Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2010

I have been following news reports of the Securities Commission (SC) concerning its investigations of four business reporters in connection with the sale of shares in Kenmark Industrial Co (M) Bhd.

From what I have gathered, it appears the SC is stepping beyond its limit of jurisdiction and trampling on principles of universal human rights. Where in the Securities Commission Act 1993 does it give the SC the right to do body searches and demand its interviewees to surrender their handphones, sim cards, notes, etc.? Would the SC be looking at conducting intrusive body searches next? One never knows what could be hidden in the orifices!

The SC should limit its investigations within the confines of the Act and not be over zealous, lest it becomes the investigated party.

Read Full Post »

SPRM: Sindiket mencuri pasir secara haram setakat ini seramai 42 orang telah pun ditangkap dan 22 pertuduhan telah dibuat di Mahkamah

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan

Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan yang dibuat oleh YB Kapar berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd. (more…)

Read Full Post »

Perincian keuntungan/kerugian tahunan Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantation Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd …

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan No. 48

Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menyatakan perincian jumlah kerugian tahunan Sime Darby Bhd dan anak-anak syarikatnya termasuk Golden Hope dan lain-lain sejak dari 1989 hingga 2009 dan tindakan-tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kerugian pada setiap tahun tersebut, mengapa hanya Pengarah Urusan yang diarahkan untuk bercuti kerana lebihan kos (cost overruns) yang melebihi RM1 billion bagi projek elektrik hidro Bakun dan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang terbabit menyebabkan lebihan kos (cost overruns) ini sama ada perkara telah dilaporkan kepada MACC dan apakah langkah-langkah yang dikenal pasti bagi mengelak kelemahan pentadbiran yang serupa lagi di Sime Darby. (more…)

Read Full Post »

Adakah keselamatan setiap pesawat penerbangan tambang murah yang beroperasi di LCCT atau berlepas dari LCCT di audit secara berterusan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA)…?

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan No. 54

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Pengangkutan menjelaskan adakah keselamatan setiap pesawat penerbangan tambang murah seperti AirAsia, Jetstar, Tiger Air dan lain-lain yang beroperasi di LCCT atau berlepas dari LCCT di audit secara berterusan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagaimana kesemua pesawat penerbangan antarabangsa termasuk MAS yang bernaung di bawah IATA diaudit secara berterusan oleh IATA Operational Safety Audit (I.O.S.A). Jika ada, apakah prosedur auditing dan berapa kerapkah pesawat penerbangan tambang murah ini di audit oleh DCA? (more…)

Read Full Post »

Skandal Sime Darby … Encik Hasbie, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan Ke-2 … Subsidi yang hendak ditarik … Pertaruhan Sukan perlu dibawa ke arus perdana dengan pengawalan sistematik

Datuk Yang DiPertua

Skandal Sime Darby

Izinkan saya menyentuh tentang Sime Darby Berhad dan kerugiannya yang kini mencecah 2 billion ringgit.

Kerugian syarikat ini dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007, tetapi dalam kenyataan-kenyataan akhbar yang di buat oleh pihak syarikat sehingga ke tahun 2009, ianya di nafikan.

Ini bermakna Sime Darby bukan saja membohongi pemegang-pemegang sahamnya, malah ianya telah menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Di sini saya ingin bertanya YB Menteri Kewangan apakah tindakan  telah diambil oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menyiasat skandal Sime Darby.

Saya juga hairan bagaimana Pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarah nya tidak tahu menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukan kerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia. Sepatutnya Sime Darby menjadi contoh kepada syarikat lain dalam tadbir urus atau Corporate Governance (dengan izin).

Ini bermakna Sime Darby Berhad mempunyai Lembaga Pengarah yang MATI PUCUK atau IMPOTENT (dengan izin). Ataupun Lembaga Pengarahnya masih tidur bersama dengan pentadbiran Tingkat 4. (more…)

Read Full Post »

Selain menambah bilangan anggota polis, antara tindakan yang diambil oleh PDRM bagi mengurangkan kadar jenayah adalah seperti …

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan selain daripada merekrut lebih ramai anggota polis, apakah tindakan lain yang diambil oleh Kementerian bagi membendung peningkatan kadar jenayah di negara ini, terutamanya di Wangsa Maju dan bilakah Kementerian bercadang menambah bilangan anggota di Balai Polis Wangsa Maju. (more…)

Read Full Post »

Definasi 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi oleh YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan

Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri untuk menjelaskan definisi polisi 1Malaysia sedangkan masyarakat terus ditafsirkan sebagai Bumiputra dan Bukan Bumiputra serta bagaimana Model Baru Ekonomi dapat menstrukturkan semula Malaysia kearah menjadi masyarakat yang adil dan saksama supaya perbezaan kaum tidak lagi menjadi sebab untuk membezakan sesama rakyat Malaysia? (more…)

Read Full Post »

Older Posts »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,147 other followers