taman Melati. Dari jam 8:30 malam tadi Syabas dapat mengorek 4 meter sahaja!  Syabas perlu “abandoned site”/berhenti kerja untuk mengelakkan “traffic jam” di MRR2 pagi besok. Untuk buat masa sementera, Syabas akan memberi bekalan air kepada sekurang-kurangnya 50% penduduk yang terlibat melalui bekalan air alternatif. Untuk baki 50% penduduk yang terlibat, Syabas akan memberi bekalan air melalui tanker bergerak. Pada masa sekarang, saya tiada apa-apa maklumat terhadap lokasi-lokasi yang masih tiada air besok pagi dan lokasi-lokasi tanker bergerak yang akan diadakan.    

YB Menteri Kerja Raya perlu mengambil tindakan terhadap konsultant dan/atau kontraktor Lebuh Raya MRR2 kerana mereka tidak mengambil tindakan untuk mengalihkan paip air semasa pembinaan MRR2. Perkara ini adalah serius dan tindakan keras perlu diambil dengan segara demi kepentingan awam.

Saya percaya bahawa penduduk-penduduk yang tiada bekalan air sebentar lagi akan merasakan marah, saya memohon izin dari semua penduduk-penduduk yang terlibat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja-pekerja Syabas yang terlibat walaupun mereka gagal dalam misi mereka pagi ini kerana mereka telah berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari jalan yang terbaik menyambung semula bekalan air kepada penduduk-penduduk yang terlibat. Saya akan berhubung dengan Syabas besok dan updates maklumat terkini di dalam blog. Sekian, Selamat Pagi kepada semua pekerja-pekerja Syabas yagn terlibat, penduduk-penduk dan pembaca-pembaca blog. Terima kaish.

Updates jam 1:40 pagi 16-1-2013:  Berita terkini adalah Syabas masih belum menjumpai paip yang pecah kerana terlalu dalam. Syabas masih beruasaha pada masa sekarang. Sekian, terima kasih.

Updates jam 12:15 pagi 16-1-2013: Dukacita dimaklumkan bahawa berita terkini adalah Syabas masih belum menjumpai paip yang pecah. Kerja-kerja mengorek masih berterusan. Sekian, terima kasih.

Updates jam 10:50 malam 15-1-2013: Kami baru dimaklumkan oleh pegawai Syabas Gombak, En Rahmat, bahawa pihak Syabas memulakan kerja mengorek di Lebuh Raya MRR2 pada jam 8:30 malam tadi kerana kerja tersebut tidak dapat dilaksanakan pada jam 5 petang tadi diatas alasan “heavy traffic”.  Kami juga dimaklumkan bahawa kedudukan paip utama tersebut agak dalam. Sepatutnya kontraktor Lebuh Raya MMR2 berkerjasama dengan Syabas untuk “relocate” pipe tersebut semasa membina lebuh raya tersebut. Dalam keadaan ini, kami percaya kemungkinan besar kerja membaikpulihkan paip tersebut tidak dapat disempurnakan pada jam 12 malam ini. Walaubagaimnapun, kami akan updates dengan maklumat terkini selepas mendapati maklumat terbaru. Bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan berkenaan, kami mengucapkan terima kasih kepada En Rahmat diatas berkerjasama dengan kami.  Sekian, terima kasih.

Dukacita dimaklumkan bahawa tiada bekalan air di Seksyen 2 dan sekitar kawasan Seksyen 2 di Wangsa Maju.  Kami telah dimaklumkan oleh pihak Syabas bahawa ada berlaku paip utama pecah di Lebuh Raya MRR2 berhampiran Taman Melati pada lebih kurang jam 5 petang tadi.   Kerja baik pulih sedang dilakukan oleh pihak Syabas dan keadaan kembali pulih dijangkakan pada jam 12.00 malam ini. Kami akan berhubung dengan pihak Syabas dan memaklumkan perkembangan terkini melalui updates di sini.

Bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan berkenaan, kami berharap pihak Syabas dapat membaik pulihkan paip utama tersebut dengan secepat mungkin.

Sekian, terima kasih

Wee Choo Keong

3 thoughts on “Ganguan bekalan air di kawasan Seksyen 2 Wangsa Maju

  1. Thank you YB for the information. Please help us to ensure that we get water supply latest by 12 midnight. This is the second time the residents had to suffer mishaps like main pipe being broken.

    We are waiting for further updates from YB.

  2. Thank you very much YB for the constant updates. We are very appreciative of the hard work. Please let us know at what time the water tanker will be in Taman Setapak and other places so that we can get ready to get water. Once again thank you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s