6-11-2012: DBKL adalah “Contractor Friendly”

En Sukiman, Pengarah Jabatan Perumahan DBKL. Jawatnya diberpanjangkan perkhidmatannya dua kali.

(Hansard belum disemak)

Pada 6.11.2012  jam  6.40 ptg.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada maksud bekalan 32 dan juga Butiran 060000 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Saya ingin membahaskan sekali gus kedua-dua butiran ini terutama saya ingin bangkitkan mengenai dengan masalah kerja lebih masa oleh developers di Wilayah Persekutuan. Telah banyak kali kita bangkitkan di sini mengenai dengan perkara ini kerana mereka telah menjadi satu impak sosial kepada penduduk- penduduk di kawasan Wangsa Maju atau kawasan lain di Wilayah Persekutuan dan pemaju ini boleh kerja sampai pagi tanpa apa-apa tindakan oleh pegawai DBKL. Yang saya sentiasa kata kita tahu bahawa pegawai-pegawai DBKL ini amat contractor friendly. Mungkin mereka dapat bayaran tanpa resit. Kita tahu perkara ini kerana itulah tidak ada tindakan diambil walaupun banyak aduan dibuat kepada call centre. Saya sendiri perlu buat laporan kepada call centre tapi tidak ada tindakan. Kemungkinan mereka pun semua ini ada satu komplot. Semua ini contractor friendly.

Baru-baru ini saya juga ada menulis surat complain, surat aduan kepada Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan, DBKL dan sesalinan surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri termasuk Yang Berhormat Menteri sendiri, winnable candidate tidak payahlah sebab dia hendak masuk PRU-13, Datuk Bandar itu tidak payah sebab nanti dia main politik pula

DR 6.11.2012 119

susah. So, maklumkan kepada mereka memang serius perkara ini kerana di Desa Melawati banyak complaint oleh penduduk berbulan-bulan tidak ada tindakan.

So, dalam surat complain itu saya telah menulis semua kepada Ketua Pengarah, Tuan Zaminan dan cc kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri termasuk Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa kenapa tidak ambil tindakan dengan keras, keluarkan stop work order terhadap developer ini atau developer yang lain kerana mereka tidak mematuhi peraturan dan undang-undang DBKL di mana pembina atau developer ini tidak boleh menjalankan kerja pembinaan selepas pukul 7 malam. Padahal pukul 6 petang tapi kita kata 7 malam. Dia kata tidak apa. Nanti sekali lagi mereka masih bekerja malam sampai pagi kita tidak akan keluar kompaun sudah. Kita akan kasi stop work order. Kali ini kita kasi kompaun. Okey.

So, bila saya tulis surat itu inilah jawapan daripada pereka bentuk ini tapi surat saya kepada pengarah. Akan tetapi yang jawab ini little Napoleon Mohd Salleh bin Kos, Timbalan Pengarah. Tengok, kita tulis surat kepada pengarah yang jawab surat, timbalan. Semua ini little Napoleon dia anggap mereka ini amat besar kerana mereka sudah dalam comfort zone dan mereka anggap kedudukan mereka ini jadi bos kepada rakyat. Saya hendak memberi once and for all bahawa mereka ini adalah hamba rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu turun ke padang berjumpa dengan rakyat merata-rata. Daripada Perlis ke Sabah dan Sarawak tetapi little Napoleon dalam DBKL buat apa. Jadi bos kepada rakyat. Tengok ini surat yang mereka jawab, timbalan ini. Perenggan kelima surat yang tidak bertarikh. Tengok, tidak bertarikh. Jawapannya, cuma merujuk kepada surat saya 30 Oktober 2012. Standardnya tidak bertarikh. Sikapnya tidak apa kerana sudah mabuk dalam comfort zone. Jadi little Napoleon.

Perenggan lima; “Pihak jabatan setakat ini telah mengeluarkan dua kompaun kepada pemaju terhadap kesalahan di atas iaitu pada 24 September 2012 jam 10.05 malam dan 29 Oktober 2012 jam 9.30 malam”. Tengok, katanya kalau keluar satu kompaun kalau buat pula mesti kuat kuasa stop work order. Ini kompaun pula. Yang amat peliknya perenggan tujuh Yang Berhormat Menteri sila dengar; “Untuk makluman pihak tuan, pihak kami mengadakan perbincangan dengan wakil pemaju Encik Low Tim Soon Project Manager hand phone number 016-6252999 di tapak dan di pejabat kami dan telah memaklumkan perkara yang telah dibangkitkan. Dimaklumkan juga pihak kami berharap pihak tuan, menyalurkan terus aduan kepada pemaju tersebut bagi sama ada menyelesaikan masalah ini.”

Apa? Panggil kita Ahli Parlimen untuk terus bercakap dengan pemaju untuk menyelesaikan masalah kerja lebih masa. Apa ini DBKL? Buat apa? Gaji buta semua. Kenapa? Kerana kita ada kepalanya hendak main politik. Naik banner semua di kawasan pemaju. Kita biar masukkan politik. Buat apa? Datuk Bandar yang tidak guna. Tengok, surat yang begini dikeluarkan. Saya harap ambil tindakan terhadap pegawai ini. Itu bukan kerja Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan untuk jadi satu orang mandur kepada mereka. Bila ada masalah yang mereka perlu ambil tindakan, mereka tidak ambil tindakan. Mereka beri nombor telefon pemaju kontraktor supaya kita Ahli Parlimen untuk berbincang dengan mereka. Apa

DR 6.11.2012 120

berbincang? Kalau mereka kerja lebih masa ambil tindakan. Oleh kerana tindakan tingkah laku inilah sebab itulah saya kata pegawai DBKL amat contractor friendly kerana sentiasa terima bayaran tanpa resit. Saya berani kata di sini bayaran tanpa resit itu adalah rasuah! Yang Berhormat Menteri, sila buat satu siasatan.

Ada banyak lagi saya hendak sebut contoh-contohnya seperti jabatan perumahan di bawah Sukiman. Kita tahu saya telah tulis banyak pucuk surat kepada dia. Tidak dijawab, tidak dijawab. Mereka anggapkan mereka ini adalah bermaharajalela. Saya dapat aduan dari penduduk mereka dapat tawaran perumahan di Wilayah Persekutuan. Surat tawaran. Hendak cabar saya tidak Yang Berhormat Menteri? Dapat surat tawaran berbulan-bulan tidak diberi kunci. Saya harap MACC masuk pejabat itu menyiasat tiap-tiap rumah kalau hendak dapat kunci RM5,000 bayaran tanpa resit. Buat siasatan perkara ini. Sukiman ini pun salah seorang winnable candidate dalam PRU-13. Datuk Bandar pun winnable candidate. Ini pun hendak winnable candidate. Jangan kasi mereka sebab itu bukan kerja mereka. Mereka ini adalah pegawai DBKL, buat kerja dengan baik di sana. Tingkah laku DBKL yang tidak jawab surat Ahli Parlimen, satu. Kedua, tawaran untuk perumahan dikeluarkan berbulan-bulan tidak kasi kunci. Kenapa?

■1850

Kalau mereka tidak layak, kenapa beri surat tawaran? Hendak memancing? Memancing rasuah. Pegawai sini pun ada masalah juga. Hendak minta rumah pun susah hendak dapat. Di sebab tingkah laku beginilah yang menjejaskan imej Kerajaan Pusat. Warga kota semua marah terhadap tingkah laku little Napoleon, the DBKL. Mereka masuk akaun Perdana Menteri, masuk akaun Kerajaan Pusat dan cyber cafe.

Sebelum cyber cafe saya hendak cakap mengenai dengan excess road. Yang Berhormat Menteri pun sudah melawat KL Festival City. Excess road hendak dibuat. Pemaju hendak buat, itu used car dealer tidak mahu keluar. DBKL keluar notis demi notis hendak ambil tindakan, ada tokoh politik campur tangan. Tidak tahulah termasuk winnable candidate atau tidak, saya tidak tahu. Rakyat pula marah kita, Ahli Parlimen. Tidak bekerja kerana kenapa kesesakan jalan di Jalan Danau Kota? Saya cakap saya telah bangkitkan di Parlimen berpuluh- puluh kali. DBKL telah keluarkan notis tetapi notis-notis itu sia-sia sahaja. Tidak boleh ambil tindakan. Saya juga difahamkan yang sewa tempat used car itu bukan orang itu – seorang Tionghoa yang sewa, sebanyak RM8,000 sebulan.

Saya harap Yang Berhormat Menteri ambil tindakan supaya DBKL ini janganlah duduk di comfort zone. Ambil tindakan melaksanakan tugas mereka dengan baik. Terus robohkan itu, buat jalan supaya rakyat jelata boleh menggunakan dan mengurangkan kesesakan jalan di Jalan Danau Kota daripada Jalan Genting Klang dan juga…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, masa Yang Berhormat. Masa.

DR 6.11.2012 121

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Lima minit. Dua tiga minit hendak habiskan ini. Boleh mereka masukkan kepada bawa barang atau apakah untuk supermarket.

Satu lagi mengenai Integrated Transport System (ITIS). Dalam buku Ketua Audit Negara, syor-syor yang telah dikeluarkan di situ, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberitahu dalam Dewan yang mulia ini. Pada saya dalam muka surat 498. Syor-syor yang amat teruk oleh Ketua Audit Negara. Bukan kita tetapi Ketua Audit Negara yang cakap. Yang penting untuk saya, tiga syarikat yang diberi oleh DBKL adalah untuk kontrak sebanyak RM373 juta. Syarikat itu adalah EleLink Sdn. Bhd., Sinar Dian Sdn. Bhd. dan juga Aneka Saga Resources Sdn. Bhd. yang dapat tender untuk projek sebanyak RM373 juta ini. Dua daripada tiga syarikat ini adalah orang yang sama, Yang Berhormat Menteri. Same personality, syarikat yang tidak sama. Aneka Saga Resources Sdn. Bhd dan Sinar Dian Sdn. Bhd. adalah dua syarikat yang sama. Same business address.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: A3221. Sepuluh saat lagi Tuan Pengerusi. Abdullah Bukhari bin Mustaffa. Orang Kelantan juga ini dan syarikat ini juga anak dia mungkin. Ayah dia atau anak dia. Mohd. Muazam bin Abdullah Bukhari. Alamat yang sama juga. Alamatnya di mana? W1-112, Kampung Pengkalan Pasir, 17000, Pasir Mas, Kelantan. So, ini adalah jelas, satu corruption dan visible messages yang di luar itu, separuh sudah koyak. Yang ada pun Ketua Audit Negara yang kata, bukan saya. Yang ada pun, mesej yang dikeluarkan bukan untuk traffic. Untuk mengatakan Selamat Hari Raya dan mesej-mesej yang tidak guna. Tidak lama lagi mungkin Yang Berhormat Menteri keluarkan “sila undi saya”. So, apa guna?

Beritahu kita apakah tindakan yang hendak diambil dari segi fakta-fakta yang saya beri ini. Dari tiga syarikat, dua dari orang yang sama. Ambil tindakan untuk stop ini dan beri kepada pembekal yang baru kerana kita sudah tahu sistem-sistem yang digunakan semua auta. Semua tidak guna. Hendak ambil wang sahaja. Dari RM373 juta ini, boleh kata lebih daripada separuh diambil oleh dua buah syarikat ini. Dengan itu saya harap juga Yang Berhormat Menteri boleh beri maklumat di sini sama ada peraturan cyber cafe yang kata menguatkuasakan pada 15 Oktober ini telah dikuatkuasakan. Kalau tidak, kenapa tidak?

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah dekat 16 minit, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit sahaja. Di Prima Setapak ada tanah lapang yang besar. Saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya tanah itu dibuat satu padang untuk penduduk-penduduk di Prima Setapak. Nanti kalau boleh, ada peluang kita boleh bincangkan perkara ini. Saya juga berharap – penduduk juga merayu kepada saya supaya Bazar Larut Malam di Danau Kota dipindahkan dengan secepat mungkin kerana mereka tidak tahan dengan impak sosial yang mereka hadapi setiap malam sampai pagi. Pukul lima pagi, pukul enam pagi hingga pukul 7 pagi.

So, dengan itu, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

2 thoughts on “6-11-2012: DBKL adalah “Contractor Friendly”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s